Manusia secara lahiriah tidak mahu dikongkong. Setiap
manusia akan berasa kurang selesa apabila segala tindak tanduk terkongkong atas
faktor-faktor seperti agama, tradisi dan adat istiadat. Melanggar tradisi dan
adat istiadat adalah perbuatan yang paling mudah. Tetapi membelakangi agama
akan mengundang dosa serta padah. Dosa sebenarnya boleh dilihat berdasarkan
refleksi cerminnya iaitu padah. Tetapi itu tidak sama sekali memberikan apa-apa
hak untuk menghakimi sesiapa pun.
Dua perkara yang Islam haramkan adalah arak dan daging babi.
Sekalipun darurat, hukum masih kekal haram, cuma tidak berdosa untuk makan agar
hukum lain yang lebih agung iaitu “menjaga kesihatan (nyawa)” tidak
dibelakangi. Sebelum berhujah mengenai arak dan daging babi, perlu juga
tekankan tentang kepentingan nyawa berdasarkan pandangan Islam. Salah satu
sumber yang mudah digunakan adalah perbuatan bunuh diri.
Di dalam Sahih Bukhari, Jilid 2, Kitab 23, dan Ayat-Ayat
445-446, Islam menekankan bahaya dosa bunuh diri, serta ancaman yang mesti
dibuat pedoman apabila berdepan dugaan besar.
Diriwayatkan oleh Thabit bin Ad-Dahhak:
Sabda Rasulullah SAW, “barangsiapa yang sengaja bersumpah
(secara palsu) atas agama selain Islam, maka dia telah menjadi apa yang dia
berkata, (contohnya, jika dia berkata, ‘kalau perkara ini tidak benar, maka aku
adalah Yahudi,’ dia telah menjadi seorang Yahudi). Dan barangsiapa yang
membunuh diri dengan besi akan dihukum dengan besi yang sama di Neraka.”
Diriwayatkan oleh Jundab:
Sabda Rasulullah SAW, “Seorang lelaki telah tercedera (atau
jatuh sakit), dan dia telah membunuh diri. Maka Allah berfirman: hamba Aku
telah mencepatkan kematian baginya, maka Aku mengharamkan Syurga buatnya.”
Diriwayatkan oleh Abu Huraira:
Sabda Rasulullah SAW, “barangsiapa yang membunuh diri secara
mencekik akan kekal mencekik dirinya di Neraka selama-lamanya, dan barangsiapa yang
membunuh dirinya dengan tikaman akan kekal menikam dirinya di Neraka.”
(Terjemahan daripada bahasa Inggeris)
Betapa besarnya nilai nyawa dalam pandangan Islam. Jadi,
atas kebesaran inilah diturunkan al-Qur’an, agar manusia dapat mengamalkan gaya
hidup bersesuaian. Hari ini satu laporan kesihatan telah diterbitkan perihal
penyebab-penyebab kanser perut. Dan dua (atau tiga) pencetus utama adalah apa
yang diharamkan Islam: daging babi (bacon) dan obesiti. Boleh faham sentimen
golongan yang berilmu dalam bidang perubatan apabila obesiti dikaitkan dengan
dua perkara berdosa. Terdapat pendapat mengatakan obesiti adalah semulajadi
daripada genetik.
Kod-kod genetic di dalam zarah tubuh manusia mampu
menyebabkan obesiti dalam sindrom-sindrom Bardet-Biedl dan Prader-Willi.
Walaubagaimanapun, kod-kod ini tiada kuasa menentukan halatuju kesihatan dalam
masa yang akan datang. Atas penentuan ini, obesiti dijangka akan berlaku atas
faktor genetik dan gaya hidup. Dalam kes-kes terkini, punca obesiti ditambah
lagi, bahawa bekalan makanan tidak terbatas dan aktiviti fizikal yang kurang
dikaitkan sekali.
Allah berfirman, “dan makanlah dan minumlah, jangan
berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebihan.”
(Qur’an 7:31) Dan disini terdapat satu kepincangan dalam amalan gaya hidup
rakyat Malaysia. 20 tahun lepas, hanya 4.4% rakyat Malaysia dianggap menghidapi
obesiti. Kini perkataan ini telah menjadi keramat sehingga 14%. Berdasarkan
kenyataan Menteri Kesihatan Negara, “jenis-jenis makanan yang banyak dan budaya
makan” makanan yang berkalori tinggi seperti bahan minyak kelapa dan sawit,
serta kuih-muih berbahankan beras dan gula “telah menjadi sebahagian daripada
hidup kita.”
Tahap obesiti Malaysia dicatatkan lebih tinggi daripada
sahabat-sahabat Asia negara. Dalam sebuah jurnal medikal British, the Lancet,
Malaysia menjuarai lumba obesiti (siapa cakap obesiti tidak boleh berlumba)
iaitu sebanyak 45.3% (44% lelaki – 49% wanita) kepada bilangan populasi.
Selain daripada perut, beberapa jenis kanser yang lain
didapati tercetus akibat tiga perkara ini. Antaranya adalah kanser payu dara
dan kolon.
Tetapi bukan tiga pencetus ini sahaja yang dibincangkan.
Daging proses turut dikaitkan juga. Tetapi kajian yang lebih mendalam
diperlukan untuk mengenalpasti sama ada daging-daging proses Malaysia boleh
dikaitkan bersama. Ini kerana, laporan kesihatan yang diterbitkan menggunakan
lombong emas kepada penyakit iaitu rakyat Amerika Syarikat sebagai asas kajian.
Kanser perut adalah yang kelima paling kerap secara global, 950,000 orang
setahun. Dan pemprosesan yang disebutkan turut mengaitkan kemasukan bahan
pengawet. Antara yang disebut adalah berkaitan babi seperti bacon, ham dan yang
lain seperti pastrami, salami, dan sosej. Daging proses juga dikatakan mampu
menyebabkan kanser pankreas dan prostat.
Juga dikaitkan adalah makanan-makanan yang diawet garam,
tetapi sekali lagi, pencetus kanser perut ini boleh dinafikan kerana bangsa
Melayu sudah biasa dengan ikan masin sejak dahulu lagi, tetapi catatan sejarah
mengenai “sakit perut” langsung tidak disebut dengan banyak. Tetapi yang paling
perlu diperhalusi adalah amalan merokok, yang dipersalahkan atas 11% kanser
perut.
Amalan pemakanan Mediterranean mengutamakan buah-buahan,
sayur-sayuran, bijirin, dan kacang. Diet ini juga menggantikan mentega dan
garam dengan minyak zaitun dan herba rempah. Daging merah pula dijamah tidak
lebih daripada beberapa kali sebulan. Dan yang paling utama sekali, diet
Mediterranean menggunakan makanan Sunnah.
Daripada Sayyid al-Ansari:
Sabda Rasulullah SAW, “ambillah (makanlah) minyak zaitun dan
sapukanlah kepada badan, kerana ia datang daripada pohon yang suci (Mubarak).”
– Tirmidhi At’ima, 43; Ibnu Majah.
Artikel Asal: The
Patriots