Friday, May 22, 2015

Whatsapp dan Baik Sangka




Dewasa ini, teknologi semakin lama membuatkan sebahagian dari kita semakin SUSAH untuk bersangka baik.
 

Contohnya, aplikasi ‘whatsapp’.

Kalau dulu ada ‘last seen’, orang masih boleh terima lagi walaupun masa itu adalah sedikit  sangka buruk.

Tetapi selepas ada ‘double blue-ticks’ ataupun ‘right biru’ dalam ‘whatsapp’, semakin susah kita nak sangka baik. Macam-macam kita sangka buruk bila nampak ‘right biru’ tetapi orang tersebut tidak ‘reply’, malah sampai tahap FITNAH pun ada.

Manalah tahu orang tersebut tengah makan, sempat baca sahaja dan tangguh niat nak reply whatsapp kalian disebabkan tangannya masih kotor dan tidak sampai hati hendak kotorkan ‘iphone 9’ yang baru sahaja dibeli pada pagi tadi di Lowyat tingkat 4 sebelah kedai Samsung

Atau mungkin orang tersebut baru hendak solat, terbaca sekejap ‘whatsapp’. Ingatkan tazkirah, rupa-rupanya kalian bertanya apa yang sedang dibuat. Hendak dibalas, takut kantoi kerana baru hendak qada' solat Subuh pukul 12 tengah hari. Jadi ditangguhnya sekejap, tunggu lepas solat baru balas. Tiadalah dia menipu dengan berkata mahu Solat Dhuha kononnya, padahal qada' solat Subuh.

Malah mungkin juga dia tengah nyenyak tidur, tetapi jenis ‘species’ yang sensitif dengan bunyi dan vibrate. Bila kalian hantar whatsapp, dia terasa vibrate whatsapp dan bangun serta sempat buka whatsapp dengan mata tertutup. Akhirnya hanya mampu membaca dengan gaya mata kuyu mamai tetapi malas hendak reply sebab takut nanti reply dengan jawapan yang mengarut.

Boleh jadi juga dia tengah masuk tandas dan ‘melepaskan hajat’. Sekali kalian hantar pesanan  whatsapp padanya tanya dia tengah buat apa. Memang ‘kompem’ tidak akan  dibalasnya pada masa itu, kerana dia sedang ‘menumpukan perhatian’. Takkan la nak reply;

"Aku tengah melepas  ni. Ada hal apa?"

Mungkin juga orang itu tengah drive kereta, berani baca sahaja tetapi tidak berani reply kerana takut terbabas melanggar divider, sampai masuk gaung lalu terpatah tulang rusuk kiri dan terkeluar tulang bahu hingga usus besar pecah..... (arggh, tidak perlu diceritakan kisah ngeri apa yang berlaku seterusnya. Tak sesuai untuk budak-budak yang tiada whatsapp.

Sebenarnya, banyak lagi kemungkinan yang berlaku jikalau kalian nampak double blue-ticks dalam whatsapp, tetapi orang itu masih tidak reply lagi walaupun sudah beberapa jam ataupun beberapa hari berlalu. 

Mungkin juga dia lupa hendak reply kerana tangguh niat hendak reply masa baca whatsapp itu.

Justeru, marilah kita bersangka baik selagi mana boleh bersangka baik. Jangan biarkan teknologi membuatkan kita memfitnah orang lain tanpa sebab.



Senyum..=)


p/s: maaf jikalau ada kata-kata atau ayat-ayat yang dilihat 'kurang senonoh'..'Intuisiku' sedang mencuba gaya penulisan yang baru..semoga Allah ampunkan dosa ‘Intuisiku’ serta kita semua..

1 comment:

Kasihdhiya said...

Satu ajakan ntuk berprasangka dengan yg baik2... nice example but true.. dilema blue tick..:)