Sunday, April 26, 2015

Usrah Itu Keluarga?!


Bismillah..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga Baginda dan para sahabatnya.

Setiap manusia mempunyai kecerunan dalam sesuatu hal berdasarkan minat hatinya. Minat ini boleh dipupuk ataupun bersifat semulajadi. Sesetengah meminati seni muzik, maka ia akan berterusan mendengar alunan muzik. Sesetengah meminati seni masakan, maka ia akan berterusan memasak. Minat kepada sesuatu bersifat subjektif. Maka, meminati usrah juga boleh dikira sebagai salah satu cabang kecerunan seseorang biarpun tidak terlalu jelas (obvious) berbanding contoh minat tadi.

Dalam gerakan dakwah, usrah merupakan tunjang utama yang digariskan sebagai satu elemen penting. Setiap ahli diwajibkan untuk mengikutinya. Namun, tidak semua ahli dakwah tersebut mempunyai kecerunan minat terhadap usrah kerana mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.

Pertembungan

Di sini, berlakunya sedikit pertembungan di antara minat dan kepentingan usrah. Kerana kurangnya minat maka gerak kerja tersebut berlaku secara tidak konsisten. Sedangkan dakwah dan isinya merupakan sesuatu yang tidak statik dan terus berjalan. Ketidakseimbangan ini membawa kepada kekukuhan organisasi dakwah semakin rapuh.

Mendefinasi Kembali

Sahabat, ayuh kita mendefinasi kembali makna usrah itu. Usrah merupakan ikatan persefahaman atau perpaduan sesama ahlinya ke arah keharmonian agama dalam keadaan penuh mahabbah. Imam Hassan Al-Banna menggariskan tiga Rukun Usrah iaitu Ta'aruf, Tafahhum dan Takafful. Bagaimana ingin mengenal jika jarang bertemu. Pertemuan merupakan kunci ta'aruf. Bagaimana ingin tahu persefahaman jika tiada perbezaan. Rancakkan perbincangan ilmiah agar bertemu titik persamaan. Jika mantap keduanya maka apabila jarang bertemu ia akan menambah rindu, kurang perkongsian terasa serba kekurangan. Dengan itu, timbullah rasa tanggungjawab terhadap saudaramu. Saling melengkapkan terhadap diri masing-masing akan cuba dibina agar pertemuan, perbincangan dan perkongsian itu terjalin semula. Adakah dirimu merasai perasaan sesubur itu?

Membina Ukhuwwah

Sistem usrah membina ukhuwwah yang mantap jika sistemnya disusuri dengan nurani. Dari hal luaran sehingga dalaman mampu dikongsikan. Kesulitan didengari dan diteliti untuk diselesaikan. Ini akan menambah kepercayaan sesama ahli usrah. Tambahan pula, hati dan jiwa telah ditautkan dengan 'aqidah yang sama. Ketahuilah, ukhuwwah ini adalah anugerah dari Allah. Dalam Surah Al-Anfal:62-63 Allah menyebut,

"...Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan(sokongan) orang-orang yang beriman. Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara(hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Ketinggian nilai ukhuwwah inilah yang menjadi ketakutan musuh-musuh Islam kerana mereka terlalu mendambakan untuk melihat perpecahan demi perpecahan berlaku di antara kita. Allah telah mengiatkan kita dalam firman-Nya..

"Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan..."

Benarlah kata-kata Imam Al-Banna kepada Ikhwan;

" Berkasih-sayanglah antara kamu sama lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu dan tonggak kejayaan kamu. Thabatlah kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka"

Sahabat, benarkah usrah itu keluarga? Jawapanku..Ya, Benar!! Kerana kita berkasih sayang didalamnya.

p/s: rasanya, usrahlah jalan keluar kepada polemik yang melanda Gerakan Islam sekarang ini..~



Idea Asal: John al-Farouq

Thursday, April 16, 2015

Assalamualaikum..~


Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara

Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua

Sunday, April 12, 2015

Tok Janggut: Ikon Perlawanan Menentang Penzalim


Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor



Tuan Guru Haji Hasan Munas atau Tok Janggut kembali mencuat namanya apabila rakyat watan ini digegar bahana kezaliman GST. Ulama pejuang ini bukan semata-mata berjuang kerana menentang cukai penjajah, namun jauh mendalam ialah kerana semangat jihad yang sumbunya dinyalakan oleh kefahaman Islam.

Tok Janggut atau Haji Mat Hassan Munas sebelum ke Mekah adalah hulubalang dalam istana Jeram. Beliau adalah sepupu kepada Tuan Guru Haji Ismail yang bertanggungjawab membawanya ke Mekah dan dikatakan berguru dengan Sheikh Ahmad al-Fathani. Melalui gurunya, beliau didedahkan tentang Khilafah Othmaniyah dan diarahkan berjihad untuk memerdekakan Kelantan daripada penjajah kuffar. Kepulangan beliau ke Kelantan pada 1909, iaitu hampir serentak dengan kepulangan Tok Kenali, selepas kematian Sheikh Ahmad. Seperti mana Tok Kenali juga yang terlibat dalam pentadbiran kerajaan bersama Datuk Nik Mahmud dan Dato' Laksamana, Tok Janggut terlibat dalam pentadbiran kerajaan Jeram.

Britain telah memaksa Sultan Kelantan supaya menyokong mereka dan mendoakan supaya mereka beroleh kemenangan. "Haji dan lebai" juga mesti berdoa untuk Britain dan tindakan akan diambil jika arahan tidak dipatuhi. Arahan aneh ini dilihat oleh Tok Janggut sebagai satu penghinaan kepada ulama dan umat Islam. Dalam masa yang sama Sultan Kelantan dipaksa untuk melarang rakyat Kelantan menyebelahi, menyokong atau simpati kepada kerajaan Othmaniyah. Mereka mengeluarkan propaganda bahawa jika kerajaan Othmaniyah mengalahkan British, seluruh bumi Islam termasuk Mekah akan dikuasai Jerman. Ini bertentangan dengan gagasan khalifah yang pernah dibuat oleh Sheikh Ahmad supaya semua kerajaan Melayu Islam bernaung di bawah kerajaan Othmaniyah.

Fatwa Jihadi Ekbar Fardi Ayn ke atas British oleh Sheikhul Islam Othmaniyah atas alasan kerajaan Othmaniyah berkewajipan mempertahankan setiap inci bumi orang Islam telah mempengaruhi penduduk Kelantan dengan cepat. British bertindak balas melarang akhbar-akhbar menyiarkan berita peperangan British dengan kerajaan Othmaniyah. Pemberontakan Dahagi di Singapura turut mempercepatkan kebangkitan rakyat Kelantan, dan faktor-faktor seperti masalah cukai, kehadiran En. Latiff dan pembunuhan Sarjan Che Wan hanya menyegerakan penentangan sahaja.

Bagi menyahut seruan jihad Othmaniyah itu, pada 29 April 1915, Tok Janggut bersama pengikutnya telah berpakat dan menyusun strategi untuk menyerang British di Pasir Puteh.

Serentak dengan itu, En. Latiff bagi pihak British telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman bersama dua mata-mata untuk menangkap Tok Janggut, tetapi gagal. Sebaliknya Sarjan Che Wan terbunuh. En. Latiff gagal mendapat bantuan daripada Kweng (Penghulu) Gaal dan Kok Berangan untuk menyekat kemaraan Tok Janggut sehingga memaksa En. Latiff berundur ke Kota Bharu. Ini membolehkan Tok Janggut menguasai Pasir Puteh dengan mudah. Engku Besar Jeram diangkat sebagai Raja, manakala Tok Janggut menjadi Perdana Menteri.

Pada 3 Mei 1915, 239 tentera British dari Singapura bertolak ke Kelantan dan tiba di pada 5 Mei dan mengarahkan kapal HMS Calmus berkawal di Kuala Semerak kerana dibimbangi Tok Janggut mendapat bantuan kerajaan Othmaniyah atau Jerman. 50 askar berkawal di Tanah Merah dan Gunong, dan pada 8 Mei 1915 askar British mula bergerak ke Pasir Puteh, Tok Janggut dan Engku Besar Jeram bersama pengikutnya menolak penyerahan dan mengisytiharkan jihad dan perang sabil ke atas British.

Pada 24 Mei 1915, British telah menggeledah rumah Khatib Abu Bakar kerana dipercayai menjadi tempat perlindungan Tok Janggut. Khatib Abu Bakar menjadi syahid pertama dalam gerakan jihad ini. Kemudian askar British dan penyokong Tok Janggut bertempur di Kampung Dalam Pupoh, dekat Jeram. Dalam pertempuran ini, Tok Janggut atau namanya Tuan Guru Haji Hasan Munas bersama Tok Abbas dan Tok Hussein telah syahid. Engku Besar Jeram berjaya melarikan diri ke Reman, manakala 14 lagi pengikut Tok Janggut telah diburu oleh polis. Jenazah Tok Janggut diarak ke Kota Bharu, manakala rumah beberapa pengikut Tok Janggut dibakar.

Panjang rakaman sejarah sosok ulama pejuang ini, menentang kezaliman penjajah melalui sistem cukai yang menindas rakyat jembel. Beliau ulama dimedan operasi masyarakat yang cakna ummah bukan ulama yang hanya bersimpuh di mihrab. Moga akan lahir semula sosok seperti ini dalam menentang kezaliman kerana ummah dahagakan pimpinan yang terjun ke medan merasai kejerihan dan kepayahan. Aku tanya apa khabar para asatizah sekalian?



Sunday, April 05, 2015

Common Sense..~


Teknologi setinggi mana pun, tahap common sense SESETENGAH manusia maintain makin rendah. Share lah segala gambar, kalau anda fikir memang SESUAI.


gambar/video budak jatuh escalator ke.
gambar/video mayat orang kena bunuh, kena tembak ke.
gambar/video budak mati lemas dalam kereta ke.
gambar/video mangsa accident terburai otak ke.

 


ASALKAN BOLEH BAGI PENGAJARAN KAT ORANG LAIN KAN. Sebab kalau tulis je ceritanya, TAK ADA THRILL. ORANG TAKKAN DAPAT PENGAJARAN.
 


Tapi kalau gambar tu semua adalah gambar/video ANAK SENDIRI, AHLI KELUARGA SENDIRI, tiba-tiba je berubah jadi benda tu paling kejam dan tak berhati perut + membuka aib.



Haaaaa.. TAHU PUN KEJAM.
Masa kita sendiri duk share gambar/video ORANG LAIN tu.. tak ada pulak rasa benda tu perkara yang sangat teruk.



Memang kena bagi kena pada diri sendiri dulu ke baru boleh jadi ada perasaan dan baru boleh guna akal untuk berfikir? Kalau tak kena kat diri sendiri makanya, AKAL TU BEKU JE?!



p/s: Dipetik daripada tinta pena salah seorang kenalan 'Intuisiku'..