Bismillah..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,
keluarga Baginda dan para sahabatnya.
Setiap manusia mempunyai kecerunan dalam sesuatu
hal berdasarkan minat hatinya. Minat ini boleh dipupuk ataupun bersifat
semulajadi. Sesetengah meminati seni muzik, maka ia akan berterusan mendengar
alunan muzik. Sesetengah meminati seni masakan, maka ia akan berterusan
memasak. Minat kepada sesuatu bersifat subjektif. Maka, meminati usrah juga
boleh dikira sebagai salah satu cabang kecerunan seseorang biarpun tidak
terlalu jelas (obvious) berbanding contoh minat tadi.
Dalam gerakan dakwah, usrah merupakan tunjang
utama yang digariskan sebagai satu elemen penting. Setiap ahli diwajibkan untuk
mengikutinya. Namun, tidak semua ahli dakwah tersebut mempunyai kecerunan minat
terhadap usrah kerana mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.
Pertembungan
Di sini, berlakunya sedikit pertembungan di
antara minat dan kepentingan usrah. Kerana kurangnya minat maka gerak kerja
tersebut berlaku secara tidak konsisten. Sedangkan dakwah dan isinya merupakan
sesuatu yang tidak statik dan terus berjalan. Ketidakseimbangan ini membawa
kepada kekukuhan organisasi dakwah semakin rapuh.
Mendefinasi Kembali
Sahabat, ayuh kita mendefinasi kembali makna
usrah itu. Usrah merupakan ikatan persefahaman atau perpaduan sesama ahlinya ke
arah keharmonian agama dalam keadaan penuh mahabbah. Imam Hassan Al-Banna
menggariskan tiga Rukun Usrah iaitu Ta'aruf, Tafahhum dan Takafful. Bagaimana
ingin mengenal jika jarang bertemu. Pertemuan merupakan kunci ta'aruf.
Bagaimana ingin tahu persefahaman jika tiada perbezaan. Rancakkan perbincangan
ilmiah agar bertemu titik persamaan. Jika mantap keduanya maka apabila jarang
bertemu ia akan menambah rindu, kurang perkongsian terasa serba kekurangan.
Dengan itu, timbullah rasa tanggungjawab terhadap saudaramu. Saling
melengkapkan terhadap diri masing-masing akan cuba dibina agar pertemuan,
perbincangan dan perkongsian itu terjalin semula. Adakah dirimu merasai
perasaan sesubur itu?
Membina Ukhuwwah
Sistem usrah membina ukhuwwah yang mantap jika
sistemnya disusuri dengan nurani. Dari hal luaran sehingga dalaman mampu
dikongsikan. Kesulitan didengari dan diteliti untuk diselesaikan. Ini akan
menambah kepercayaan sesama ahli usrah. Tambahan pula, hati dan jiwa telah
ditautkan dengan 'aqidah yang sama. Ketahuilah, ukhuwwah ini adalah anugerah
dari Allah. Dalam Surah Al-Anfal:62-63 Allah menyebut,
"...Dialah yang menguatkanmu
dengan pertolonganNya dan dengan(sokongan) orang-orang yang beriman. Dan
(Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah
engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak
dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah
menyatu-padukan di antara(hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana."
Ketinggian nilai ukhuwwah inilah yang menjadi
ketakutan musuh-musuh Islam kerana mereka terlalu mendambakan untuk melihat perpecahan
demi perpecahan berlaku di antara kita. Allah telah mengiatkan kita dalam
firman-Nya..
"Dan janganlah kamu
berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang
kekuatan..."
Benarlah kata-kata Imam Al-Banna kepada Ikhwan;
" Berkasih-sayanglah antara
kamu sama lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia
kekuatanmu dan tonggak kejayaan kamu. Thabatlah kamu sehingga Allah membuka
pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka"
Sahabat, benarkah usrah itu keluarga?
Jawapanku..Ya, Benar!! Kerana kita berkasih sayang didalamnya.
p/s: rasanya, usrahlah jalan keluar kepada polemik yang melanda Gerakan Islam sekarang ini..~
Idea Asal: John al-Farouq
No comments:
Post a Comment