Step 1 : Kempiskan Perut Buncit
Latihan angkatan beban dapat mengempiskan
seterusnya dapat menghilangkan perut buncit. "Tapi, saya tak ada duit
untuk ke Gym bro.. bagaimana?"
Ohh.. Jangan risau.. Angkatan beban sebenarnya
tak perlu susah-susah pun.. Mulakan dengan melakukan sit up. Itu juga
salah satu angkatan beban menggunakan berat badan anda sebagai beban. Yang
lebih best ialah sit up ini fokus kepada kekuatan perut dan
ia memberi kesan terhadap perut buncit anda.
Lakukan 3 set setiap sesi dengan angkatan sit
up 12 kali setiap sesi. Sebelum masuk ke sesi ke -2, lakukan planking
selama 30 saat ya. Teruskan sebegitu sehingga sesi ke-3, berselang seli dengan planking.
Total masa yang diambil untuk sesi ini ialah tidak sampai 15 minit pun. Mudah
bukan?
Step 2 : Bakar Lemak Perut Buncit
Apa yang penting, ubah cara pemakanan anda. Jika
selama ini, anda makan breakfast roti canai/nasi lemak/nasi dagang.. TAPI nak
hilangkan perut buncit ni, anda kena ambil biskut oats dan air malt coklat.
Kalau sebelum ini, makan tengahari anda ambil nasi penuh.. Mohon ianya
dikurangkan kepada separuh/suku. Boleh kan? =)
Memang diakui ia agak sukar. Namun ianya lebih
perlu dibendung daripada ianya menjadi semakin parah. Mencegah itu lebih baik.
Maka cegahlah perut buncit itu bermula dari mengawal pengambilan makanan anda.
Step 3 : Nyahkan/ Buangkan Perut Buncit
Lebihkan melakukan senaman. Bagaimana? Anda perlu
lakukan senaman extra 5-15 minit setiap hari. Jika selama ini, anda bersenam 15
minit setiap hari maka untuk menyahkan perut buncit ini, anda kena bersenam
extra lagi 5-15 minit.
Terbaik ialah bersenam kardio selama 30 minit
setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan
beban selama 15 minit. Fuhh.. kalau anda berkomitmen dengan ini, tahulah
akibatnya selepas 1 bulan.. Six pack lah jadinya.
Step 4 : Mengtong Sampahkan Perut Buncit
Makan lebih banyak makanan yang mempunyai 'whole
grain'. Apakah whole grain ini? Contoh makanan 'whole grain' untuk mengtong
sampahkan perut buncit ialah seperti biskut gandum, oats dan berat perang
(Basthmathi atau Beras Herba ponni taj mahal)
Memang harganya sedikit mahal TETAPI apa lah
salahnya jika anda korbankan sedikit wang anda untuk kesihatan anda. Jika anda
sanggup dan mampu berbelanja untuk menukar handphone touchscreen berjenama,
kereta mahal. Tidak salah rasanya jika habiskan sikit duit ke arah kesihatan
yang lebih baik kan.
Kesimpulannya, untuk melakukan 5 steps di atas
pastinya bukanlah satu kerja yang mudah buat anda. Apatah lagi ia memerlukan
konsistent daripada anda. Apapun, lakukan setakat mana yang termampu terlebih
dahulu. Jika tidak mampu berjogging, maka anda mulakan lah dengan berjalan
laju. Jika anda tidak larat berjalan laju, mulakan lah dengan berjalan
perlahan.
Ikut kemampuan anda ya.. Ubah habit anda kepada
kehidupan yang lebih sihat. Walaupun anda seberat 130kg pun, tidak mengapa.
Mungkin anda merasa sedikit rendah dirilah sebab mungkin anda seberat
130kg. Tapi, jangan merasa rendah diri lagi. Buktikan anda juga mampu menjadi
seperti orang lain. Belum cuba belum tahu lagi kan..
Selamat mencuba!^_^y
No comments:
Post a Comment