Bukan bunyi hujan yang turun
merintik-rintik. Juga bukan bunyi alarm jam murahan yang dibeli oleh housemate
di pasar malam kebanggaan masyarakat global seksyen 6. Kotak hitam berskrin
empat segi tepat di atas meja di sebelah buku calculus yang terdampar lemah
kucapai dengan penuh syak wasangka. Terpapar jelas pada skrin bersegi empat
tepat itu, one message received. Lalu ku tekan-tekan bebutang yang ada, entah
bagaimana inti pati pesanan ringkas tadi terburai.
"Assalamualaikum
lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari Sabtu lepas saya
sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F."
Mesej Ukhti Balqis Rexora Safiah tiba-tiba mucnul di ruangan skrin tadi tanpa diduga. Agak berderau darah Melayu suci dan sejati aku apabila insan yang semakin ku pendam perasaan kepadannya menegur aku. Tersenyum seketika disitu bagai kera mendapat chadburry.
"Hehe.. saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi Presiden Kelab Bidadari Syurga. Tak silap awak pun dapat anugerah muslimat harapan sempena Bukan Dakwah dan Tarbiyah kan? "
Dengan laju aku membalas mesej
sekaligus menghiraukan assignment yang berlambakan di depan mata. Sungguh
bersemangat aku dengan ukhti Balqis Rexora Safiah sehingga tidar sedar larut
malam. Semakin dibalas mesej, semakin aku balas ibarat Lee Chong Wei dan Lin
Dan yang membalas pukulan shuttle. Heh. Pantang muamalat muslimin muslimat
sepatutnya terhad pukul dua belas tengah malam, itupun aku langgar dengan
jayanya.
Kerana apa?
Sayang.
Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?
"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?" Tanya ukhti Balqis Rexora Safiah kelmarin dengan penuh keterujaan membuatkan tidurku semalam menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah, mula merasakan sesuatu yang tidak kena.
"Awak, awak..kenapa awak panggil kita Balqis Rexora Safiah je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan akhwat yang lain?!"
Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini ? Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai dua identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan ahli sufi yang bertapa di Gunung Santubong. Kala nafsu melonjak, ghairah aku kembali jahil.
Naik gila
kau fikir. Aku benar-benar bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan. Ya, aku
menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama
dan candu dunia. Ya, pada asalnya aku dan ukhti Balqis Rexora Safiah berukhuwah
kerana Allah, Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari
mula merobek dan mencemarkan niat suci ini.
Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak
kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan hati teruja dengan
keasyikan berukhawah. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah
hanya menjadi lesen berhubung.
"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" Aku mula berani membuang ego.
"................"
Tiada jawapan.
Tiada jawapan.
"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhwah kita
harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang.
Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara se-islam bertunjangkan
rasa takut dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk
suka-suka"
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah
menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami
jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING
BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"
(Al-Hujurat: 13)
Dakwah atau Ikhtilat?!
Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?
Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?
Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat
beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu?
Perlukah?
Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku mengatakan TIDAK PERLU?! Terlalu syadidkah aku untuk bertegas TIDAK PERLU?!
Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana
sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?
Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan
oksigen dakwah. Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua
tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri
kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.
Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku. ^_^y
Petikan daripada:
http://kebangkitankedua.blogspot.com
No comments:
Post a Comment