Islam hari ini dalam keadaan ghurbah.
Asing. Pelik.
Hari ini, Islam dipandang dan dilihat sebagai sesuatu yang begitu asing.
Nampak Islam, seolah-olah seperti nampak ‘alien’.
Hari ini, Islam diukur dengan neraca yang dipamerkan oleh umat Islam itu
sendiri. Kadang-kadang, neraca yang dipamerkan tidak sepadan dengan Islam yang
sebenar itulah mengakibatkan Islam disalah tafsir dan dipandang serong.
Islam kembali dagang seperti mana ia bermula. Terlalu sedih rasanya
melihat ummat dihenjak-henjak oleh jahiliah
pada hari ini. Bahkan, ada pula umat Islam sendiri yang ‘menyerahkan
diri’ untuk dilunyai-lunyaikan oleh kuffar. Sudahlah luka kelmarin masih tidak sembuh, hari ini luka
bertambah besar menjadi barah dan nanah.
Inilah yang disebut oleh Dr Majdi Al-Hilali:
“Hari
demi hari, luka-luka baru menjaluri tubuh ummat, sedangkan luka-luka semalam
belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh.”
Luka Yang Membarah Kesan daripada Suasana Yang Mencederakan
Hakikatnya, pada hari ini, anak-anak ummat Islam dibesarkan dalam
keadaan dan suasana yang ghurbah
(asing). Suasana yang ada tidak membangkitkan kesedaran jiwa dan menghilangkan
kepekaan terhadap apa yang berlaku kepada ummat pada hari ini.
Seperti kata Abul A’la
Al-Maududi:
“Mencari
hidayah dalam keadaan ghurbah(asing) umpama orang yang memanjat gunung
berbanding orang yang selesa dalam keadaan ghurbah(asing) umpama orang
yang menuruni gunung.”
Sesiapa yang mencari peluang untuk pembinaan dan peningkatan diri dalam
suasana yang meruntuhkan jiwa ini, maka pasti Allah akan menambah kefahaman dan
keyakinannya terhadap deen ini.
Namun, orang yang hidup selesa dalam suasana yang rosak ini, tidak ada
rasa kegentingan perlu berbuat sesuatu, maka keselesaan itu akan membuatkan
jiwanya terus lemah dan lemah.
Kata Said Hawwa
dalam Al-Islam:
“Orang
yang dalam ghurbah ini umpama orang yang dalam kebakaran sedangkan dia
sedang tidur.”
Apa anda buat bila rumah sudah terbakar?
Sudah tentu anda akan lari keluar, bukan?
Masihkah sempat untuk anda tidur?! Tidak.
Anda perlu kejutkan orang yang tidur sehingga dia bangun kerana rumahnya
sedang terbakar. Dia perlu bangun dan selamatkan dirinya.
Itulah gambaran suasana yang ada pada hari ini.
Lalu, masihkah ada ruang untuk kita berehat tatkala kita tahu suasana
yang ada pada hari ini bakal mencederakan kita?!
Fikirlah Untuk Bergerak dan Bekerja!
“Ana ni lemah, anta lainlah, qowie.”
“Aku ni tak layak nak nasihat-nasihat orang.
Aku pun bukannya baik sangat.”
“Aku ada kena jaga rumah hari ini. Sorilah,
tak dapat ikut halaqah.”
Alasan. Alasan. Dan alasan!
Kalau kiamat besok, apakah sempat kita beralasan dengan Allah?!
“Allah, aku tak sempat nak pergi halaqah. Aku
kena jaga rumah.”
Haha.. Layakkah kita memberi alasan sebegitu dibandingkan dengan nikmat
Allah yang sekian lamanya kita menikmati ini?!
Hari ini, ramainya umat Islam yang menjadi PENUMPANG. Menumpang
sebuah kereta yang sedang bergerak menuju ke gaung. Tetapi, ‘penumpang’
tidak pula berkata apa-apa, tidak menghalang, bahkan mengikut sekali masuk ke
gaung.
Kita perlu berhenti menjadi hanya sekadar PENUMPANG. Kita perlu
menjadi seorang PEMANDU!!
Kita yang sepatutnya ‘MEMANDU’. Barulah kita boleh menentukan
hala tuju kita dengan betul.
Berhentilah mereka-reka alasan. Usahlah kita menjadi orang yang LEMAH
dan TERPEDAYA!!
Orang yang mencipta alasan untuk lemah, dia telah terpedaya dengan
syaitan.
Bayangkanlah, anda sudah berada dalam rumah yang terbakar, lalu anda
masih memberi alasan, “Aku
mengantuk lah. Engkau keluarlah dulu. Aku nak tidur kejap.”
Tidakkah rasa pelik begitu?
Justeru, apa yang kita perlu buat sekarang?
Fikirlah apa yang mampu kita buat dan sumbangkan untuk Islam.
Bukannya sibuk memikirkan, “Aku
ni lemah, engkau tu qowie.”
Tidak.Tidak. Kita perlu berhenti memikirkan siapa lemah, siapa kuat.
Yang perlu kita rancang sekarang adalah bagaimana untuk menjadi kuat.
Kejarlah apa-apa sahaja peluang dan wasilah untuk kita sumbangkan
sesuatu kepada deen ini.
Mustahil kita ini terlalu lemah hingga tidak mampu buat apa-apa untuk
Islam.
Bilal bin Rabah, cuma seorang hamba. Tidak memiliki apa-apa.
Tetapi Bilal merancang untuk menjadi kuat. Diseksa, dijemur di padang pasir,
dipakaikan baju besi, dihempap batu besar, tetapi dia kuat mempertahankan
akidahnya.
Amr Ibn Jamuuh, seorang tua dan cacat pula. Meskipun tempang sebelah kakinya, namun
jiwanya kuat mendorong beliau untuk menyertai perang Uhud bersama Rasul s.a.w.
Beliau mencari alasan untuk menjadi kuat. Katanya kepada Rasul s.a.w. :
“Wahai
Rasulullah, anak-anakku hendak menghalangku berperang bersamamu. Demi Allah,
daku ingin berjalan dengan penuh kebanggaan dengan kakiku yang tempang ini di
syurga.”
Tidak Bergerak = Jiwa Lemah, Luka Membarah
Kita perlu bergerak dan bekerja. Jika kita tidak bekerja, jiwa kita akan
terus lemah dan lemah. Kerana kita tidak proses ia untuk menjadi kuat.
Janganlah menjadi seperti ‘ayam daging’. Cuma tunggu
diberi makan. Malas mencari makan sendiri. Hinggalah gemuk. Ia cuma menunggu
masa untuk disembelih. Kita yang tidak bekerja dan terus biarkan diri dalam
kelemahan, maka tunggulah masa ‘disembelih’ oleh kuffar.
Imam Syafie menggambarkan dalam puisinya:
Bagi orang-orang yang berakal dan berilmu,
Tinggalnya di rumah tiada nikmat keselesaannya,
Maka tinggalkanlah tanah air dan berdaganglah ke tempat yang jauh,
Di sana akan didapatinya gantian bagi orang-orang yang ditinggalkannya.
Bersakit-sakitlah dalam kehidupan, di situlah letak kelazatan,
Lihatlah air bila ia bertakung baunya berubah menjadi busuk,
Dan kalau ia sentiasa mengalir, barulah keheningannya kekal.
Singa tidak akan bertemu mangsanya jika ia tidak meninggalkan rimbanya,
Begitu juga panah tidak akan bertemu sasarannya jika tidak tinggalkan busarnya,
Lihatlah pula Matahari yang bergemerlapan indah, kalau ia tetap tinggi di perut langit,
Nescaya akan dibosani oleh orang Ajam mahupun Arab yang memandangnya.
Bijih yang berharga tidaklah bernilai jika dibiarkan di tempatnya,
Begitulah juga kayu gaharu kalau ia ditinggalkan di buminya,
samalah ia dengan kayu-kayu lain yang bakal dibuat kayu api.
Kalau kedua-duanya (bijih dan gaharu) diambil keluar dari tempatnya,
Lihatlah betapa tinggi mutunya laksana emas.
Tinggalnya di rumah tiada nikmat keselesaannya,
Maka tinggalkanlah tanah air dan berdaganglah ke tempat yang jauh,
Di sana akan didapatinya gantian bagi orang-orang yang ditinggalkannya.
Bersakit-sakitlah dalam kehidupan, di situlah letak kelazatan,
Lihatlah air bila ia bertakung baunya berubah menjadi busuk,
Dan kalau ia sentiasa mengalir, barulah keheningannya kekal.
Singa tidak akan bertemu mangsanya jika ia tidak meninggalkan rimbanya,
Begitu juga panah tidak akan bertemu sasarannya jika tidak tinggalkan busarnya,
Lihatlah pula Matahari yang bergemerlapan indah, kalau ia tetap tinggi di perut langit,
Nescaya akan dibosani oleh orang Ajam mahupun Arab yang memandangnya.
Bijih yang berharga tidaklah bernilai jika dibiarkan di tempatnya,
Begitulah juga kayu gaharu kalau ia ditinggalkan di buminya,
samalah ia dengan kayu-kayu lain yang bakal dibuat kayu api.
Kalau kedua-duanya (bijih dan gaharu) diambil keluar dari tempatnya,
Lihatlah betapa tinggi mutunya laksana emas.
Jadi,
bergerak dan bekerjalah! ^_^y
No comments:
Post a Comment