Besarnya dugaan lelaki nak
meminang anak dara orang.
Budak-budak
lelaki yang cuma nak main-main, couple suka-suka, takkan lalui benda ni
sebab ketidakmatangan mereka menghalang sel-sel otak mereka berhubung dari
memikirkan persediaan ke arah nikah.
Hanya
orang yang betul-betul serius akan memahami.
Bila
betul-betul serius suka. Betul-betul nak kahwin. Andai bernasib baik jumpa
mentua yang betul-betul ‘Islamik’, anda tidak akan mengalaminya. Insya-Allah.
Namun,
jika kurang bernasib baik, lelaki akan ditanya bakal mentuanya seperti ini;
"Kamu
kerja apa? Or masih belajar? Bila nak habis? Lama lagi? Lulusan diploma?
Degree? Master or PhD?"
"Berapa
tahun kerja?"
"Kerajaan
or swasta?"
"Tetap
or sementara or kontrak?"
"Gaji
sebulan berapa?"
"Kerja
kamu ini apa masa depannya? Ada kenaikan gaji? Ada bonus? Elaunnya
bagaimana?"
"Pergi
kerja dengan apa? Kereta? Motosikal? LRT? Tumpang kawan?"
"Rumah
sendiri or rumah sewa? Nanti dah nikah nak tinggal mana?"
"Agak-agak
bila nak nikah? Persediaan macam mana?"
"Mampu
tanggung anak kami macam kami tanggung?"
Fuh.
Berpeluh
sampai ke tumit nak menjawab soalan macam ini. Jika jawapan kamu adalah;
"Baru
kerja. Bukan kerajaan. Belum dapat status tetap or berpencen. Gaji masih
peringkat starting tak sampai 1.5K sebulan. Tak sure masa depan syarikat tempat
kerja, maybe short-term dan kena cari kerja lain yang lebih bagus. Pergi kerja
dengan motosikal. Kadang-kadang naik LRT. Cadangan nikah tak dapat buat lagi
tahun ni, maybe satu dua tahun lagi. Persediaan masih dalam perancangan. Lepas
nikah maybe sewa rumah flat dulu sebab dalam proses nak loan kereta.
Insya-Allah mampu kot."
Dengan
jawapan temuduga yang ‘tak berapa’ nak pass macam ni, belum tentu kamu
akan diterima walaupun kamu suka sama suka dengan si anak. Tu contoh yang makan
gaji. Kalau yang tak ada kerja langsung camana?
Di
mata para ibu bapa gadis, mereka nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Bila kamu jadi ibu bapa kelak, kamu juga nak pilih menantu yang terbaik. Takkan
nak yang cikai-cikai, cukup-cukup makan je. Secara logiknya begitu.
Sebab
tidak ramai ibu bapa yang betul-betul ‘Islamik’. Mereka ikut logik dan rasa
tanggungjawab penuh sebagai ibu bapa sahaja.
Sungguh
sukar untuk mencari ibu bapa yang kata;
"Tak
kisahlah kamu kerja apa, kerja kat mana. Tak perlu keluarkan kos banyak-banyak.
Cukuplah dengan apa yang kamu ada. Yang penting, kamu suka anak kami, ikhlas
nak buat isteri dan kami sedia terima kamu sepenuhnya dengan seluas-luasnya
hati kami. Kami alu-alukan kamu jadi keluarga kami. Welcome aboard to our big
family." (senyum sampai telinga sambut kita).
Ada.
Tapi susah. Ini realiti kehidupan modern sekarang. Tambah-tambah anak
orang yang kamu nak itu berada dalam kategori orang berada atau kaya.
Berterus-terang
dengan ketidakmampuan diri adalah cara yang terbaik. Andai ibu-bapa si gadis
tidak berkenan dengan kita, tidak suka dengan kerja kita yang tidak menjamin
kehidupan anak mereka, maka jalan terbaik adalah undur diri saja.
Bukan
kerana tidak berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik, tapi bukan senang
juga nak dapat kerja yang bagus dengan ekonomi yang tidak begitu baik dewasa
ini.
Solusinya,
bila ibu-bapa gadis terlalu inginkan yang terbaik, andainya ia terlalu membebankan
kamu untuk capai sebagaimana demand mereka. Maka, sila undur diri saja.
Jika
mereka mahukan menantu yang terbaik. Kita juga mahukan mertua yang terbaik.
Mertua yang terbaik pada kita adalah yang memahami erti hidup Islam sebenar.
Tidak demand ke tahap yang kita tak mampu lakukan. Nikah tidak rumit dalam
Islam.
Lepaskan
saja anak mereka, insya-Allah pandailah orang tua mereka matchkan dengan
calon yang lebih baik sebagaimana ciri-ciri menantu impian mereka.
Bukan
enggan berusaha, tapi berjaya tu tak datang sekelip mata.
Nasihat
saya kepada semua lelaki, sila lengkapkan diri betul-betul sebelum jalani
temuduga keluarga. Biar bersedia segala sudut. Jangan pergi dengan bekal kosong
dan janji manis.
Aturan
Allah itu terbaik. Jaminan Dia lebih baik dari jaminan kita.
Bagi
semua yang dah bergelar tunang atau isteri, hargailah lelaki masing-masing.
Kerana bina masjid suci, tak semudah kita bermimpi.
Mungkin
juga kamu jarang melihat titisan air mata seorang lelaki demi nak jadikan kamu
isteri di realiti..
Disclaimer: Artikel ini dinukil oleh sahabat kepada penulis.
No comments:
Post a Comment