Monday, June 25, 2012

Akhirnya, Kemenangan Berpihak di Tangan ISLAM.. Syukur Alhamdulillah.. ^_^



Alhamdulillah.. Akhirnya penantian selama puluhan tahun ternyata berbaloi. Sujud syukur atas kemenangan Dr Muhammad Mursi dari Ikhwanul Muslimeen, yang baru sahaja disahkan sebagai Presiden Republik Arab Mesir secara rasmi. Kemenangan ini adalah milik umat Islam sejagat. Mungkin ada yang mempertikaikan kemenangan ini.. tidak kurang juga ada yang meragui keupayaan beliau untuk mentadbir Bumi Mesopotamia ke arah kemaslahatan dan keislahan bersama.. Dan ingatlah.. hanya yang mengetahui serta mengakui kezaliman Hosni Mubarak dan sekutunya sahaja yang mampu memahami serta menghayati kemenangan Morsi dan rakyatnya ini. Sematkan di dada bahawa ISLAM akan tertegak jua di muka bumi ini. Meskipun bukan pada waktu dan ketika ini, namun  akan tiba saatnya nanti.. kerana itu adalah janji Tuhan yang pasti. Dan kemenangan ini adalah suatu permulaan bagi kemenangan-kemenangan ISLAM selepas ini. Tugas kita adalah bekerja dan terus bekerja.. semestinya ia adalah tanggungjawab kita bersama, bukan hanya terpikul di bahu seorang dua sahaja. Teringat 'intusiku' akan dua pesan:  

"tegakkan agama Allah itu dalam diri kita terlebih dahulu, nescaya Islam itu akan tertegak di atas muka bumi ini" 

(Ust Nasruddin Hasan al-Tantawi, 2011) 



"rakyat akan dapat hidup dengan aman dan selesa jika ditadbir oleh golongan non-Muslim yang adil dan saksama, sebaliknya akan hidup merana dan sengsara tatkala dipimpin oleh golongan Muslim yang kejam dan zalim."

(Dr MAZA, 2012)




p/s: Semoga kemenangan Dr. Morsi menjadi pemangkin kemenangan ISLAM di negara sendiri.. takbir..ALLAHU AKBAR..^_^y

No comments: