Dalam
suatu kisah, Imam Abu hanifah berjumpa dengan seorang budak. Budak
tersebut kelihatan seakan-akan ingin tersadung, dek kerana selipar yang
dipakainya. Imam Abu Hanifah menegur; "Kau akan terjatuh kerana selipar
itu." Imam memberikan peringatan. Kemudian, budak tersebut menegur;
"Bukankah engkau Imam Abu Hanifah?" "Iya, akulah Imam Abu Hanifah."
Budak tersebut memberikan nasihat; "Sekiranya aku tersadung, aku hanya
akan tersadung di dunia, disebabkan selipar ini. Tetapi, sekiranya
engkau wahai Imam Abu Hanifah, tersadung disebabkan jawatan engkau,
engkau bukan sahaja tersadung di dunia, malah engkau juga akan tersadung
di akhirat". Imam Abu Hanifah menangis. Subhanallah! Seorang budak
menegur seorang ulama yang hebat! Tanpa mengira usia! Jika kejadian ini
berlaku dalam kalangan masyarakat kita, aku sudah dapat mengagak
kejadian yang akan berlaku. "Kurang ajar punya budak! Kecil-kecil lagi
dah pandai menjawab!" Begitulah realiti masyarakat kita. Terlalu
merumitkan isu umur..=)
No comments:
Post a Comment