Monday, June 22, 2009

Songkok vs Kopiah?!

“Tolong jangan pakai kopiah time datang ke sekolah. Takpun tukar pakai songkok. Apa lar,pelajar cemerlang pun pakai kopiah jugak ke?! Tak sesuai langsung!!!” kata seorang pegawai pendidikan daerah (PPD) kepada seniorku yang kebetulan berada betul-betul di hadapanku semasa majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar beberapa tahun yang lalu,sewaktu aku di bangku sekolah.

“Kenapa dengan kopiah, encik?” sampukku yang kebluran pada masa itu.

“Kamu paham-paham lar sendiri,” balasnya pendek berserta senyum sinis.

Kami mengangguk sahaja walaupun hakikatnya aku belum benar-benar faham apa yang dimaksudkan, tapi tak tahu lar faham ke tak si senior yang memang 2-3 tahun lebih tua daripadaku itu. Maybe faham kot because he was matured than me at the time.

Apa kena-mengena antara songkok atau kopiah dengan kecemerlangan seorang pelajar?! Setahu aku, apa yang penting ialah reputasi dan kompetensi pelajar tersebut dalam melaksanakan kecemerlangannya, yang mesti menjadi penilaian dan pertimbangan.

Bila intuisiku cuba menghuraikan hakikat itu, pegawai tersebut menambah, “Ini soal sensitif. Ada di kalangan kami tidak senang dengan kopiah putih. Kamu takkan tak paham?!”

Sekali lagi aku terpinga-pinga apabila cuba memahami soal ‘ketidakfahaman’ mereka dalam hal ini. Di mana rasionalnya?! Lebih-lebih lagi, rasionalkah sikap ini?!

************************************************************************************************

Baru-baru ini, jiranku yang bersongkok pula disindir apabila singgah di sebuah warung di salah sebuah daerah yang agak pedalaman di Semenanjung untuk menanyakan arah lokasi rumah kenalannya .

“Ahaa..dah datang dah encik YB kita!” kata seorang lelaki yang kebetulannya sedang khusyuk ‘berusrah haji’ (atau lebih dikenali sebagai main dam) dengan beberapa orang lelaki yang lain.

“Musim-musim macam nie lah selalunya baru nak datang tunjuk muka. Masa lain takde pun nak datang,”” sampuk seorang lagi.

“Tumpang tanya pak cik, tau tak kat mane rumah Pak Berahim Ali yang wat kenduri kahwin anak dia ari nie?!” tanya jiranku itu.

“Ai, rumah anak buah sendiri pun tak tau ke, YB? Hehe..,” jawab seorang ahli ‘usrah’ yang kelihatan lebih tua berbandingkan dengan yang lain. Ahli ‘usrah’ yang lain turut ketawa terbahak-bahak.

Jiranku yang bersongkok itu terpinga-pinga,bingung dengan sindiran mereka yang berkopiah itu. Dia kebetulan hanya singgah di situ untuk bertanya tentang arah lokasi rumah kawannya yang pada masa itu telah melangsungkan perkahwinan. Dia singgah bertanya kerana dia tak pernah sampai ke area tersebut dan memang stylenya memakai baju batik berserta songkok apabila menghadiri majlis-majlis keramaian.

“Jangan dilayan ‘Nam Jahanam’ nie encik. Diorang nie gila sikit... gila politik. Hehe.. Erm, rumah Pak Berahim tu dekat je. Encik jalan terus dan pastu belok kiri. Rumah yang beratap hijau tu lah rumah dia,” celah pemilik warung itu dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya.

Hanya selepas itu, apabila beliau berbual dengan pemilik warung berkenaan dan membaca risalah-risalah, iklan-iklan ceramah dan poster yang ditampal di sekitar warung, barulah beliau faham. Rupa-rupanya menurut pemilik warung itu, dengan bersongkok sebegitu rupa,seseorang akan dianggap ahli politik yang hendak ‘turun padang’ ke kawasan itu. Dan kebetulan musim itu adalah musim pilihan raya kecil DUN!

************************************************************************************************

Satu ketika yang lain, kawanku pernah meluahkan rasa hatinya tentang betapa terujinya dia dengan berkopiah di tempat kerja.

“Parok benar aku loni, boh baru aku tu wat aku macam ore asing! Cliko benar dio nga aku. Tiap-tiap kali mesti ado hok tak keno nga aku,” keluhnya.

“Bakpo gitu?!” tanyaku kehairanan.

“Sebab gapo hok aku paka kat atah palo nih” jawabnya dengan agak perlahan.

“Heh, sebab paka pioh jah..mu jadi mangso keadaan?!” tanyaku lagi.

Dia mengangguk. Kawanku itu disyaki membawa agenda politik ke tempat kerja. Padahal setahu aku, dia berkopiah sejak tadika lagi. Dia anak seorang ustaz dan ustazah yang memang dibiasakan oleh waleed dan umminya berkopiah sejak kecil. Tak ada kena-mengena dengan soal politik.

Sepanjang sepenggunaan aku, aku dapati dengan memakai kopiahlah lebih efficient berbanding songkok. Yela, mana taknya..cuba kita amati jika kita berkopiah semasa bermusafir dari satu tempat ke tempat yang lain. Kopiah senang dilipat dan dibersihkan ataupun dibasuh. Jika dibandingkan dengan songkok yang perlu dijaga selalu. Jikalau terhenyak, apalagi kalau terduduk.. ia akan mudah terpesok. So tak ke praktikalnya memakai kopiah berbanding songkok?! Akan tetapi, kopiah juga ada ‘kekurangannya’. Apabila manghadiri majlis-majlis rasmi umpamanya, songkok kelihatan lebih segak dan manis jika dipadankan dengan baju Melayu (malah pakaian kasual sekalipun).

Persoalannya sekarang, adakah kita hendak bersongkok atau berkopiah?! Tau dengan lebih tepat lagi mana lebih baik, songkok atau kopiah?! Padaku, mana-mana pun boleh. Apa yang penting semuanya harus ‘digayakan’ berdasarkan hukum Syari’at, dan Syari’at juga mangiktiraf soal budaya serta adat setempat. Asalkan ianya tidak bercanggah dengan ajaran Sang Maha Pencipta.

************************************************************************************************

Aku terbaca jawapan kiyai muda yang tersohor di Gagasan Indonesia, Aa Gim (KH Abdullah Gymnastiar), apabila dihalakan soalan mengapa ada kalanya dia berserban, berkopiah atau kekadang ‘bergondol’ kepala, beliau menjawab :

“… Saya memutuskan untuk lebih fleksibel. Kadang-kadang berkopiah, kadang-kadang berserban dan kadang-kadang tidak berkopiah atau berserban sama sekali, kerana ternyata Rasulul pun begitu. Oleh itu, kita tidak boleh mengikat diri kepada aksesori tertentu. Yang penting, kita berusaha menjadi lebih baik daripada topeng yang kita pakai…”

Menurut ‘Imam Global ‘ketika mengulas kenyataan kiyai muda itu dalam columnya (Solusi isu #6);

“Aa Gim, walaupun saya rasa tampil berserban pada waktu dan keadaan, (kerana itu pakaian sunah dan tradisi orang soleh), tetapi tetap praktikal dalam menghadapi kepelbagaian suasana dan menangani keragaman keadaan.

Dan yang paling penting , jawapan itu tidak memisahkan antara golongan yang berkopiah, bersongkok, berserban atau ‘gondol’ begitu sahaja. Dan jawapannya merupakan satu tarbiah untuk memperbaiki hati masing-masing.”

Beliau menambah ;

“Suatu masa dahulu, ketika saya ingin tampil berceramah di sebuah organisasi bertaraf korporat, saya ‘dinasihatkan’ agar menanggalkan kopiah.

“Kalau nak tutup kepala juga tuan, pakai saja songkok,” kata pengerusi majlis yang begitu cemas. Saya faham dia terpaksa menjaga hati banyak pihak dan pada masa yang sama, dia tidak mahu mengecilkan hati saya.

No problem,” kata saya. “Kalau awak minta saya tak pakai apa-apa penutup kepala pun tidak mengapa, asalkan saya boleh berdakwah!

Ya, kalau apa yang saya pakai di kepala menjadi penghalang kepada apa yang saya ingin sampaikan dari hati nurani ini… maka biarlah kopiah atau songkok itu ‘terkorban’. Kita mesti bijak menilai keutamaan.”

************************************************************************************************

Demikianlah rentetan kisah ‘remeh-temeh’ tentang kopiah vs songkok dalam masyarakat kita sejak dari dulu lagi. Nampak je kecil dan terpinggir tapi itu hanya umpama ‘tip of iceberg’ kepada persoalan dan permasalahan yang lebih besar di kalangan masyarakat – soal toleransi, kasih-sayang, tahap kefahaman, pengurusan perbezaan, memilih keutamaan dan lain-lain yang sudah terhakis dalam hati dan diri umat Islam.

Kita hanya seolah-olah mencari-cari sebab untuk bertelagah, curiga dan berprasangka. ‘Gila politik’ tidak kira musim, tempat dan keadaan sehingga soal benda yang kita pakai di kepala pun mampu menimbulkan polemik. Padahal yang lebih penting ialah dahi itu sujud kepada Ilahi. Bukankah Allah, Tuhan kita itu satu?!

Firman Allah swt yang bermaksud:


“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”

(al-Imran : 103)

Fikir-fikirkan dan selamat beramal. ;-p


“akan kusampaikan meskipun sebaris ayat..”

7 comments:

Pok Li said...

Analisis yang bagus. Bapa saya pakai songkok sebelum pergi haji, pakai kopiah lepas kembali dari Makkah.

AnjeRuby a.k.a Kak Abell said...

yg penting, tutup aurat...

iNtuisiiNsurgeNsi said...

bgus lar 2, pokli..;-p

iNtuisiiNsurgeNsi said...

btol 2,kak..

Abdurrahman said...

Good issue..Islam bukan hanya terletak pakaian, tetapi pakaian dapat mencerminkan ke'islaman'nya..Don't judge a book by its cover

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

pergehe.. bulih doh ggati alip nih..hehe. Mitok izin add demo..seney kalu demo ggati sarip pahni2.hheehe

iNtuisiiNsurgeNsi said...

to abdurrahman : btol 2,me..gapopn,mu ttp mentor aku..hehe..

to nuruddin : gapo gak gegey2 nih,abe din oi?spototnyo kawe hk kno mtok izin nk kecek nga ore kmah..hehe..