Sedar atau tidak, ramai mahasiswa di Malaysia ini memandang
enteng mengenai Pilihanraya di Malaysia. Mereka hanya menumpukan kehidupan di
kampus tanpa mengetahui apa-apa mengenai isu semasa. Bagi golongan mahasiswa
tersebut, apa yang berlaku mengenai isu semasa terutamanya dasar kerajaan tidak
memberi kesan terhadap hidup mereka. Sebenarnya apa dinikmati oleh golongan
mahasiswa pada masa ini adalah hasil daripada dasar-dasar kerajaan sebelum ini.
Oleh itu, golongan mahasiswa perlu tahu siapa kerajaan dan cara untuk memilih
kerajaan. Mengikut kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan
Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof telah memberitahu kebanyakan orang Melayu
tidak mendaftar sebagai pemilih dan golongan ini juga terdiri daripada
mahasiswa.
Bagi pendapat Intuisiku, setiap daripada kita yang
bergelar mahasiswa telah mempunyai 2 hak. Antara hak yang pertama adalah hak
mendapat kebebasan akademik dan hak kedua adalah untuk mengundi pemimpin
atasan. Oleh sebab itu di mana-mana IPTA mahupun IPTS apabila untuk memilih
barisan Majilis Perwakilan Pelajar (MPP) mereka akan menggunakan sistem undian
seperti Pilihanraya. Namun walaupun sudah didedahkan sistem Pilihanraya ketika
di Universiti, masih ramai mahasiswa yang memandang remeh tentang daftar
pemilih. Kita sebagai mahasiswa sebenarnya harus sedar bertapa pentingnya
pilhanraya kerana itu yang akan menentukan nasib kehidupan generasi akan
datang.
Mahasiswa sebagai golongan yang menjadi pencetus
perubahan masyarakat seharusnya sedar tentang kepentingan mendaftar sebagai
pemilih terutamanya ketika suasana politik di negara kita yang sudah tidak
stabil. Oleh itu, sebarkan pesanan ini kepada rakan-rakan mahasiswa di seluruh
negara agar melakukan tanggungjawab sebagai pengundi dan dengan tangan ini kita
menentukan masa depan negara. Jika pada masa akan datang, berlakunya sesuatu
yang tidak kita inginkan maka janganlah berasa menyesal kerana anda sudah
diberi peluang untuk menjadi pengundi tetapi mensia-siakannya. Oleh itu,
mahasiswa yang bertanggungjawab akan mendaftar sebagai pemilih dan akan
mengundi apabila berlakunya Pilihanraya Umum pada 5 Mei 2013 nanti.
p/s : Untuk menyemak status anda sebagai pengundi
boleh merujuk di dalam website ini :
No comments:
Post a Comment