Saturday, June 30, 2012

Alangkah Indahnya Jikalau Dapat Kita Fahami..~


 
 
Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi karena itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF..

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencoba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
Sampai Allah memanggil:
"Waktunya PULANG"

p/s: bukan namanya 'pertemuan' jika ianya tidak disertai dengan 'perpisahan'.. ^_^y

Tuesday, June 26, 2012

Pensel, Pemadam dan Penulisan.. ^_^y

 
 
Bila kita menulis tentang cinta..
tak semestinya kitalah yang paling arif tentang cinta..
atau yang paling asyik dilamun cinta..
terkadang itu cuma ekspresi rasa, sebuah catatan tanpa makna, siapa tahu?!

dan bila kita menulis tentang kesedihan..
bukanlah kita yang paling derita dan paling kecewa..
terkadang itu cuma catatan rasa yang berlebihan, melampaui apa yang dirasai..
rintihan sekeping hati yang mungkin terlalu rapuh tanpa ilmu, tanpa iman..

dan bila kita menulis tentang harapan dan impian..
terkadang bukanlah kerana kita tak pernah putus harapan dan kehilangan impian..
tapi kerana kita mahu terus berharap yang baik, dan mengimpikan sebuah bahagia..

dan bila kita menulis tentang sebuah ketabahan..
bukanlah bermakna kita yang paling tabah..
tapi,itu cuma antara cara memujuk hati dan diri sendiri..

maka,
hakikat sebenar di sebalik sebuah penulisan itu mungkin sukar difahami..
mungkin kerana ia lebih mudah diselami..
dari ditafsir dan dibuat andaian yang kita sendiri tak pasti..


p/s: maka sentiasalah bersangka baik yer?? ^_^y

Monday, June 25, 2012

Tak Seindah Sentuhan Mata..~



Memang sakit bila cinta yang kita damba selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-NYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH dan PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.





Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. ^_^y

Antara 'Yellow Banana' dan 'The Criminal'..

 [Yellow Banana]

[The Criminal]


p/s: Apakah persamaan yang dibawa oleh kedua-dua short movie yang dimuatnaik di atas?! Jawapannya.. terletak pada hati dan fikiran anda. Semoga mesej yang cuba dibawa sampai pada tempat yang sepatutnya. Selamat mentafsir.. ^_^y

Akhirnya, Kemenangan Berpihak di Tangan ISLAM.. Syukur Alhamdulillah.. ^_^



Alhamdulillah.. Akhirnya penantian selama puluhan tahun ternyata berbaloi. Sujud syukur atas kemenangan Dr Muhammad Mursi dari Ikhwanul Muslimeen, yang baru sahaja disahkan sebagai Presiden Republik Arab Mesir secara rasmi. Kemenangan ini adalah milik umat Islam sejagat. Mungkin ada yang mempertikaikan kemenangan ini.. tidak kurang juga ada yang meragui keupayaan beliau untuk mentadbir Bumi Mesopotamia ke arah kemaslahatan dan keislahan bersama.. Dan ingatlah.. hanya yang mengetahui serta mengakui kezaliman Hosni Mubarak dan sekutunya sahaja yang mampu memahami serta menghayati kemenangan Morsi dan rakyatnya ini. Sematkan di dada bahawa ISLAM akan tertegak jua di muka bumi ini. Meskipun bukan pada waktu dan ketika ini, namun  akan tiba saatnya nanti.. kerana itu adalah janji Tuhan yang pasti. Dan kemenangan ini adalah suatu permulaan bagi kemenangan-kemenangan ISLAM selepas ini. Tugas kita adalah bekerja dan terus bekerja.. semestinya ia adalah tanggungjawab kita bersama, bukan hanya terpikul di bahu seorang dua sahaja. Teringat 'intusiku' akan dua pesan:  

"tegakkan agama Allah itu dalam diri kita terlebih dahulu, nescaya Islam itu akan tertegak di atas muka bumi ini" 

(Ust Nasruddin Hasan al-Tantawi, 2011) 



"rakyat akan dapat hidup dengan aman dan selesa jika ditadbir oleh golongan non-Muslim yang adil dan saksama, sebaliknya akan hidup merana dan sengsara tatkala dipimpin oleh golongan Muslim yang kejam dan zalim."

(Dr MAZA, 2012)




p/s: Semoga kemenangan Dr. Morsi menjadi pemangkin kemenangan ISLAM di negara sendiri.. takbir..ALLAHU AKBAR..^_^y

Friday, June 22, 2012

Cara Halus Yahudi (Zionis) Merosakkan Umat Islam


Mungkin ada di kalangan kita mengatakan ini semua satu kebetulan,sedangkan hakikatnya inilah perancangan teliti Yahudi, tanyalah diri sendiri samada kita pernah ditewaskan atau tidak dengan senjata-senjata ini :

SEX

Lagi satu kegilaaan remaja atau orang tua. Sex ada dimana-mana,di kaca tv, dalam filem,dalam iklan. Babak sex memang lumrah. Malah ada penerbit filem yang sudah berani memaparkan adegan berbikini di kolam renang. Ada pula yang lebih berani merakamkan adegan seks diri sendiri kononnya untuk tatapan peribadi dan berkongsi dengan kawan menyaksikannya. Lagi sekali Yahudi Laknatullah berjaya.

SMOKE

Rokok menjadi kegilaan para remaja dan sekarang ini remaja perempuan semakin berani menghisap rokok di khalayak ramai. Kononnya merekalah yang ‘up to date’. Dulu perempuan yang merokok ini adalah golongan pelacur atupun penari kabaret.

SPORTS

Pelbagai jenis sukan ditonjolkan sama ada untuk lelaki atau perempuan. Mereka sama-sama berlumba untuk mencari nama hinggakan bola sepak wanita turut di adakan. Bila bersukan tutup aurat jauh sekali. Sembahyang pun selalu ‘miss’. Bukan sahaja pemain,malahan yang menonton.

FUN

Hiburan di mana-mana. Kita dapati makin banyak pusat hiburan yang melalaikan dibuka. Malahan makin ramai di panggil artis-artis luar negara untuk menghiburkan. Ada juga hiburan yang mengenakan syarat membeli minuman keras untuk melihat konsert seseorang artis.

FASHION

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam, sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka tidak menutup aurat. Pakai tudung tapi berbaju ketat yang kadang -kadang menampakkan pusat. Yahudi ketawa lagi umat Islam dah hampir sama macam dia..

FOOD

Banyak makanan yang diragukan status halalnya dijual dipasaran kita. Kita berbangga dengan makan barat seperti fast food dan buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Bila makan benda haram, macam mana iman nak mantap, maka lahirlah generasi umat Islam yang tumpul dan lembab pemikirannya.





p/s: Walaupun nampak remeh tapi inilah cara-cara halus Yahudi (Zionis) merosakkan hati generasi umat Islam. Jadi, berwaspadalah wahai saudaraku semua..Usah terpedaya dengan tipu helah mereka..~

Sunday, June 17, 2012

Persepsi, Kaca Mata dan 'Penghukuman'.. ^_^y

[kaca mata]

[persepsi]

[penghukuman]



p/s: diharap saudara-saudari dapat membuat konklusi tersendiri yang menggabungkan ketiga-tiga elemen dalam video yang dikongsi.. ^_^y

Friday, June 15, 2012

Hilangnya Seorang Seorang Murabbi

ZIARAH MENCARI BARAKAH: SATU CORETAN

by Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Menziarahi saudara muslim merupakan amalan yang mulia di sisi Islam. Apatah lagi jika menziarahi orang yang sedang sakit. Lebih lagi jika orang itu insan yang banyak berjasa. Ditambah lagi jika dia seorang ilmuwan yang mempunyai sumbangan yang tersendiri. Jika kita mempunyai kesempatan yang seperti itu, silalah sambut. Bukan selalu kebaikan datang terbentang. Bukan selalu peluang datang bertandang.

Nabi s.a.w memberitahu kita dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya muslim apabila menziarahi saudara muslimnya, maka dia sentiasa dalam khurfah syurga sehingga dia pulang”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah! Apakah itu khurfah syurga?. Jawab baginda: “Memetik buahnya (dari syurga)”. (Riwayat Muslim).
Ertinya, orang yang mengunjungi saudara muslim yang sakit seakan dia dalam keadaan memetik buah-buah syurga sepanjang tempoh tersebut. Ertinya perjalanan itu penuh dengan kebaikan dan pahala. Apa yang penting kita mengikhlaskan niat hanya kerana Allah.
Sehari sebelum Ramadan baru-baru ini, Allah telah memberikan limpah kurniaNya kepada saya hambaNya yang amat kerdil dan daif ini dengan diberikan kesempatan menziarahi dua orang tokoh yang banyak menyumbang kepada masyarakat mereka. Kedua-duanya secara kebetulan sedang uzur. Pertama; al-Fadhil Tuan Guru Hj Hashim bin Hj Abu Bakar. Keduanya; guru saya yang saya kasihi al-Fadhil Ustaz Yahya Uthman.
Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumbuh
Sebelah pagi, saya telah menziarah Sahibul Fadhilah Tuan Guru Hj Hashim bin Hj Abu Bakar, yang merupakan pengerusi tadbir Pondok Pasir Tumbuh. Beliau orang ‘lama’, lahir pada tahun 1923M. Sebagai tuan guru yang sudah lama berkhidmat dan banyak pula muridnya, tentulah banyak jasa dan sumbangannya kepada masyarakat. Kita patut hargai sumbangan yang telah diberikan. Kesanggupan mengabdikan diri kepada ilmu dan para pelajarnya, sesuatu yang bukan sedikit nilainya.
Sekarang beliau uzur. Semasa saya menziarahi, beliau tidak sedar. Ahli keluarganya menyambut kedatangan saya, alhamdulillah. Semoga Allah menyembuhkan beliau dan sentiasa melimpahkan kurniaan dan rahmatNya untuk beliau. Orang sepertinya sentiasa diperlukan dalam masyarakat kita. Jika beliau sedar, saya ingin berkata kepada beliau: “Tuan guru, berikan saya nasihat dan pesanan”. Pesanan orang berilmu dan berpengalaman amat berharga untuk kita dengar.

Saya berada di samping Tuan Guru Hj Hashim yang sedang uzur.
Ya, saya akur bahawa terdapat beberapa pendapat yang berbeza antara sesetengah pihak termasuk saya dengan beberapa pandangan dan pendekatan yang biasa dipegang atau diamalkan di sebahagian pondok pengajian tradisional melayu. Pun begitu, ia bukanlah sebab untuk kita tidak menghormati tokoh dan menghargai antara satu sama lain. Ukhuwwah dan kasih-sayang sesama muslim tidak wajar diputuskan hanya kerana pandangan yang berbeza dalam beberapa masalah furuk. Manusia ini, selagi dia manusia akan ada perbezaan pendapat antara mereka. Mereka yang pernah berada bawah didikan Nabi s.a.w iaitu para sahabah baginda pun mempunyai perbezaan pendapat dalam kalangan mereka. Apatah lagi kita yang sudah jauh jarak waktu antara kita dan baginda s.a.w.

Saya memegang tangan Tuan Guru Hj Hashim
Setiap insan –setelah mempelajari hujah dan dalil- hendaklah berpegang dengan pendapat yang dia yakini paling diredhai Allah. Ini kerana setiap kita akan menjawab untuk diri sendiri di hadapan Allah Azza wa Jalla atas jalan yang dipilih. Tiada siapa yang dapat menolong, melainkan keikhlasan kita dalam beragama. Tanda keikhlasan itu, seseorang memilih apa yang dia yakin –berdasarkan ilmu yang dipelajari- bahawa itulah yang Allah mahu dalam beragama. Bukan atas emosi, bukan atas fanatik. Sebaliknya, atas ikhlas dan yakin.
Selepas itu, kita akur nanti akan ada perbezaan. Kita hormati pilihan setiap saudara muslim kita. Dengan syarat, ianya dalam lingkaran ilmu. Soal keikhlasan, niat dan hasrat setiap kita hanya Allah Yang Maha Tahu. Kita tidak dapat menilai apa yang terselit dan berselindung dalam dada orang lain. Hakikat batin setiap insan menjadi rahsia Allah yang kita tiada ruang untuk kita masuk campur mengenainya.
Maka, tiada siapa dapat memaksa orang lain mengikut pandangannya atau ulama pilihannya. Entah berapa ribu para ilmuwan sepanjang sejarah ilmu dalam Islam ini yang telah melahirkan pelbagai pendapat. Mereka semua itu pun di bawah lembayung Ahlus Sunnah wal Jamaah. Setiap mereka telah berhujah dan berbeza pandangan. Kita ini menuruti rangkaian sejarah yang sama. Memilih dan memberikan pendapat. Tujuannya hanya satu; mencari keredhaan Allah dan memilih jalan dalam beragama yang diyakini memenuhi kehendak Allah dan rasulNya. Tiada siapa boleh berkeras kuasa ke atas orang lain dalam persoalan ilmu, melainkan sekadar berbicara dengan hujah dan alasan yang dia yakini. Kemudian, dia patut berkata seperti al-Imam as-Syafi’i r.a. (wafat 204H) yang menyebut:
“Pendapatku betul, ada kemungkinan salah. Pendapat orang lain salah, ada kemungkinan betul”.
Demikian zuhud dan waraknya imam yang agung itu. Bukan seperti sesetengah, pendapatku betul, pendapat orang lain sesat dan terroris!
Maka, Allah jua Yang Maha Mengetahui segalanya. Hanya yang boleh kita lakukan ialah seperti apa yang Allah firmankan (maksudnya):
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).
Justeru, kita hormati setiap yang berjasa. Kita berterima kasih kepada sumbangannya. Kita sayang mereka kerana Allah. Itu semua tidaklah bererti menghalang kita memberikan pandangan yang berbeza dan pendapat yang berlainan atas asas ilmu pengetahuan.
Al-Fadhil Ustaz Yahya Uthman
Selepas menziarahi Tuan Guru Hj. Hashim, saya pergi ke Machang menziarahi guru lama saya al-Fadhil al-Syeikh al-Murabbi al-Ustaz Dato’ Yahya Uthman. Beliau merupakan bekas exco Kerajaan Kelantan. Seorang yang terkenal dengan kesungguhannya dalam tarbiyyah atau asuhan diri dalam PAS. Pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam parti itu. Ustaz Yahya terkenal dengan bahasa Arabnya. Pendek kata lebih fasih arab daripada melayunya. Bicaranya, bicara dakwah. Ceritanya cerita dakwah. Seakan Allah menciptanya untuk tugasan itu. Apa tidaknya, beliau anak didik banyak tokoh-tokok ilmu dan dakwah termasuk al-Syeikh Yasin al-Fadani, al-Syeikh Mustafa as-Siba’i dan ramai lagi.
Saya kenal Ustaz Yahya sejak saya menjelang usia 20-an. Semasa saya berkursus bahasa Arab untuk keluar negara di Nilam Puri. Saya mencari guru untuk mempelajari ilmu tambahan. Alhamdulillah, itulah yang sering saya lakukan sehingga kini setiap kali ada kesempatan. Ustaz Yahya aktivis PAS yang terkenal dalam kalangan anak-anak muda yang cintakan tarbiyyah dalam parti itu. Saya berusrah dengan beliau di Dewan Zulkifli, membaca buku Baina al-Qiyadah wa al-Jundiyyah ‘ala Tariq al-Da’wah (Antara Pimpinan dan Petugas Atas Jalan Dakwah) karangan Mustafa Masyhur. Saya masih ingat buku saya ketika itu hanyalah buku potostat, kerana sukar untuk mendapatkan buku asli dalam teks arabnya. Kami potostat dari buku beliau. Semasa itu kadang-kala saya ke rumah beliau, menumpang beliau ke program dan seumpamanya. Itu cerita hampir dua puluh tahun lepas.
Sejak beberapa tahun lepas, semasa dan selepas menjadi Mufti Perlis, saya berusaha mendapatkan nombor telefon beliau. Apatahlagi, apabila saya sering mendapat jemputan dari Kelantan. Namun, masa atau kesibukan menghalang untuk saya sampai ke rumah beliau. Saya kembali sempat bertemu dengan beliau apabila saya dijemput sebagai tetamu ke Muktamar Dewan Pemuda PAS tahun 2010. Saya rasa sayu dan bersalah kerana lama tidak bertemu dengan beliau. Beliau kelihatan sudah agak uzur.

Saya bersama Ustaz Yahya Othman dalam Muktamar Pemuda PAS 2010. Saya hadir sebagai tetamu.
Kemudian, saya beberapa kali ke Kelantan, masih tidak sempat menziarahi beliau. Cuma kadang-kala ada bercakap dan berbincang beberapa perkara melalui telefon. Semasa angin bertiup tentang saya akan masuk UMNO, beliau juga memberikan nasihat kepada saya. Begitu juga kadang-kala beliau bertanya pendapat saya tentang isu-isu yang lain. Hakikatnya, beliau jauh lebih lama dalam politik. Mungkin sekadar hendak mengetahui pandangan.
Alhamdulillah, baru-baru ini saya sempat menziarah beliau di Machang. Ustaz Wan Sharafi sudi membawa saya ke sana. Saya disambut mesra oleh beliau. Terasa sifat murabbi beliau itu. Walaupun agak uzur, masih dapat memberikan nasihat dan bercerita. Berulang kali saya sebut kepada beliau ‘Ustaz! Berilah nasihat kepada saya’. Beliau memberinya secara langsung dan tidak langsung. Semoga Allah memberikannya pahala yang besar!

Ustaz Yahya menyambut kedatangan saya dan Ustaz Wan Sharafi dengan penuh mesra.
Beliau menceritakan pengalaman beliau. Diselang-seli dengan nasihat yang berguna tentang apa yang beliau kutip dari pengalaman hidup. Itulah Ustaz Yahya Othman. Beliau tetap seperti semalam. Nasihat dan pesanan untuk para pendakwah dan petugas di jalan dakwah

Ustaz Yahya bercerita dan bertukar-tukar pandangan


Saya memohon Ustaz Yahya memberikan nasihat dan pesanan kepada saya.
Beliau mengajak saya makan tengahari di rumahnya. Saya agak keberatan pada awalnya kerana kami datang tanpa notis awal. Beliau memberitahu saya, antara kebaikan orang Kelantan suka menjamu tetamu sekalipun hanya sekadar ‘makan ulam’. Saya menerima jemputan beliau. Makanan yang baik dari rumah insan yang baik. Saya terpaksa batalkan jemputan orang lain tengahari itu.

Makan tengahari di rumah beliau


Ucapan selamat tinggal bagi ziarah kali ini setelah mengutip nasihat dan pesanan
Selepas makan, berbicara seketika lagi, kemudian saya bergegas pulang ke hotel kerana bimbang terlepas kapal terbang. Apapun, saya gembira dan bahagia dengan ziarah sehari sebelum Ramadan. Banyak kebaikan yang diperolehi, mudah-mudahan banyak keberkatan yang dibawa pulang. Hidup ini mencari bekalan untuk menerus perjalanan. Bekalan untuk membimbing jalan dan bekalan untuk dibawa pulang ke persada akhir kehidupan.

Petikan penuh daripada: http://drmaza.com/home/?p=1518

Tuesday, June 12, 2012

Selayang Pandang


Terang benderang
Terang tapi tidak menyilaukan
Karena akupun setitik cahaya
Dalam lautan cahaya
Aku adalah kehidupan
Kehidupan tanpa ada yang menghidupi
Kehidupan yang berdiri dengan sendirinya
Meliputi semua yang hidup
Meliputi semua yang berwujud dan tak berwujud
Cahaya segala cahaya
Cahaya kesadaran dan kebenaran serta kehidupan sejati
Menyinari dan menepis sisa sisa kegelapan dihati dan jiwa
Memancar dan meliputi seluruh keberadaanmu
Mengurai sinar kasih sayang dan kemesraan
Sebagai bekal untuk melangkah menjalani kehidupan
Papan tanpa tulisan persiapkan dan carilah dahulu sebelum kita melangkah keluar diri
agar menjadi media yang baikdalam laku dan tindak tumindak
sebagai tempat tulisan tanpa papan
Jika keduanya sudah menyatu dan melebur dalam sang diri
maka hiduplah sang diri terliputi oleh kesadaran sejati
bukan hidup dipimpin oleh akal pikir
bukan hidup dipimpin oleh rasa perasaan
Tetapi hidup yang dipimpin oleh KESEDARAN SEJATI
Bersemi indah bagaikan mentari pagi
Melarutkan sisa sisa kegelapan dijiwa
Membangkitkan hidup lebih hidup
Manunggaling kawulo lan Gusti
leburnya papan dengan tulisannya
tapi tetap kita hanyalah kawulo cilik
yang lemah tak berdaya upaya
Tak bisa melangkah apalagi berlari
kehendak dan iradatNYA
hanya berjalan dan berjalan
melangkah dalam kebodohan
untuk melaksanakan sebuah Dharma
Sebagai botol tanpa isinya
dan tak pernah merasakan pahit dan manis isinya
ya hanyalah sebuah alat
semua telah kembali kepadaNYA
dariNYA untukNYA olehNYA dan bagiNYA.


 

Saturday, June 02, 2012

Dedikasi Khas Buat Pelajar Tahun Akhir



Alhamdulillah.. penat jerih 4 & 5 tahun (ada juga 6,7 & 8) di IIUM (Kuantan) bakal berakhir. Ada yang gembira mengimpikan keindahan alam pekerjaan, gaji yang lumayan, kehidupan yang selesa dan ada juga yang berduka terkenang saat perpisahan dengan sahabat-handai (bayangkan wajah2 mereka..).

Begitulah dunia ini. Hal ini tidak lah begitu ganjil kerana Bumi ini juga telah bertukar ganti penduduknya semenjak kewujudannya 4.5 bilion tahun yang lalu. Cuba kenangkan saat anda mendaftar di kampus ini dahulu dan anda akan dapati cepatnya masa berlalu.

  1. Student A : belajar di uia 4 tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH. Lalu berkerja.
  2. Student B : belajar di uia 4 tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH, dalam masa yang sama meninggalkan memori dan rakan-rakan rapat (gembira & menangis bersama terutama tika menonton korea..), dan berDOTA. Lalu bekerja.
  3. Student C : belajar di uia 4 tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH, dalam masa yang sama mahir membuat kertas kerja, public speaking, leadership skills, mahir selok belok bisnes, public relation superb, aktif dalam dakwah, usrah, mempunyai kefahaman jelas tentang Islam yang syumul, aktif dalam sukan futsal, tenis, skuasy, mahir berenang dan punyai sahabat-sahabat sedunia dan seakhirat =)
Ketiga-tiga mereka ialah graduan, diberi masa yang sama 4 TAHUN, tetapi hasil akhirnya sedikit berbeza. Kita di kategori yang mana ?

Apapun pilihannya, tidak ada istilah terlambat dalam kamus hidup seorang Moslem. Rancanglah kehidupan anda dari sekarang. Sekurang-kurangnya ada masa untuk 5 perkara ini :
  • Kerja (apa pun jurusan, asalkan halal dan baik eg Maggi itu halal, tapi kurg baik utk kesihatan =) 
  • Ilmu - rugi lah kalau belajar sampai umur 25 sahaja, elok kalau sampai saat nafas terakhir..
  • Dakwah - lihat masyarakat sekeliling ..dan geleng kepala. Tanya diri sendiri apa yang boleh aku sumbangkan ??
  • Ekonomi / Bisnes (bukankan 9/10 rezeki itu dalam perniagaan ? cuba..)
  • Leadership ( join NGO, usrah cawangan etc)
Sunngguh kenangan bersama kalian akan aku rindui dan ingati sepanjang  perjalanan hayat ini. Jutaan kemaafan dihulur sekira ada salah dan silap. Moga berjumpa lagi , kalau tidak di reunion dunia ini,  insya-Allah di taman-taman syurga Allah nanti. Uhibbukum fillah.



SHARIF AHMAD
Timbalan Yang Dipertua I,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.