Friday, January 10, 2014

Aku Hanya Daie Bukannya Mufti.. ^_^v


Untuk para daie, terkadang dalam kita sibuk mengajak manusia kepada kebaikan, kita menjadi agak bermudah-mudahan akan perkara harus dan mubah..

Sedangkan para sahabat dahulu amat menitik beratkan akal hal-hal harus dan mubah ini.

Seperti makan
seperti tidur
seperti cakap banyak
seperti dengar muzik
seperti tengok filem
seperti tengok facebook berjam-berjam.

Pernah kita terfikir, di saat kita merasakan diri kita daie, mengapa hati kita jauh dari Allah.

Di saat kita menyeru manusia kepadaNya, hati kita rasa goyah dan masih meraba-raba untuk bergantung pada manusia, bukannya Allah..

Akhirnya, Allah menonjolkan isi hati kita menerusi perbuatan kita sendiri di facebook ini. Menandakan sebenarnya, banyak yang perlu dirawat pada hati kita ini..

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri, mereka itulah orang-orang yang fasik..”
 (al-Hasyr : 19)

Di saat diri kita tidak lagi sensitif akan maksiat dan perkara-perkara mubah ini, Allah beritahu pada kita:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar."
 (al-Anfal: 29)

Ya, Kita amat memerlukan furqan itu! Pembeza antara kebenaran dan kebatilan!

Kerana di Malaysia ini, amat banyak yang kelabunya...



p/s: Fenomena #MimbarPencetusUmmah membuktikan betapa dahaganya rakyat Malaysia akan program yang berorientasikan ilmu,agama serta dakwah yang santai dan sampai..

Semoga ada lagi program sebegini di lain hari..


Senyum.. ^_^v

Wednesday, January 01, 2014

Orang Kaya Bersyukur Vs Orang Kaya Kufur


Orang kaya yang ingkarkan perintah Allah, adalah munasabah mengikut hintungan logik akal, mungkin kerana merasakan bahawa mereka telah memiliki segalanya di dunia ini lantas kesenangan itu telah melupakan mereka dengan kehidupan seterusnya selepas mati.

Tetapi bila orang miskin juga ingkar kepada Allah, mudah cakap, di dunia pun mereka hina, di akhirat apatah lagi.

Intuisiku terfikir fenomena ini menjelang hari 1 Januari 2014, hari permulaan Brunei menguatkuasakan perlaksanaan hukum Allah yang dinamakan hudud di negara mereka.

Sultan Brunei adalah antara individu yang tersenarai di kalangan 10 makluk Allah yang terkaya di atas muka bumi ini, akhirnya akur dengan perintah Allah. Alangkah malangnya, makhluk Allah dari kategori penerima BR1M pula menjadi penyokong pemimpin yang menolak hukum Allah.

Intuisi sebak memikirkan realiti ini…




p/s: Tahniah Peserta TURUN.. Walaupun kerajaan tidak berganjak, terus berdegil enggan tunduk menurunkan harga barang.. namun anda berjaya menurunkan artis-artis dari pentas Konsert Ambang 2014. Untuk pertama kalinya dalam sejarah. Setidak-tidaknya selamàt juga Malaysia satu malam dari pesta mengundang bala' ALLAH. Syukur.

Malam Ini, Malam Tahun Baru 2014..



Malam tahun baru kita semua dapat MINYAKsikan perlawanan sengit di antara;

i) Golongan ‘konsertinis’; berpesta malam ni dengan beberapa konsert telah dicanang dalam akhbar. Konsert tahun baru kos pasti mahal jemput pelbagai artis. Pasti meriah. Pemerintah TURUN sama memeriahkan.

ii) Golongan ‘kuliahis’; berpesta tazkirah dan ceramah mencuci jiwa santapan nurani yang kekosongan. Dengan harapan moga-moga hari-hari mendatang iman lebih kuat dalam menghadapi cabaran kehidupan. Kos sumbangan orang ramai. Masuk percuma. Ironisnya, pemerintah tidak TURUN memeriahkan. Rakyat marhaen yang dikatakan 'tunjuk alim' sahaja yang pergi dengar.

iii) 'Samseng-samseng', 'gengster' hati kering menanti untuk membantai rakyat-rakyat yang datang dari seluruh Malaysia, TURUN perhimpunan AMAN bantah ketidakadilan. Pak polisi dan FRU setia menanti.





Oh. Sebab itulah Allah jadikan Syurga dan Neraka.

Syurga untuk orang baik-baik dan suka kepada agama serta keadilan.
Neraka untuk orang jahat serta zalim dan suka kepada kebatilan.

Entahlah.

Kalau fikir-fikir, apa sangatlah yang seronok dengan konsert.

Ah.. Mungkin mereka praktis melalak dan berdansa di dunia supaya tidaklah menggeletis melolong sangat terkena api neraka kelak. Mungkin mereka selamba je jawab dalam tu nanti,

"Kami dah biasa menjerit-jerit macam ni kat dunia. So, tak heran sangatlah setakat api gini."

Kita doa habis-habis supaya mereka dapat hidayah.
Tapi mereka lak macam 'doa' habis-habis untuk terima padah.

Clash sokmo..hmmm..~

Tuesday, December 31, 2013

TURUN tetap TURUN..~



Ada yang bertanya, jadi ke kita nak TURUN malam ini..??
Kan PM dah umum malam tadi, 11 Langkah Penjimatan kerajaan...

Jawab saya, TURUN tetap TURUN..
Usah mudah terperangkap dengan permainan orang politik.
Demi meredakan suhu kemarahan rakyat, maka diumumkanlah langkah 'kosmetik' itu..

Bahkan, kita patut lagi bersemangat untuk TURUN.. Kenapa..?
Bayangkan, belum lagi himpunan dibuat, kerajaan dah panas telinga dan tak senang duduk dengan suara kritikan rakyat di alam maya.
Maka, barulah mereka umum malam tadi 11 langkah penjimatan itu.

Jika, kita ikut cara mereka, SYUKURLAH, DIAM, dan TAAT sahaja maka usah bermimpi untuk mendengar 11 langkah penjimatan diumumkan.

Hakikatnya, 11 langkah itu 'kosmetik' sahaja kerana isu sebenar ketirisan, rasuah, kebocoran, kronisme, penganugerahan tender secara terus, teguran dalam Laporan Audit Negara itu masih belum diberikan jaminan penyelesaian secara kongkrit. Ratusan Juta bahkan berBilion wang rakyat dapat diselamatkan jika pihak kerajaan benar-benar bersungguh dan serius untuk menyelesaikan isu ini.


**Nota: Sebenarnya, 11 Langkah Penjimatan sebegini bukanlah baru, ia telah pun dibuat oleh PM Pak Lah pada Jun 2008 (selepas PRU ke 12 dulu) dan kini selepas PRU 13, PM Najib pula mengumumkan langkah yang sama.
Boleh rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008 yang bertajuk "Langkah Mengurangkan Perbelanjaan Awam".

Senyum.. =)

~Selamat tinggal tahun 2013.. Hanya tinggal sejarah..
Selamat datang tahun 2014.. Tahun sengsara rakyat..~
 

Sunday, December 29, 2013

Kisah TURUN Tidak Temurun.. ^_^v



Namaku Samad. Panggil je aku, Mad.

Sejak 2 bulan kebelakangan ini, keluargaku pantang dengan perkataan TURUN. Kalau perkataan NAIK, ok je tak ada perasaan pun. Ada banyak situasi yang menjadikan aku stress banget.

Mari ikuti situasi-situasi yang aku tempuhi hari-hari terakhir dalam bulan-bulan terakhir ni.

1. Masa nak makan.

"Mad, mari makan." Mak panggil.
"Ok, Mad TURUN kejap lagi." Aku jawab.
"Mad!" Mak bengang.
"Ok ok. Mad berGULING-GULING kejap lagi ke bawah."

2. Masa balik kolej. Nak keluar kereta.


"Mad, cepat masuk." Bapak panggil.
"Jap, Mad tak TURUN dari kereta lagi ni." Aku jawab.
"Mad!" Bapak bengang.
"Ok ok." Aku mengengsot macam labi-labi keluar dari kereta. Tak boleh keluar cara normal.

3. Masa hari hujan.

"Mak, hujan dah TURUN!" Aku bgtau mak.
"Mad!" Mak laung.
"Ok ok. Hujan dah NAIK ke langit balik dah mak!" Aku jawab dengan spek tersenget sebelah.

4. Masa kucing tersangkut kat pokok.


"Ayah, kucing ni tak boleh TURUNlah. Acanner ni?" Aku bgtau ayah.
"Mad!" Ayah bengang.
"WOI KUCING!! Kau GULING-GULING sekarang gak ke tanah sebelum aku kapakkan pokok ni!" Sambil aku hantuk2 kepala dekat batang pokok tanda protes kat bapak.

5. Masa bincang nak nikah.

"Mak, TURUNkanlah sikit harga duit hantaran tu. Tak mampulah Mad."
"Mad!!!!" Mak bengang.
"Ok, ok, mak NAIKkanlah sampai RM20 ribu serba satu, 4 sport rim ROTA, dan basikal fixie 4 ketul. Dengan kadar segera, please. Anak mak suka sangat membujang sampai arwah." Aku makin stress.

6. Masa kawan pembangkang call.

"Ayah, kawan call ni ajak join Perhimpunan TURUN." Aku mintak izin ayah.
"Mad! Kau langkah keluar nak GULING kerajaan aku tak ngaku anak!" Bapak marah.
"Bro, bapak aku kata kalau aku nak pergi jugak, sila NAIK awan GULING Goku." Aku jawab sopan jaga hati member.

7. Pergi shopping.

"Mak, harga mahal gila barang-barang sini. Semua NAIK tak nak TURUN dah kot." Aku bgtau mak.
"Mad!!!!" Mak geram.
"Ya Allah mak, izinkan Mad berGULING-GULING kejap. Excited ya ampun harga murah gile. Tak pernah Mad rasai pengalaman membeli-belah begini." Aku pun berguling sampai ke kaunter. Orang pakat ambil video aku berguling masuk ke youtube.

8. Masa ajak ayah pergi masjid.

"Ayah, jom TURUN ke masjid solat Subuh nanti." Aku Whatsapps ayah.
"Mad!!" Ayah reply.
"Ok ok. Kita NAIK jetski ke masjid ya." Aku reply.
"Ayah bz." Ayah reply.
Aku dah agak dah. Mesti ayah bz berGULING dengan mak lagi masa tu.

9. Masa ayah sakit di spital.

"Doktor, darah tinggi ayah saya tak boleh diTURUNkan ke?" Aku tanya doktor.
"Mad!!!" Ayah bengang.
"Doktor, NAIKkan lagi doktor, NAIKKAN." Aku tersilap jawab. Apa lagi.
Bapak hempuk aku jatuh terGULING depan nurse lawa, hilang macho. Doktor siap masukkan air kat aku plak.

10. Masa ayah meninggal. Nak tanam.

"Pelan-pelan TURUNkan jenazah ayah saya ya." Aku turunkan jenazah dalam liang. Air mata berlinangan di pipiku.
"Mad!!!" Arwah ayah tiba-tiba berkata-kata.
Aku dan semua orang apa lagi, terus tercampakkan jenazah ke lubang kubur. BerGULING-GULING jenazah dalam tu.
Terkejut gila beb. Air mata semua orang terus NAIK masuk dalam mata balik.




Itulah penderitaan yang aku alami di dalam keluargaku. Kini, aku dah plaster mulut aku. Bimbang tersebut perkataan TURUN, maka murkalah mak aku nanti sampai masuk spital pastu mati macam ayah aku lak. Yatim piatu aku.

"Mad!!! Nape ko taip plak!! ARGHHHH!!"

Mak menjerit dari bawah setelah baca entry blog aku.. hoho

Tuesday, December 10, 2013

Lari Daripada Rahmat Allah?!


Musim-musim hujan ni, teringat pula sebuah kisah Juha (Pak Pandir versi Arab) dan hujan.



Ceritanya begini, pada suatu hari Juha berada di sebuah kedai untuk berteduh sementara menanti hujan reda. Dari jauh dia nampak seorang rakannya, Kasim berlari-lari di dalam hujan untuk mencari tempat berteduh.

Lalu Juha menjerit ke arah rakannya itu dengan bertanya, "Wahai Kasim, mengapa engkau berlari dalam hujan?"

Kasim yang kebasahan menjawab, "aku lari kerana bimbang bajuku basah."

Lalu Juha menjawab kembali secara spontan, "Bukankah hujan itu Rahmat daripada Allah? Adakah engkau lari daripada Rahmat Allah yang ditimpakan ke atas kamu?"

Lalu Kasim tersipu-sipu. Dalam hatinya mengakui ada kebenaran di sebalik kata-kata Juha tadi. Lalu berjalanlah dia seperti biasa dalam hujan tersebut hingga basah kuyup satu badannya.

Keesokan harinya, situasi yang sama berulang lagi. Tetapi kali ini Kasim sedang berteduh di dalam kedai, manakala di Juha pula berlari-lari di dalam hujan mencari tempat berteduh.

Kasim merasakan inilah waktu terbaik untuk mengenakan kembali Juha. Lalu dijeritnya kepada Juha, "Wahai Juha, mengapakah engkau berlari dalam hujan? Adakah engkau lari daripada rahmat Allah?"

Juha tersipu-sipu, tetapi tidak kekeringan idea untuk membalas. Juha menjawab, "Aku bukan lari daripada rahmat Allah. Tetapi aku sebenarnya takut 'terpijak' rahmat Allah ini. Bukankah rahmat Allah ini terlalu besar nilainya?"

Kasim hanya tersenyum tawar mendengar alasan Juha tadi.


Senyum.. =)