Alhamdulillah.. penat jerih 4 & 5 tahun (ada juga 6,7 & 8) di IIUM (Kuantan) bakal berakhir. Ada
yang gembira mengimpikan keindahan alam pekerjaan, gaji yang lumayan, kehidupan
yang selesa dan ada juga yang berduka terkenang saat perpisahan dengan sahabat-handai (bayangkan wajah2 mereka..).
Begitulah
dunia ini. Hal ini tidak lah begitu ganjil kerana Bumi ini juga telah bertukar
ganti penduduknya semenjak kewujudannya 4.5 bilion tahun yang lalu. Cuba
kenangkan saat anda mendaftar di kampus ini dahulu dan anda akan dapati
cepatnya masa berlalu.
- Student A : belajar di uia 4
tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH. Lalu berkerja.
- Student B : belajar di uia 4
tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH, dalam
masa yang sama meninggalkan memori dan rakan-rakan rapat (gembira &
menangis bersama terutama tika menonton korea..), dan berDOTA. Lalu bekerja.
- Student C : belajar di uia
4 tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH, dalam masa
yang sama mahir membuat kertas kerja, public speaking, leadership skills,
mahir selok belok bisnes, public relation superb, aktif dalam dakwah,
usrah, mempunyai kefahaman jelas tentang Islam yang syumul, aktif dalam
sukan futsal, tenis, skuasy, mahir berenang dan punyai sahabat-sahabat
sedunia dan seakhirat =)
Ketiga-tiga
mereka ialah graduan, diberi masa yang sama 4 TAHUN, tetapi hasil akhirnya
sedikit berbeza. Kita di kategori yang mana ?
Apapun
pilihannya, tidak ada istilah terlambat dalam kamus hidup seorang Moslem.
Rancanglah kehidupan anda dari sekarang. Sekurang-kurangnya ada masa untuk 5
perkara ini :
- Kerja (apa pun jurusan, asalkan
halal dan baik eg Maggi itu halal, tapi kurg baik utk kesihatan =)
- Ilmu - rugi lah kalau belajar
sampai umur 25 sahaja, elok kalau sampai saat nafas terakhir..
- Dakwah - lihat masyarakat
sekeliling ..dan geleng kepala. Tanya diri sendiri apa yang boleh aku
sumbangkan ??
- Ekonomi / Bisnes (bukankan 9/10
rezeki itu dalam perniagaan ? cuba..)
- Leadership ( join NGO, usrah
cawangan etc)
Sunngguh
kenangan bersama kalian akan aku rindui dan ingati sepanjang perjalanan
hayat ini. Jutaan kemaafan dihulur sekira ada salah dan silap. Moga
berjumpa lagi , kalau tidak di reunion dunia ini, insya-Allah di
taman-taman syurga Allah nanti. Uhibbukum fillah.
SHARIF AHMAD
Timbalan Yang Dipertua I,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
No comments:
Post a Comment