Sambil
menyiapkan beberapa ‘kerja rumah’, sesekali mata Intuisiku melirik ke screen
laptop yang memaparkan komen dan update mengenai ABPBH. Terus-terang Intuisiku
katakan bahawa Intuisiku tidak pernah menonton ABPBH non-stop, dari awal hinggalah ke akhir. Hanya sesekali di kedai
makan (yang kebetulan dibuka), di kedai barangan elektronik , dan sewaktu
bertamu di rumah saudara-mara ataupun kenalan, semuanya boleh dikatakan ‘cut
and play’ sahaja
Kelihatannya, tidak banyak perubahan yang berlaku kepada APBPBH sejak dari awal
penubuhannya pada tahun 90-an hinggalah sekarang. Sejak dekad yang lalu lagi,
penampilan artis sering dikritik; sama ada meniru barat, terpengaruh dengan
budaya hedonisme, menjolok mata, apa lagi dengan pergaulan bebas antara jantina
yang berbeza. Puas sudah ulama’, cendekiawan agama, ahli politik dan cerdik
pandai menegur, sama ada secara berhemah, sinis atau pun bernada keras. Namun,
hasilnya tetap sama. Pemakaiannya sama, konsepnya sama, dan penontonnnya juga
sama.
Habis tu, salahkah?! Persoalan ini menarik. "Habis, awak nak majlis tu penuh dengan ayat al-Quran, orang mengaji, semua pakai jubah, purdah dan serban?! Semua lagu nasyid macam ‘Selimut Putih’, pastu ada orang bagi khutbah lepas terima anugerah, yer?!”
Inilah menariknya Malaysia. Rela ataupun tidak, kita harus mengakui bahawa sejak sekian lama, kita tidak pernah terbebas dari penjajahan. Dan dengan barat terus mendominasi asia dan negara-negara Islam, kita akui bahawa kita tidak pernah terlepas dari cengkaman mereka ini.
ABPBH malam ini tetap menampilkan gaya dan fesyen pelbagai. Didie Alias, sebagai contoh (yang kebetulan naik namanya dalam FB malam ini), tetap tampil dengan gaya ‘kotak peti undi’. Meskipun pelbagai golongan agamawan menegur dengan pelbagai dalil, nas, dan kombinasi dakwah untuk mendekati golongan artist, namun mereka tetap berkreatif melalui lawak, nyanyian, lakonan dan sebagainya, mengikut cara yang sudah terbiasa dengan mereka.
Tidak lama lagi, Kerajaan Malaysia bagi penggal 2013 - 2018 akan diumumkan. Sama ada kerajaan yang sedia ada atau kerajaan baru, itu bergantunglah kepada undian sang rakyat. Apa yang pasti, cabaran besar untuk membawa dan membina generasi baru dalam industri seni negara masih jauh lagi untuk dicapai.
Gen Y akan menerajui negara ini pada tahun 2020 - 2050 kelak sebelum peralihan Gen Z menerajui dunia menjelang 2040 - 2070. Kita impikan generasi seni negara yang berilmu dan berseni kerana tuhan, berkreatif kerana tuhan dan menghiburkan manusia juga kerana tuhan. Bukan sekadar kepercayaan kepada tuhan seperti yang dibaca dalam rukunegara, tetapi pengabdian kehidupan kepada tuhan dalam aktiviti seni yang dibuat.
Tidak perlulah memadamkan terus genre rock, pop, balada, etnik kreatif dan sebagainya. Cukuplah mengetahui batas-batas gender, menyedari hak sebagai penghibur, dan menghormati hak yang lain sebagai penonton.
Ia mungkin mustahil hari ini, tetapi pasti pada masa hadapan. Cukup dengan dosa kita yang lalu. Optimis dan sama-samalah memimpin anak-anak kita ke arah itu.
p/s: INI KALILAH!!^_^y
No comments:
Post a Comment