Wednesday, October 10, 2012

Berdakwah Dengan Kreativiti,, ^_^y

Orang yang banyak idea biasanya ialah orang yang mampu menggunakan pelbagai jenis pemikiran, seperti pemikiran kritikal, pemikiran analitis, pemikiran lateral, pemikiran konstruktif, pemikiran negatif, pemikiran positif, pemikiran inovatif dan sebagainya untuk menghasilkan sesebuah 'karya' yang kreatif.

Untuk memikirkan sesuatu idea yang baru, kadangkala kita perlu melupakan logik seketika. Imaginasi perlu dijinakkan dengan pemikiran yang berbeza dengan idea-idea yang sudah sedia ada, iaitu merangsang pemikiran untuk berimaginasi tentang perkara-perkara baru.
Namun halangan bagi orang untuk berfikiran kreatif adalah kerana terlalu berfikiran mengikut logik, maka ramai orang gagal untuk menjadi orang yang kreatif. Fikiran logik biasanya berguna bagi perkara yang sudah ada. Tetapi kreatif bukan tentang perkara yang sudah ada. Kreatif berkaitan perkara yang belum wujud.


Jadi, gunakanlah kreativiti kita di dalam berdakwah juga.

Berdakwah tidak semestinya dalam bentuk yang plain...

Gunakan fakta-fakta yang benar yang sudah sedia ada, kemudian sampaikan dengan cara yang paling kreatif semampu kita. Dengan itu, wujudlah pelbagai jenis-jenis penyampaian dakwah seperti melalui kartun, radio, filem, penulisan dan sebagainya untuk menarik perhatian audiens. Kepelbagaian ini berkait dengan penerimaan seseorang terhadap cara kita menyampaikan. Malah kadangkala kesannya berlaku melalui kaedah-kaedah yang berbeza padahal ilmunya daripada sumber yang sama.


Malahan setiap orang juga mampu menyampaikan dakwah dengan cara sendiri, dengan memanfaatkan segala yang ada di sekelilingnya, gunakan medium yang ada, sampaikan dakwah semaksimum mungkin. Perhatikan sekeliling kita, dakwah yang sebagaimana yang boleh kita lakukan. Sampaikanlah walau satu ayat. Bukan saja dengan ayat, malah dengan perbuatan dan penulisan.


Jadi, apa tunggu lagi?

Selamat berdakwah dengan kreatif~ ^_^y

No comments: