Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah
perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah
kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil
ia memandu ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah
kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk
melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta
Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan
tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan
kereta Waja tersebut.
Apalagi
Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke
tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari
kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan
menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi
Anak kecil tadi :
"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau
tak ? Kenapa awak buat ini semua ?", jerit Executive tersebut.
Anak
kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf
Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar
batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh
dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing
disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya? Dia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.". Dengan
rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan
terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi
roda.Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan
akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya
yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh
mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya. Executive muda tersebut
berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan
saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu
berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu
hanya kerana hendakkan perhatian.
Pengajaran :
Tuhan tidak
menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan,
panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita
semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah
kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…
Senyum..=)
p/s: selamat malam..Semoga hari esok kan lebih baik daripada hari ini dan hari-hari semalam...
::al-Mulk ::Taubah ::Syahadah ::Du'a
No comments:
Post a Comment