Saturday, December 18, 2010

Hijrah dan Kita

Makna di Sebalik Hijrah

“Maal Hijrah bukanlah bukanlah sambutan tahun baru Islam semata-mata. Kita mesti menghayati maksud hijrah itu sendiri dan ada usaha untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dan cermerlang”

(Imam Muda Asyraf)

“Tidak perlu kita menunggu satu hari dalam kalendar untuk membuat perubahan, sebaliknya umat Islam perlu ada satu sifat positif dalam diri untuk sentiasa berubah.”

(Anna Rafali)

“Sambutan Maal Hijrah sebenarnya merupakan satu cabaran kerana ia mengingatkan kita untuk terus berusaha mencapai yang terbaik dalam kehidupan selain memanjatkan kesyukuran kepada Alllah”

(Sheila Rusli)

Itulah antara komen yang diutara oleh sebahagian kecil daripada selebriti tanah air kita apabila diajukan soalan mengenai ‘hijrah’. Sebenarnya, perkataan ‘hijrah’ berasal daripada kalimah Arab ﻫﺠﺮ yang memberi makna berpindah dari satu daerah ke satu daerah lain. Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu perubahan lokasi secara zahir dari titik A menuju ke titik B. Ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam amalan berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding dengan tempat atau keadaannya yang asal sama ada secara ruhiyyah ataupun jasadiyyah. Tak kiralah apapun, yang penting setiap orang yang ‘waras’ punyai idea tersendiri tentang ‘hijrah’. Bagi masyarakat kita pula, perkataan hijrah telah sebati dan diterima pakai dengan pengertian yang mendalam oleh segenap lapisan masyarakat.


Sirah, Hijrah dan Daurah

Dalam lipatan sejarah, Allah s.w.t. telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah besar dan agung berlaku 1420 tahun yang lalu melibatkan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat R.A. dari kota Mekah menuju ke Madinatul Munawwarah. Sebelum hijrah besar-besaran ini, telah berlaku satu penghijrahan kecil melibatkan para sahabat R.A. dari Mekah ke Taif dan Habsyah.

Hijrah sebenarnya tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Jika dilihat pada hari ini, orang berhjrah dari desa ke kota kerana desakan untuk menuntut ilmu, mencari kerja, berkahwin, berniaga, tekanan hidup, dan sebagainya. Dahulu.., orang-orang Portugis merantau jauh berhijrah ke Kepulauan Melayu kerana kononnya untuk mendapatkan rempah ratus. Namun sebenarnya matlamat utama di sebalik itu adalah untuk menjajah, membolot kekayaan dan meyebarkan dakyah Nasrani dan Yahudi.

Sesungguhnya hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Bermula sahaja kehidupan di muka bumi ini menuntut kita untuk berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan.

Bagi para sahabat R.A. di Lembah Hijaz, hijrah dari Mekah menuju ke Madinah merupakan sesuatu yang amat berat yang perlu mereka tanggung. Hijrah mereka diburu dengan mata pedang, berlinangan air mata dan diiringi dengan korban nyawa. Hijrah yang bertujuan menyelamatkan aqidah iman yang dianugerahkan kepada mereka. Bukan setakat itu, penghijrahan mereka juga kerana membawa risalah dakwah untuk saudara-saudara mereka di Madinah dan untuk generasi masa depan hingga sekarang.


1 Malaysia, 1 Ummah ke 1 Ummat, 1 Matlamat?!

1 Malaysia, 1 Ummah… Ya, itulah tema sambutan Maal Hijrah negara kita yang diuar-uarkan pada kali ini. “Eh, apa itu 1 Malaysia?! Apa pula kena-mengenanya dengan 1 Ummah?!” Tidak ke terfikir di benar fikiran kita tentang persoalan ini?! Slogan ‘1 Malaysia’ adalah manifestasi yang digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri yang tercinta, Dato’ Seri Najib, dalam tenure kepimpinannya. Ada desas-desus menyatakan ianya adalah cedokan idea daripada firma Apco Woldwide (salah sebuah firma Zionis Laknatullah yang tersohor di serata tempat). Tapi kesahihannya masih lagi dipertikai oleh mereka yang ‘jahil’ tentang kebenaran yang ada di depan mata. Apa yang pasti, 1 Malaysia adalah satu propaganda bagi mewujudkan 1 negara bangsa daripada pelbagai kaum di Malaysia (tidak kira apa agama, bangsa dan taraf socioeconomic mereka), asalkan kesamarataan itu tercipta. ‘1 Ummah’ (Ummatan Wahidan) pula bermaksud berdirinya kita di bawah satu aliran aqidah ber-Tuhan, meneruskan perjalanan kemusafiran berdalilkan prinsip-prinsip keIslaman, dengan kesempurnaan ‘ilmu dan ‘amal sebagai pegangan, berpandukan al-Quran, hadith dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan, bagi mengharapkan keredhaan Si ‘Tuan’ menjadi paksi matlamat kehidupan.

Sungguh hebat idea ini, kan?!=p. Namun begitu, intuisiku tertanya-tanya, “1 Malaysia = 1 Ummah?!”, “Boleh ke agama ini disama-ratakan atau dengan kata lain, pluralism ini dipraktikkan?!”, “Tak salah ke jikalau aqidah Islamiah dikongsi dalam kehidupan seharian bersama pegangan sesat kepercayaan-kepercayaan selain daripada kita?!” Bukankah Allah S.W.T ada berfirman:

“Katakanlah: ‘Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.’"?!

(al-Kafirun: 1-6)

So apa anda rasa sekarang?! Okay tak tema “1Malaysia, 1 Ummah” tu?! Bukan niat intuisiku mahu condemn kerajaan.. apa lagi nak tunjuk pandai.. tetapi hanyalah sekadar menyampaikan apa yang patut disampaikan. Jadilah kita manusia yang memperjuangkan kebenaran, bukannya manusia yang mengipas-ngipas kerajaan walaupun terserlah kesesatan..

Rasanya tema 1 Ummat, 1 Matlamat (tema sambutan Maal Hijrah di negeri Kelantan) lebih sesuai digunapakai. Bukan apa, ‘1 Matlamat’ dikatakan bersesuaian dengan makna yang tersirat di sebalik ‘1 Ummat’ (Ummatan Wahidan) yang baru sahaja dikupas sebentar tadi. ‘Matlamat’ yang dimaksudkan adalah satu, iaitu mengIslamkan masyarakat seluruh negara bagi mengajak mereka bersatu bersama di bawah panji-panji Daulah Islamiah yang luhur dan saksama. Lagipun dari segi aspek sastera, intonasi tema “1 Ummat, 1 Matlamat” adalah sangat sesuai bunyinya berbanding “1 Malaysia, 1 Ummah”. Intuisiku tidak berniat pun untuk memaksa anda menerima tema yang diutarakan tetapi ingin rasanya hati ini untuk mengajak anda semua untuk fikir bersama-sama (macam takde kerja laen lar pulak..hehe), kerana ‘aqal yang dianugerahkan jikalau ianya tidak digunakan se’adil-adil’nya dikhuatiri akan membenihkan sifat kufur di dalam diri dengan rangkaian pelbagai sifat mazmumah yang lain lagi..Na’uzubillah..


Hijrah Hari Ini

Eh, ada lagi ke hijrah hari ini?!, bukan ke Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah manyahutnya!”

(HR al-Bukhari, Muslim dan Lain-lain)

Ya, betul!! 10 markah!!=p. Memanglah hijrah agung seperti di zaman Rasulullah S.A.W dahulu tidak akan berulang kembali. Apa yang ada di dunia sekarang ini hanyalah immigration dan emigration oleh pelarian serta pendatang asing (tidak kiralah ‘tanpa izin’ mahupun ‘dengan izin’) dari sebuah tempat yang serba kekurangan dan kesengsaraan ke sebuah tempat lain yang menjanjikan kesenangan dan kedamaian. Tapi.. hijrah masih dituntut lagi selagi mana kita bergelar ‘muslim’. Persoalannya, perlukah kita berhijrah sedangkan kita sudah berada di ‘zon selesa’ sekarang ini?! Kalau nak berhijrah, macam mana pula hijrah yang boleh kita lakukan?!

Sesungguhnya hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Bermula sahaja kehidupan di muka bumi ini menuntut kita untuk berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Hijrah hari ini adalah dalam bentuk jihad fi sabilillah dan niat (keazaman). Firman Allah S.W.T:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(al-Baqarah : 218)

“Eh, jihad?! Takkanlah tiap-tiap masa kita kene berperang?!”, “Kalau selalu aje kita berperang, macam mana kita nak maju?!”, “Sudah cukup kuat ke kita nak lawan kuasa-kuasa besar dunia yang menindas kita?!”, “Tengok pasukan mujahidin di negara-negara Arab tu, hari-hari berperang. Dah lar diri tak terurus, takde life kot!!”, “Tak nak lar aku, aku tak kawen lagi. Nak juga rasa nikmat hidup di dunia nie”..itulah antara keluhan keluhan dengkal orang-orang masa kini apabila mendengar perkataan ‘jihad’.

Definisi ‘jihad’ di sisi Allah bukan hanya jihad mengangkat senjata, berperang menentang musuh sahaja. Sebenarnya, jihad ada bermacam-macam jenis. Antaranya adalah jihad amar ma’ruf nahi mungkar (dakwah), jihad menuntut ilmu, jihad ke arah yang lebih baik (islah), jihad menentang musuh-musuh Islam dan yang paling utama adalah jihad menentang Syaitan Laknatullah serta hawa nafsu dalam diri sendiri. So siape kata JIHAD ITU SUSAH?! Sape pula kata JIHAD ITU TAKDA LIFE?! Siape kata JIHAD ITU MEMBUATKAN KITA MUNDUR dan MUSNAH?! Sape pula kata JIHAD ITU TIADA MAKNA DI SEBALIKNYA?! Allah berfirman dalam al-Quran:

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman."

(ash-Shaf : 10-13)

Akan tetapi, jihad juga tiada maknanya jikalau tidak disertai dengan niat atau azam yang kuat. Ini kerana ‘jalan yang lurus’ itu tidak akan sunyi dengan onak dan duri. Jikalau tiada keazamannya, tentu sekali keimanan seseorang itu akan goyah apabila ujian menimpa di pertengahan jalan jihadnya. Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab R.A. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

(HR Bukhari & Muslim)

Jihad dan hijrah juga ada juga ‘pengerasnya’, iaitu pengorbanan. Cukup mustahil dalam satu perjuangan ke arah yang lebih baik itu tidak mengidamkan langsung pengorbanan meskipun hanya sedikit. Hijrah, jihad dan perjuangan itu tidak sah jikalau ianya tidak disertai dengan pengorbanan. Lihat sahaja dalam peristiwa penghijrahan Rasulullah dan para muslimin ke Madinah. Saiyidina Ali K.W.J. telah berkorban mengambil alih tempat tidur Rasulullah S.A.W. sewaktu baginda bersama Saiyidina Abu Bakar merancang untuk berangkat ke Madinah. Walaupun Saiyidina beliau tahu betapa besar risiko yang bakal dihadapinya kerana pemuda-pemuda Quraisy bercadang untuk menyerbu rumah Rasulullah S.A.W. dan membunuhnya, tetapi Saiyidina Ali K.W.J. sanggup menghadapi bahaya itu atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya. Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah menyelamatkan beliau daripada dibunuh oleh pemuda-pemuda Quraisy itu. Lihat pula bagaimana Khalid al-Walid yang masih lagi sanggup turun berperang setelah digugurkan jawatan panglima tertinggi kerajaan Islam oleh Saidina Umar, mengenepikan egois di hati dan kepentingan diri, jua emosi demi untuk kemenangan Islam yang hakiki.

Macam mana pula dengan kita?! Agak-agaknya sudahkah kita berhijrah?! Relakah kita untuk MENGORBANKAN KETUANAN DI BUMI SENDIRI SEPERTI ORANG-ORANG ANSARI DEMI DAULAH ISLAMI?! Sanggupkah kita BERTARUH NYAWA, BERKORBAN JIWA DAN RAGA SEHEBAT SAYYID QUTB DEMI UNTUK MELERAIKAN KEMUNGKARAN YANG TERMAKTUB, BAGI MEREALISASIKAN KEBAIKAN SEBAGAI RUANG LINGKUP?! Redhakah kita MENINGGALKAN KESENANGAN DUNIA SEUMPAMA IMAM ABU HANIFAH DEMI UNTUK MENENTANG KEZALIMAN DAN MENEGAKKAN KEADILAN?! Atau kita hanya MENAMBAH STATISTIK ‘KATAK-KATAK’ YANG TELAH SEDIA ADA, ‘MELOMPAT’ KE SANA KE MARI DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI DAN KESENANGAN DI JIWA?! Tak perlu berhijrah seperti di zaman Nabi, hanya hijrah pada sikap dalam diri sendiri. Nescaya rahmat-Nya yang mengiringi kita kan kekal abadi..Ameen Ya Rabbal ‘Alameen..


Cinta Hijrah

Mesti ada yang bertanya, bagaimana untuk kita menerapkan semangat hijrah, pengorbanan dan perjuangan Rasululllah S.A.W. dan para sahabat dalam kehidupan kita sehari-hari, bukan?! Jawapannya adalah melalui CINTA.

CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia. William Shakespeare telah mendefinisikan cinta sebagai sesuatu yang amat bernilai dalam kehidupan kita dan ianya amat berkuasa sehinggakan bisa mengubah dunia. Pandangan ini diakui oleh para cendikiawan Barat yang entah ke mana aqidah mereka dan lama-kelamaan menjadi pegangan kepada sebahagian daripada kita di dunia. Cinta diagung-agungkan oleh manusia sehinggakan melebihi kuasa Sang Maha Pencipta. Bagi anak-anak muda, lautan api sanggup direnangi dan gunung yang tinggi sanggup didaki semata-mata untuk mengecap nikmat cinta sampai mati. Panau dikatakan corak yang berbunga, busuk disangkakan cetusan aroma dan papa dikatakan bergaya. SEMUANYA BUTA KERANA CINTA!!!

Sebenarnya, perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Allah. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Allah, cinta Rasul, cinta diri, cinta keluarga, cinta suami atau isteri, cinta ibu bapa, cinta anak, cinta sahabat handai dan cinta harta. DENGAN MELETAKKAN CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA MENGATASI CINTA-CINTA YANG LAIN, NESCAYA TERSELITLAH SEMANGAT HIJRAH, PENGORBANAN DAN PERJUANGAN RASULULLAH S.A.W. SERTA PARA SAHABAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN AUTOMATICALLY TANPA PAKSAAN.. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka”

(HR al-Tabrani)

Tapi.. masalah jugak tue, cane pulak nak letakkan cinta Allah dan Rasul superiorly secara infinity?! Ada ke caranya?! Hmm… jawapannya.. ADA.. iaitu melalui ‘Formula 3K’ (bukan ‘Formula Pekan” erk..hehe..).. Apa itu‘Formula 3K’?! ‘3K’ merujuk kepada.. KUKUHKAN hubungan dengan Allah, KUTIP ilmu dan KONGSIKAN ilmu.

Untuk memperoleh kemantapan keimanan dan ketaqwaan serta keberkatan dalam kehidupan, mulakannya dengan mendekatkan diri kita kepada Sang Maha Pencipta. Caranya muda sahaja.. iaini dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan-Nya serta melakukan amalan-amalan sunat seperti ‘amal jariah dan tidak dilupa Qiamullail juga. Susah?! Ala.. tu bangun tengok ‘World Cup’ boleh.. Siap shopping tanpa had lagi, sampaikan barangan bukan keperluan pun turut dibeli..Takkan lar nak luangkan masa 20-30 minit di sepertiga malam pun tak boleh kot?! Boleh jadi papa kedana ke kita kalau diinfakkan sedikit daripada harta yang kita ada kepada mereka yang tidak berdaya?! Lepas dah agak kukuh hubungan dengan Sang Maha Pencipta, maka kenalah kita menuntut ilmu sebanyak mana, selagi yang termampu. Tapi ingat.. bukannya cedok ilmu secara membabi buta tau! Pilihlah ilmu yang bermanfaat kepada diri dan seluruh yang ada di galaksi.. tidak kiralah ilmu duniawi ataupun ukhrawi..serta ilmu yang boleh mendekatkan diri dengan Ilahi. Jangan dilupai, tuntutlah ilmu dengan cara yang diredhai dan bukan pula dengan cara menghianati yang secara jelas dilaknati. Sesudah ilmu penuh di dada, maka hendaklah kita sebarkan ia.. kerana Islam ini bukannya agama kita seorang sahaja, sebaliknya perlulah dikongsi bersama-sama umatnya yang lain juga. Tidak dilupa dakwah Islamiah juga, sepatutnya menjadi amalan kita, selaku umat-Nya kerana tanpanya keadilan, keamanan dan keberkatan daripada rahmat-Nya takkan kunjung tiba.

“Biarpun kita ‘tuan’, kita tetap berTuhan. Biarpun kita ‘mereka-reka’, kita tetap ‘ciptaan’. Apalah yang ada dengan ‘mendongak kepala’ kerana ‘sujud’ jua tempatnya. Ingatlah bahawa hidup ini adalah suatu perjuangan dan perjuangan itu memerlukan kita sebagai pendokongnya..”

(intuisiinsurgensi)







“akan kusampaikan walaupun sebaris ayat..”

Thursday, December 16, 2010

Anatomy & Physiology of Human Being

Risalah ini diharap berguna untuk anda semua....... .....
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses
pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan
proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang
berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau
bebanan kerja.
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak
puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin
di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada
orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius..

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat
dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan..
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah
berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin
yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam
air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas
proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang..
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. KEPALA : Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

A. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
C. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
D. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
E. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar..
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus..
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan..
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Monday, December 13, 2010

Berita Kepada Kawan

Lirik&Lagu : Ebiet G. Ade
Nyanyian : Ebiet G. Ade / Akhil Hayy


Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan..,
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan..

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan..,
Di tanah kering berbatuan,
Tubuh ku tergoncang di hempas batu jalanan,
Hati tergetar menampak kering rerumputan..

Perjalan ini pun seperti jadi saksi..,
Gembala kecil menangis sedih,
Kawan coba dengar apa jawabnya,
Ketika ia ku tanya.. "Mengapa?!"..

Bapak ibunya telah lama mati..,
Ditelan bencana tanah ini,
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya,
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari..

Tetapi semua diam, tetapi semua bisu..,
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit,
Barangkali di sana ada jawabnya,
Mengapa di tanahku terjadi bencana..

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita..,
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa,
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita,
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang..




(Ulang lirik 2X)



Friday, December 03, 2010

Cuti..\(^_^)/

Cuti Inter-semester

Hooray..hooray..hooray!! Alhamdulillah, akhirnya tinggal satu paper je lagi untuk kami, warga Diet Gen-5, tamatkan final exam. Agaknya sahabat-sahabat yang berbeza manhaj dan marhalah daripada kami masih punyai 2 atau 3 paper lagi untuk mereka ‘memerdekakan diri’. Hatiku berbunga riang. Timbul dilemma antara ingin meneruskan study ataupun bercanda-ria, mengemas barang-barang untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Bukan apa, rasa rindu membuak-buak terhadap keluarga, terutamanya kepada ibu, ayah serta anak-anak buah. Hehe.. tapi disebabkan amanah yang digalas, perjuangan ini kan tetap diteruskan walau apa juapun godaan dan rintangan yang mendatang. Intuisiku mula berbisik, “Sabarlah, tinggal dua tiga hari saja lagi untuk kita akan bercuti.” Cuti bukan sekadar cuti inter-sem semata-mata. Bercutinya aku kali ini adalah bercuti daripada struggle study, bercuti daripada group study (GD), bercuti daripada task dan assignment yang diberi, bercuti daripada meeting-meeting society, bercuti daripada berprogram yang menjadikan diri busy serta bercuti daripada pelbagai responsibility dan liability yang lain lagi.


Namun, tidakkah terlintas di benak fikiran kita..ada apa dengan cuti?! Mengapa ramai orang yang sangat gemarkan cuti?! Kenapa kebanyakan daripada kita beriya-iya minta cuti..sehinggakan ada yang sanggup menipu disebabkan cuti?! Malahan, ada juga yang sanggup bermasam muka, bertikam lidah serta beradu tenaga semata-mata berebut cuti..Cuti nie sangat bernilai ke?! Atau ianya adalah suatu benda yang boleh dibawa ke lubang kubur?!


Ada Ke yang Tak Suka Cuti?!

Ada ke yang tak suka cuti? Tak suka berehat dari kesibukan, apa lagi keletihan..tak suka berpangku tangan dengan hanya kaki yang bergoyang..tak suka relax, dengan hanya duduk melepak.. Jawapannya..YA..tapi JAGHANG-JAGHANG atau KADANG-KADANG (bak kata Pak Belalang.hehe..). Sudah menjadi ghalib kehidupan, cuti dan kelapangan memang kesukaan dan keasyikan kepada manusia, kerana ianya sealiran dengan kehendak hawa nafsu di jiwa. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:


"Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka."

(An-Najm:23)

Cuti dan Dakwah

Sebagaimana insan-insan biasa yang lain, golongan yang diuar-uarkan memperjuangkan agama Allah, iaini mereka yang ingin mendaulatkan Islam sebagai kesyumulan kehidupan tidak juga terkecuali. Ada segelintir yang inginkan cuti rehat tatkala pengarahan yang diberikan terasa berat. Ada pula yang cuba-cuba untuk mengelak daripada tugas-tugas yang penting lagi mustahak. Jikalau menginfak, berusaha menginfak sesikit yang boleh, bukannya menginfak semampu yang boleh. Dan jikalau diberikan sesuatu tugas yang mudah, ringan serta tidak mengharapakan pengorbanan yang besar dan hasilnya mudah pula diperoleh, maka ramailah yang sanggup menurutinya. Firman Allah S.W.T:



"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta."

(At-Taubah :42)



Inilah yang menjadi api dalam sekam bagi diri kebanyakan da'i. Ramai yang dilihat ‘tersandung di pintu syurga’ tatkala kesenangan yang mudah diperolehi berada di depan mata. Tidak kurang juga yang futur tatkala da'wah menuntut pengorbanan yang tidak sedikit. Turut tidak dilupakan, yang gugur tatkala kehidupan yang senang terhidang untuk dijamah. Dan ramai pula yang terleka tatkala mendapat perjuangan yang santai sahaja.


Jadi, siapa aje yang tinggal untuk MELALUI KEHIDUPAN YANG SUSAH?! Siapa pula yang tinggal untuk MELAKUKAN PENGORBANAN YANG BESAR?! Siapa daripada kita yang tinggal untuk ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN?! Siapa aje yang tinggal untuk MENAPAKI JALAN YANG JAUH? Siapa pula yang tinggal untuk TERUS BER’AMAL TANPA MENGENAL ERTI SERIK DAN MUAL?! Rasanya cukuplah setakat ini untuk kita mencari dalil supaya didivertkan diri, sebaliknya rungkailah dalil agar terus mengfardhikan diri.


Lihatlah tarbiyyah dan da'wah baginda Rasulullah SAW. Nescaya ianya sudah cukup untuk mengajarkan kita erti perjuangan yang pasti menuntut pengorbanan yang bukan kepalang. Mari kita bersama semaikan kembali mutiara tarbiyyah baginda dan para sahabat dalam jiwa para da'ie hari ini. Agar kelak kita bukan hanya tinggal sebagai sejarah ketamadunan, sebaliknya sebagai pencipta sejarah kegemilangan. Janganlah kita menjadi golongan yang ‘digantikan’, tetapi jadilah kita golongan yang ‘menggantikan’.


Cuti dan ETP

Pernahkah anda dengar tentang ETP?! Rasanya, mesti pernah bukan (bagi mereka yang punyai sikap ‘aku pedulisme’ sahaja)?! ETP atau Pelan Transformasi Ekonomi yang dirangka kerajaan, bersempena dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) itu adalah bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Nampak brilliant lagi marvelous, bukan?! Tapi.. tahukah kalian semua apa strategi perancangan licik para pemerintah negara kita ini?!


Menurut laman web http://www.malaysiakini.com/, Malaysia bakal menjadi sebuah hab pusat hiburan malam bagi memangkin perkembangan industri percutian (atau dengan nama standardnya industri pelancongan) mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa. Semua hanya untuk memperkasakan sektor pelancongan atau percutian agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.


Jumlah pelaburan yang dijangkakan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan. Lebih mengejutkan lagi ETP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Maka ke sinilah wang rakyat hebat digunakan sebagai modal pertaruhan.



Langkah ini akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020. Pekerjaan yang jelas sudah terang lagi bersuluh ke arah mana panduannya kelak.



Bagi mencapai hasrat itu, proses peliberalisasian beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan. Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.



Inilah yang bakal terjadi dalam masyarakat kita. Kita semua sedia maklum kondisi masyarakat mutakhir ini. Pembunuhan yang kejam, pembuangan insan kecil yang tidak berdosa, perzinaan tidak mengenal siapa, penagihan dadah yang mengundang padah, pergaduhan dan perpecahan walaupun satu agama, dan banyak lagi kepekatan jahiliyyah yang terus berlaku bahkan terus melebarkan sayapnya.


Diri, Cuti dan Mati

Sanggupkah kita bercuti dalam ber’amal sedangkan kematian terus menerus mengintip dan memburu diri?! Peringatan Allah sampaikan kepada kita, yang seringkali diperingatkan dalam setiap khutbah jumaat:



"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan muslim."

(Al-Imran:102)


Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan berserah diri pada Allah. Jangan sampai kita mati dalam keadaan berserah diri pada dunia, pada kemaksiatan, pada nafsu serakah, pada kehidupan yang lalai, atau pada Tuhan selain dari Yang Maha Kuasa. Namun, bagaimana kita boleh pastikan bahawa waktu kematian kita akan berada dalam keadaan baik ‘amalnya?! Rasanya, anda semua tahu apa jawapannya. Firman Allah S.W.T:



"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya."

(AL-A'raf:39)



Bila saatnya tiba, tiada yang mampu menghalang. Ini merupakan peringatan kepada kita yang menunggu waktu dan ketika. Maka, kita tiada masa untuk bercuti dalam ber’amal. Jangan menyangka orang lain yang penuh dengan perlakuan dosa dan maksiat itu lebih hina daripada kita, kerana mungkin pengakhirannya.. dia sempat bertaubat pada Sang Maha Pencipta. Maka kesudahan mereka insya-Allah ‘bercahaya’. Dan jangan pula menyangka orang yang penuh dengan perlakuan ‘amal kebaikan sekarang akan berakhir dengan kesudahan yang menggembirakan. Jikalau mereka tidak mampu mengekalkan kesucian hati dan ‘amal seperti kini pada kemudian hari, maka tidak mustahil bagi mereka untuk menjadi golongan yang lebih teruk daripada orang yang difikirkan hina dari pandangan mata suatu ketika dahulu. Na'udzubillah.. Bukan mendoakan tetapi sekadar peringatan.


Mari kita sedari, kita sekadar menghitung hari, setiap kali matahari terbenam, bermakna satu hari telah hilang dalam perkiraan. Sentiasalah mengingati mati kerana ia sentiasa mengintip kita tanpa kita sedari.


‘Amalan Tanda Kesyukuran


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

(Ibrahim: 7)


Teruskan ber’amal, sebagai tanda syukurnya kita kepada Sang Maha Pencipta kerana garap janji-Nya bagi orang-orang yang bersyukur adalah ditambahkan lagi nikmat mereka kelak. Nikmat tarbiyyah dan da'wah, kita cambahkan lagi kesuburannya, dengan ‘amal yang terbaik diiringi keikhlasan dilakukan semata-mata kerananya.


Sesungguhnya waktu cuti kita sudah hampir tiba, bahkan ada juga yang sudah mula percutiannya.. Percutian dari amanah selaku seorang pelajar, juga bermaksud percutian dalam bi'ah tarbiyyah, yang sentiasa ada untuk mendokong gerak kerja kita. Namun tanamlah sedalam-dalamnya ke dalam jiwa, bahawa 'amal kita bakal tiada cutinya. Tepuk dada, tanyalah iman kita. Bukannya diibarat seperti seorang tarzan, menepuk-nepuk dada lalu dilaungkan sekuat-kuat hatinya..=p.


Marilah bersama-sama kita buktikan rasa syukur atas segala nikmat yang terlalu banyak diberikan tidak terhingga. Nikmat-nikmat yang kita tidak akan mampu menghitungnya, apatah lagi membalasnya. Maka buktikanlah kesyukuran kita kepada Allah dengan meletakkan Allah lebih dari segalanya. Sembelihlah segala kecintaan yang mampu menggugat kecintaan kita kepada-Nya. Berdoalah agar Dia berikan kita kekuatan dalam usaha membuktikan rasa cinta dan syukur kita dengan perjuangan yang memartabatkan agama-Nya. Mari kita serahkan segala yang kita miliki kepada Allah buat selama-selamanya.


p/s: Entry ini sepatutnya dipostkan 2-3 minggu sebelum ini tetapi atas perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, maka baru hari ini ianya berjaya dipost. Bersama menghayati erti pengorbanan yang sebenar..=)