Makna di Sebalik Hijrah “Maal Hijrah bukanlah bukanlah sambutan tahun baru Islam semata-mata. Kita mesti menghayati maksud hijrah itu sendiri dan ada usaha untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dan cermerlang” (Imam Muda Asyraf) “Tidak perlu kita menunggu satu hari dalam kalendar untuk membuat perubahan, sebaliknya umat Islam perlu ada satu sifat positif dalam diri untuk sentiasa berubah.” (Anna Rafali) “Sambutan Maal Hijrah sebenarnya merupakan satu cabaran kerana ia mengingatkan kita untuk terus berusaha mencapai yang terbaik dalam kehidupan selain memanjatkan kesyukuran kepada Alllah” (Sheila Rusli) Itulah antara komen yang diutara oleh sebahagian kecil daripada selebriti tanah air kita apabila diajukan soalan mengenai ‘hijrah’. Sebenarnya, perkataan ‘hijrah’ berasal daripada kalimah Arab ‘ ﻫﺠﺮ ’ yang memberi makna berpindah dari satu daerah ke satu daerah lain. Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu perubahan lokasi secara zahir dari titik A menuju ke titik B. Ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam amalan berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding dengan tempat atau keadaannya yang asal sama ada secara ruhiyyah ataupun jasadiyyah. Tak kiralah apapun, yang penting setiap orang yang ‘waras’ punyai idea tersendiri tentang ‘hijrah’. Bagi masyarakat kita pula, perkataan hijrah telah sebati dan diterima pakai dengan pengertian yang mendalam oleh segenap lapisan masyarakat.
Sirah, Hijrah dan Daurah Dalam lipatan sejarah, Allah s.w.t. telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah besar dan agung berlaku 1420 tahun yang lalu melibatkan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat R.A. dari kota Mekah menuju ke Madinatul Munawwarah. Sebelum hijrah besar-besaran ini, telah berlaku satu penghijrahan kecil melibatkan para sahabat R.A. dari Mekah ke Taif dan Habsyah. Hijrah sebenarnya tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Jika dilihat pada hari ini, orang berhjrah dari desa ke kota kerana desakan untuk menuntut ilmu, mencari kerja, berkahwin, berniaga, tekanan hidup, dan sebagainya. Dahulu.., orang-orang Portugis merantau jauh berhijrah ke Kepulauan Melayu kerana kononnya untuk mendapatkan rempah ratus. Namun sebenarnya matlamat utama di sebalik itu adalah untuk menjajah, membolot kekayaan dan meyebarkan dakyah Nasrani dan Yahudi. Sesungguhnya hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Bermula sahaja kehidupan di muka bumi ini menuntut kita untuk berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan. Bagi para sahabat R.A. di Lembah Hijaz, hijrah dari Mekah menuju ke Madinah merupakan sesuatu yang amat berat yang perlu mereka tanggung. Hijrah mereka diburu dengan mata pedang, berlinangan air mata dan diiringi dengan korban nyawa. Hijrah yang bertujuan menyelamatkan aqidah iman yang dianugerahkan kepada mereka. Bukan setakat itu, penghijrahan mereka juga kerana membawa risalah dakwah untuk saudara-saudara mereka di Madinah dan untuk generasi masa depan hingga sekarang.
1 Malaysia, 1 Ummah ke 1 Ummat, 1 Matlamat?! “1 Malaysia, 1 Ummah”… Ya, itulah tema sambutan Maal Hijrah negara kita yang diuar-uarkan pada kali ini. “Eh, apa itu 1 Malaysia?! Apa pula kena-mengenanya dengan 1 Ummah?!” Tidak ke terfikir di benar fikiran kita tentang persoalan ini?! Slogan ‘1 Malaysia’ adalah manifestasi yang digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri yang tercinta, Dato’ Seri Najib, dalam tenure kepimpinannya. Ada desas-desus menyatakan ianya adalah cedokan idea daripada firma Apco Woldwide (salah sebuah firma Zionis Laknatullah yang tersohor di serata tempat). Tapi kesahihannya masih lagi dipertikai oleh mereka yang ‘jahil’ tentang kebenaran yang ada di depan mata. Apa yang pasti, 1 Malaysia adalah satu propaganda bagi mewujudkan 1 negara bangsa daripada pelbagai kaum di Malaysia (tidak kira apa agama, bangsa dan taraf socioeconomic mereka), asalkan kesamarataan itu tercipta. ‘1 Ummah’ (Ummatan Wahidan) pula bermaksud berdirinya kita di bawah satu aliran aqidah ber-Tuhan, meneruskan perjalanan kemusafiran berdalilkan prinsip-prinsip keIslaman, dengan kesempurnaan ‘ilmu dan ‘amal sebagai pegangan, berpandukan al-Quran, hadith dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan, bagi mengharapkan keredhaan Si ‘Tuan’ menjadi paksi matlamat kehidupan. Sungguh hebat idea ini, kan?!=p. Namun begitu, intuisiku tertanya-tanya, “1 Malaysia = 1 Ummah?!”, “Boleh ke agama ini disama-ratakan atau dengan kata lain, pluralism ini dipraktikkan?!”, “Tak salah ke jikalau aqidah Islamiah dikongsi dalam kehidupan seharian bersama pegangan sesat kepercayaan-kepercayaan selain daripada kita?!” Bukankah Allah S.W.T ada berfirman: “Katakanlah: ‘Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.’"?! (al-Kafirun: 1-6) So apa anda rasa sekarang?! Okay tak tema “1Malaysia, 1 Ummah” tu?! Bukan niat intuisiku mahu condemn kerajaan.. apa lagi nak tunjuk pandai.. tetapi hanyalah sekadar menyampaikan apa yang patut disampaikan. Jadilah kita manusia yang memperjuangkan kebenaran, bukannya manusia yang mengipas-ngipas kerajaan walaupun terserlah kesesatan.. Rasanya tema “1 Ummat, 1 Matlamat” (tema sambutan Maal Hijrah di negeri Kelantan) lebih sesuai digunapakai. Bukan apa, ‘1 Matlamat’ dikatakan bersesuaian dengan makna yang tersirat di sebalik ‘1 Ummat’ (Ummatan Wahidan) yang baru sahaja dikupas sebentar tadi. ‘Matlamat’ yang dimaksudkan adalah satu, iaitu mengIslamkan masyarakat seluruh negara bagi mengajak mereka bersatu bersama di bawah panji-panji Daulah Islamiah yang luhur dan saksama. Lagipun dari segi aspek sastera, intonasi tema “1 Ummat, 1 Matlamat” adalah sangat sesuai bunyinya berbanding “1 Malaysia, 1 Ummah”. Intuisiku tidak berniat pun untuk memaksa anda menerima tema yang diutarakan tetapi ingin rasanya hati ini untuk mengajak anda semua untuk fikir bersama-sama (macam takde kerja laen lar pulak..hehe), kerana ‘aqal yang dianugerahkan jikalau ianya tidak digunakan se’adil-adil’nya dikhuatiri akan membenihkan sifat kufur di dalam diri dengan rangkaian pelbagai sifat mazmumah yang lain lagi..Na’uzubillah..
Hijrah Hari Ini Eh, ada lagi ke hijrah hari ini?!, bukan ke Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah manyahutnya!” (HR al-Bukhari, Muslim dan Lain-lain) Ya, betul!! 10 markah!!=p. Memanglah hijrah agung seperti di zaman Rasulullah S.A.W dahulu tidak akan berulang kembali. Apa yang ada di dunia sekarang ini hanyalah immigration dan emigration oleh pelarian serta pendatang asing (tidak kiralah ‘tanpa izin’ mahupun ‘dengan izin’) dari sebuah tempat yang serba kekurangan dan kesengsaraan ke sebuah tempat lain yang menjanjikan kesenangan dan kedamaian. Tapi.. hijrah masih dituntut lagi selagi mana kita bergelar ‘muslim’. Persoalannya, perlukah kita berhijrah sedangkan kita sudah berada di ‘zon selesa’ sekarang ini?! Kalau nak berhijrah, macam mana pula hijrah yang boleh kita lakukan?! Sesungguhnya hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Bermula sahaja kehidupan di muka bumi ini menuntut kita untuk berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Hijrah hari ini adalah dalam bentuk jihad fi sabilillah dan niat (keazaman). Firman Allah S.W.T: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah : 218) “Eh, jihad?! Takkanlah tiap-tiap masa kita kene berperang?!”, “Kalau selalu aje kita berperang, macam mana kita nak maju?!”, “Sudah cukup kuat ke kita nak lawan kuasa-kuasa besar dunia yang menindas kita?!”, “Tengok pasukan mujahidin di negara-negara Arab tu, hari-hari berperang. Dah lar diri tak terurus, takde life kot!!”, “Tak nak lar aku, aku tak kawen lagi. Nak juga rasa nikmat hidup di dunia nie”..itulah antara keluhan keluhan dengkal orang-orang masa kini apabila mendengar perkataan ‘jihad’. Definisi ‘jihad’ di sisi Allah bukan hanya jihad mengangkat senjata, berperang menentang musuh sahaja. Sebenarnya, jihad ada bermacam-macam jenis. Antaranya adalah jihad amar ma’ruf nahi mungkar (dakwah), jihad menuntut ilmu, jihad ke arah yang lebih baik (islah), jihad menentang musuh-musuh Islam dan yang paling utama adalah jihad menentang Syaitan Laknatullah serta hawa nafsu dalam diri sendiri. So siape kata JIHAD ITU SUSAH?! Sape pula kata JIHAD ITU TAKDA LIFE?! Siape kata JIHAD ITU MEMBUATKAN KITA MUNDUR dan MUSNAH?! Sape pula kata JIHAD ITU TIADA MAKNA DI SEBALIKNYA?! Allah berfirman dalam al-Quran: "Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." (ash-Shaf : 10-13) Akan tetapi, jihad juga tiada maknanya jikalau tidak disertai dengan niat atau azam yang kuat. Ini kerana ‘jalan yang lurus’ itu tidak akan sunyi dengan onak dan duri. Jikalau tiada keazamannya, tentu sekali keimanan seseorang itu akan goyah apabila ujian menimpa di pertengahan jalan jihadnya. Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab R.A. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (HR Bukhari & Muslim) Jihad dan hijrah juga ada juga ‘pengerasnya’, iaitu pengorbanan. Cukup mustahil dalam satu perjuangan ke arah yang lebih baik itu tidak mengidamkan langsung pengorbanan meskipun hanya sedikit. Hijrah, jihad dan perjuangan itu tidak sah jikalau ianya tidak disertai dengan pengorbanan. Lihat sahaja dalam peristiwa penghijrahan Rasulullah dan para muslimin ke Madinah. Saiyidina Ali K.W.J. telah berkorban mengambil alih tempat tidur Rasulullah S.A.W. sewaktu baginda bersama Saiyidina Abu Bakar merancang untuk berangkat ke Madinah. Walaupun Saiyidina beliau tahu betapa besar risiko yang bakal dihadapinya kerana pemuda-pemuda Quraisy bercadang untuk menyerbu rumah Rasulullah S.A.W. dan membunuhnya, tetapi Saiyidina Ali K.W.J. sanggup menghadapi bahaya itu atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya. Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah menyelamatkan beliau daripada dibunuh oleh pemuda-pemuda Quraisy itu. Lihat pula bagaimana Khalid al-Walid yang masih lagi sanggup turun berperang setelah digugurkan jawatan panglima tertinggi kerajaan Islam oleh Saidina Umar, mengenepikan egois di hati dan kepentingan diri, jua emosi demi untuk kemenangan Islam yang hakiki. Macam mana pula dengan kita?! Agak-agaknya sudahkah kita berhijrah?! Relakah kita untuk MENGORBANKAN KETUANAN DI BUMI SENDIRI SEPERTI ORANG-ORANG ANSARI DEMI DAULAH ISLAMI?! Sanggupkah kita BERTARUH NYAWA, BERKORBAN JIWA DAN RAGA SEHEBAT SAYYID QUTB DEMI UNTUK MELERAIKAN KEMUNGKARAN YANG TERMAKTUB, BAGI MEREALISASIKAN KEBAIKAN SEBAGAI RUANG LINGKUP?! Redhakah kita MENINGGALKAN KESENANGAN DUNIA SEUMPAMA IMAM ABU HANIFAH DEMI UNTUK MENENTANG KEZALIMAN DAN MENEGAKKAN KEADILAN?! Atau kita hanya MENAMBAH STATISTIK ‘KATAK-KATAK’ YANG TELAH SEDIA ADA, ‘MELOMPAT’ KE SANA KE MARI DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI DAN KESENANGAN DI JIWA?! Tak perlu berhijrah seperti di zaman Nabi, hanya hijrah pada sikap dalam diri sendiri. Nescaya rahmat-Nya yang mengiringi kita kan kekal abadi..Ameen Ya Rabbal ‘Alameen..
Cinta Hijrah Mesti ada yang bertanya, bagaimana untuk kita menerapkan semangat hijrah, pengorbanan dan perjuangan Rasululllah S.A.W. dan para sahabat dalam kehidupan kita sehari-hari, bukan?! Jawapannya adalah melalui CINTA. CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia. William Shakespeare telah mendefinisikan cinta sebagai sesuatu yang amat bernilai dalam kehidupan kita dan ianya amat berkuasa sehinggakan bisa mengubah dunia. Pandangan ini diakui oleh para cendikiawan Barat yang entah ke mana aqidah mereka dan lama-kelamaan menjadi pegangan kepada sebahagian daripada kita di dunia. Cinta diagung-agungkan oleh manusia sehinggakan melebihi kuasa Sang Maha Pencipta. Bagi anak-anak muda, lautan api sanggup direnangi dan gunung yang tinggi sanggup didaki semata-mata untuk mengecap nikmat cinta sampai mati. Panau dikatakan corak yang berbunga, busuk disangkakan cetusan aroma dan papa dikatakan bergaya. SEMUANYA BUTA KERANA CINTA!!! Sebenarnya, perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Allah. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Allah, cinta Rasul, cinta diri, cinta keluarga, cinta suami atau isteri, cinta ibu bapa, cinta anak, cinta sahabat handai dan cinta harta. DENGAN MELETAKKAN CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA MENGATASI CINTA-CINTA YANG LAIN, NESCAYA TERSELITLAH SEMANGAT HIJRAH, PENGORBANAN DAN PERJUANGAN RASULULLAH S.A.W. SERTA PARA SAHABAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN AUTOMATICALLY TANPA PAKSAAN.. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” (HR al-Tabrani) Tapi.. masalah jugak tue, cane pulak nak letakkan cinta Allah dan Rasul superiorly secara infinity?! Ada ke caranya?! Hmm… jawapannya.. ADA.. iaitu melalui ‘Formula 3K’ (bukan ‘Formula Pekan” erk..hehe..).. Apa itu‘Formula 3K’?! ‘3K’ merujuk kepada.. KUKUHKAN hubungan dengan Allah, KUTIP ilmu dan KONGSIKAN ilmu. Untuk memperoleh kemantapan keimanan dan ketaqwaan serta keberkatan dalam kehidupan, mulakannya dengan mendekatkan diri kita kepada Sang Maha Pencipta. Caranya muda sahaja.. iaini dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan-Nya serta melakukan amalan-amalan sunat seperti ‘amal jariah dan tidak dilupa Qiamullail juga. Susah?! Ala.. tu bangun tengok ‘World Cup’ boleh.. Siap shopping tanpa had lagi, sampaikan barangan bukan keperluan pun turut dibeli..Takkan lar nak luangkan masa 20-30 minit di sepertiga malam pun tak boleh kot?! Boleh jadi papa kedana ke kita kalau diinfakkan sedikit daripada harta yang kita ada kepada mereka yang tidak berdaya?! Lepas dah agak kukuh hubungan dengan Sang Maha Pencipta, maka kenalah kita menuntut ilmu sebanyak mana, selagi yang termampu. Tapi ingat.. bukannya cedok ilmu secara membabi buta tau! Pilihlah ilmu yang bermanfaat kepada diri dan seluruh yang ada di galaksi.. tidak kiralah ilmu duniawi ataupun ukhrawi..serta ilmu yang boleh mendekatkan diri dengan Ilahi. Jangan dilupai, tuntutlah ilmu dengan cara yang diredhai dan bukan pula dengan cara menghianati yang secara jelas dilaknati. Sesudah ilmu penuh di dada, maka hendaklah kita sebarkan ia.. kerana Islam ini bukannya agama kita seorang sahaja, sebaliknya perlulah dikongsi bersama-sama umatnya yang lain juga. Tidak dilupa dakwah Islamiah juga, sepatutnya menjadi amalan kita, selaku umat-Nya kerana tanpanya keadilan, keamanan dan keberkatan daripada rahmat-Nya takkan kunjung tiba. “Biarpun kita ‘tuan’, kita tetap berTuhan. Biarpun kita ‘mereka-reka’, kita tetap ‘ciptaan’. Apalah yang ada dengan ‘mendongak kepala’ kerana ‘sujud’ jua tempatnya. Ingatlah bahawa hidup ini adalah suatu perjuangan dan perjuangan itu memerlukan kita sebagai pendokongnya..” (intuisiinsurgensi) |
No comments:
Post a Comment