Teringat seorang kawan intuisiku semasa dakwah di
universitinya. Pengetua kolejnya setiap hari marahnya. Pernah malukan beliau di
depan ramai orang.
Kata pengetua kolej itu, kamu semua pelajar baru jangan ikut
macam pak haji awak. Dia semua Allah. Dia dah sem 3 tapi tiada ciri kepimpinan.
Dengan janggutnya susah nak kerja esok. Ni jenis perangai orang selekeh.
Dia memang low profile sikit. Tapi apa pun bukan sebab untuk dimalukan di depan orang ramai. Dia
belajar ok jer.
Tapi dia tenang jer. Dia baca Yassin setiap pagi dan selepas itu dia
mesti doakan pengetua kolej beliau. Dia belanja siapa-siapa minum, lepas tu dia
doakan pengetua tadi. Satu hari pengetua kata kalau awak tidak tinggalkan
dakwah-dakwah orang ini. KETUK bilik orang semua pagi-pagi subuh. Saya akan
buang awak.
Kadang-kadang dia marah juga. Dia
bila marah sangat, dah jauh dia kata nanti aku sumpah juga pengetua ni. Dia pun
kata, “sebab kau malukan aku, aku sumpah
kau dapat hidayat.. kau taubat. Jadi wali Allah.”
Ketawa intuisiku mendengarnya. Satu
hari dia ditakdirkan dibuang kolej. Pengetua panggil dia. Lepas panggil dia
pengetua minta maaf dan belanja dia makan. Pengetua semenjak hari tu
menyokongnya dan suka bagi duit untuk belanja makan bagi pelajar ini dan
digunakan untuk kerja-kerja agama. Dia tak jadi dibuang dan mula jadi rapat
dengan pengetua. Pengetua pun mula rajin pergi surau dan rajin tanya khabar
surau dan dakwah.
Jadi kalau marah sangat belajar
doakan hidayat untuk orang lain. Dah geram sangat sumpah dia jadi baik. Kawan intuisiku itu kini sudah berjaya dunianya dan mudah-mudahan istiqamah juga atas
kerja agama/dakwah/hidupkan ISLAM.
Antara Calon-calon yang Berjaya dalam PRK UIAM (Kuantan) |
p/s: Tahniah dan takziah kepada calon-calon
yang berjaya memenangi kerusi di setiap kulliyyah PRK UIAM tenure 2013/2014,
semalam. Semoga menunaikan manisfesto-manifesto yang dijanjikan. Ingat..mengisi
kemenangan adalah berkali-kali lebih payah daripada mencapai kemenangan. Kepada
calon-calon yang kurang bernasib baik, syabas atas keberanian yang ditunjukkan...sesungguhnya
sesebuah perjuangan itu tidak bergantung kepada jawatan semata-mata untuk ianya
diteruskan..kepada mantan-mantan SRC, terima kasih atas khidmat yang
disumbangkan..semoga niat suci dan keringat kalian dibalas oleh-Nya dengan
ganjaran.. siiru ala barakatillah..=)
No comments:
Post a Comment