"Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung!"
"Haa? Kenapa?"
"Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."
Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu.
Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan
kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki.
Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung
tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa
urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang
mentaati Allah dan Rasul-Nya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan
permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam
hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang
dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup
aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka
bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat,
singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya
bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.
Hayati kembali perintah Allah ini;
ا
أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء
الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى
أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai
Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk
dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59]
[33:59]
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat
memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul
hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya
diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'.
Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak
dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung? Di mana
mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati
lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudung
pun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung
tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.
"Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet! Hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan,
kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang
langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus
penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat
memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan
semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia
dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka
akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;
"Wanita
dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah
yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[HR Bukhari dan Muslim]
[HR Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita
pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah SAW menjawab;
" Wanita
yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika
disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita
yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[HR Abu Daud dan Nasai]
[HR Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat di khalayak
ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada
Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara
keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.
"Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin
dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat..
memilih-milih pun tiada guna."
Ya.. jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang
layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui
perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu
dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak
akan menzalimi hamba-Nya. Allah tidak akan pernah mengecewakan
hamba-Nya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik
yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin
dengan perempuan yang tidak beriman juga. Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita
yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang
keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang
baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik
adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]
[24:26]
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.
No comments:
Post a Comment