Ku berlari-lari mengejar sebuah janji..,
Ku lontar dan terus melontar,
Genggaman batu kecil atau besar bukan ukuran,
Tapi hakikat sebuah keyakinan yang terpasak kukuh,
Ini realiti yang hakikatnya kita sering terlupa,
Landasan yang sama tapi pilihan yang berbeza..
Seringkala aku tertanya..,
Mengapa mereka enggan bersama di jalan ini?!
Kujalani hidup ini di atas jalan yang berdarah,
Kain putih nekad disisi,
Kelak menyeliputi jasad di saat ku riang terbang ke langit,
Maka tidakkah mereka mencemburui aku?!
Ku yakin TIDAK jawapannya..,
Kerana itulah aku ditinggalkan sendirian di tanah bernama Palestin,
Sampai bila Palestin akan terus dilupakan?!
Ilham Cipta,
intuisiinsurgensi,
Kuala Krai,
Kelantan.
No comments:
Post a Comment