Tuesday, April 29, 2014

Saya Cuma Ada Allah..Ada Masalah?!


Apabila kita sedang berhajat kepada sesuatu, tiba-tiba orang lain pula yang mendapat hajat itu terlebih dahulu daripada kita. Contoh mudah, dapat masuk universiti, dapat naik pangkat, dapat kahwin, dapat anak, dapat beli rumah, ataupun yang semisal dengannya.

Boleh jadi, dalam hati kita mula terlintas perasaan tidak senang seperti hasad, cemburu dan lain-lain. Walhal yang sepatutnya kita lakukan adalah, mendoakan orang tersebut.

Seeloknya apabila begitu, cepat-cepatlah periksa semula niat kenapa kita mula-mula berhajat dahulu. Adakah ianya semata-mata kerana Allah, ataupun kerana orang lain dapat, kitapun hendak juga?

Sebab boleh jadi, Allah sengaja menangguhkan hajat kita ialah kerana niat sebenar kita menghendaki sesuatu itu adalah salah dan bukanlah semata-mata kerana ingin meraih redhaNya.

Sama-sama kita renungkan.

Senyum..=)

Monday, April 21, 2014

Turunkan Lemak Dengan Diet Rendah Kalori?Boleh Ke?!




Ramai yang nak turunkan % lemak adalah dengan mengamalkan diet yang rendah kalori.

Kadang-kadang mereka hanya mengambil 500 - 1000 kalori sahaja dalam masa sehari.

Betul ke salah cara tu?

Jawapannya..SALAH...

Jika anda mengamalkan diet yang rendah kalori maka metabolisma diri anda akan menurun. Badan anda akan ingat anda berada di kawasan yang tiada makanan. Oleh itu badan anda akan 'minimum'kan penggunaan lemak. Sumber tenaga daripada otot akan digunakan.

Jadi rugilah kalau jisim otot yang makin menurun gara-gara anda tidak makan!

Untuk membakar lemak, anda perlukan tingkatkan kekerapan senaman. Jika biasanya anda workout 3 kali seminggu. Sekarang anda patut ubah kepada 5-6 kali workout dalam masa seminggu.

Kurangkan masa rehat ketika latihan. "Push" diri anda ke tahap maksimum. Pelbagaikan corak latihan anda. Otot manusia mudah sangat mengalami adaptasi. Jadi perubahan pada corak latihan akan menggunakan pelbagai fiber otot yang seterusnya meransang pembesaran otot kelak.

Dan akhir sekali, sila amalkan 'clean diet'. Iaitu pilih makanan yang kurang gula, kurang lemak dan kurang garam. Jauhkan diri daripada makanan merapu seperti jajan, ais krim dan sebagainya.
 



Di sini ‘intuisiku’ doakan anda berjaya menurunkan % lemak.
Selamat maju jaya.. ^_^v

Thursday, April 17, 2014

Pergaulan: Bebas atau Terbabas?!



Terkadang, kita memandang enteng tentang batas pergaulan berlainan gender yang digariskan oleh Syara'..

"Aahh..aku dengan dia memang kawan rapat..jadi takde nye salah kalau aku berbalas mesej dengannya sehingga larut malam.."

"Aku tak kenal mana pun dia tu.. saja je aku chat dengan dia.. dah sama-sama bosan takde kerja, apa salahnya kan?"

"Kami memang selalu berkongsi masalah pun..even masalah rumah tangga.. sebab dia dah saya anggap macam abang saya sendiri.."

"Saya tumpang motor dia, sebab kami nie rakan setempat kerja.."

"Apa salahnya aku panggil dia dengan panggilan manje, dah dia pun tak kesah..lagipun aku kan BFF dia..kau je yang kolot duk fikir bukan-bukan!"

"Biarlah kitorang bergurau-senda,bertepuk-tampar pun..tengoklah dia tu..sama je sifat dan perangainya macam kita..takde maknenye dia ada nafsu pada saya.."


Dan bermacam-macam lagi alasan yang dilemparkan..

Mungkin kita merasakan bahawa kita terlalu hebat untuk mengawal hati dan perasaan kita padahal sudah diketahui bahawa hati itu berbolak-balik sifatnya..

Dan..

Syaitan itu tidak pernah berputus asa membisikkan kata-kata manis nista yang boleh menyesatkan kita..

Juga..

Nafsu itu sendiri bertindak seperti duri dalam daging, selaku askar upahan si syaitan durjana..

Ingatlah bahawa Allah itu lebih mengetahui fitrah makhluk-Nya berbanding dengan kita..

 





Nota Kaki


 Kita suka ikut nafsu, walau dalam bab kebenaran. Cuba banding dua ayat ni ;

1) Semua tidak dapat elak dari buat dosa..

2) Semua perlu elak dari buat dosa.

Kedua-duanya benar tapi kita selesa dengan yang awal sebab sekadar fakta benar tanpa suruhan.

Samalah bila dengar nasihat, semuanya benar dan kita iyakan tapi tak semua nasihat tu kita ikut. Islam itu kebenaran yang tidak selalu selari dengan nafsu.

Jangan sekadar iyakan sahaja, benarkan diri bermujahadah menegakkan kebenaran walaupun payah, bukan hanya membenarkan sahaja dengan angguk-angguk kepala.


Senyum..=)


Tuesday, April 15, 2014

Apa Gunanya Bertunang, Kalau...




Intuisiku amat bersimpati dengan nasib sahabat yang bagi pendapat Intuisiku, beliau ‘dibuli’ oleh tunangnya.

Mengapa? Sebagai seorang yang masih bergelar pelajar tetapi telah diminta oleh pasangannya untuk membuat itu dan ini, pasti ianya dianggap melampau.

Syarat tunang (perempuan) kepada sahabat Intuisiku ialah beliau perlu menghadiahkan sehelai sejadah berbulu kambing yang pasti mahal harganya, sebuah kamera DSLR yang berharga tinggi, dan meminta pihak lelaki menanggung majlis pertunangan dan menjemput orang ramai ke majlis tersebut.

Bagi Intuisiku, sahabat Intuisiku itu sudah ‘kopak’! Buktinya beliau ke hulu ke hilir berjumpa dengan rakan dan taulan untuk meminjam duit! Perbelanjaan harian sudah tidak terurus dan sering ‘terguna’ duit yang ayahnya beri untuk membayar bil Astro gara-gara tidak ada duit untuk membeli makanan! Bukankah itu sudah ‘kopak’ namanya?

Satu lagi yang Intuisiku simpati ialah tunangnya akan ‘meninggalkan’ dirinya jika tidak kurus mengikut selera si perempuan (badan sahabat saya agak besar). Bersungguh-sungguh rakan Intuisiku itu menurunkan berat badan secara terpaksa.. Herbalife, Shakelee dan Gym sudah banyak kali dicuba.

Sekarang Intuisiku tidak tahu apa nasibnya kerana berat badan belum turun-turun lagi dan duit banyak habis untuk pertunangan tersebut!

Mungkin anda juga mempunyai pengalaman seperti ini dan mungkin ada yang lebih teruk lagi!


Kerana Kasih Hamba Turutkan



“Kalau hati sudah suka

Semua indah saja

Itukah tanda bunga kasih bermula

Di dalam jiwa”



“Memang benar kata dinda

Berkasih ada tanda

Tetapi hati mana sanggup merana

Sepanjang masa”

Mungkin bagi diri sahabat Intuisiku itu, permintaan kekasih adalah satu pengorbanan bak kata pepatah “Gunung-ganang sanggup direntasi, lautan luas sanggup direnangi”, segalanya akan diturutkan untuk kekasih hati. Betul tak?

Orang bercinta, kalau diminta intan permata oleh kekasihnya, sanggup menggapai bintang bak kata Yuna. Maknanya, kalau kekasih minta Pizza di pasar malam pasti akan dibelinya Pizza Hut yang paling mahal! Itu lumrahnya, kita akan memberi apa yang terbaik semata-mata mahu melihat kekasih kita bahagia.

Walaupun orang luar melihat pasangan kita pisau cukur, gedik, seksi, banyak karenah, maintanance tinggi dan sebagainya, semua itu akan dipersetankan jika cinta sudah meresapi ke dalam sanubari insan yang bernama kekasih.

Persoalannya, adakah hanya kerana cinta semua yang diminta oleh pasangan kita perlu dilaksanakan? Oh! Tidak semestinya.

Mengikut cerita-cerita yang Intuisiku dengar daripada rakan-rakan yang berpengalaman, kita tidak boleh memberi sepenuh jiwa dan raga kita sebelum berkahwin. Lebih-lebih lagi memang semestinya dalam agama Islam pun tidak membenarkan perhubungan yang ‘terlebih’ dan mencetus kepada kemaksiatan.

Dia belum lagi menjadi isteri atau suami kita, oleh itu kita belum lagi mempunyai tanggungjawab untuk menanggung dan memberi sepenuh perhatian kepadanya. Jika tidak perlu memberi sepenuhnya sebelum berkahwin adalah kita tidak perlu setia?

Tidak. Pertunangan adalah sesi berkenal-kenalan sesama pasangan dan keluarga sebelum akad nikah berlangsung. Dalam tempoh ini setiap pasangan masih mempunyai peluang untuk menerima atau menolak hasrat hati mereka. Di masa ini jugalah para wali boleh membuat pilihan sama ada menantu yang akan menjaga anak kita nanti boleh diharap atau tidak.

Ramai yang tersilap memahami makna pertunangan. Kebiasaannya, ramai orang yang beranggapan bahawa bertunang adalah tiket ‘dekat-dekat’ dan ‘confirm aku punya’! Ramai juga yang beranggapan bahawa majlis pertunangan adalah sesuatu yang wajib ditekankan dan dipandang berat.

Oleh kerana itulah, ramai yang sudah membuat majlis pertunangan secara besar-besaran dan meminta itu dan ini sehingga pasangannya sanggup berhutang keliling pinggang! Semuanya hanya kerana mahu mengikut trend dan malu bila orang kata “bila You bertunang? tak tahu pun!” atau “majlis tunang You, biasssssa jer”.


Apa Guna Bertunang, Kalau…


Apa yang perlu dibuat semasa bertunang? Di sini Intuisiku tidak berhasrat menyentuh bagaimanakah memilih calon isteri/suami yang sesuai, kerana perkara ini semua orang sudah tahu berdasarkan hadis Nabi yang popular. Pilihlah yang terbaik untuk kita dan ianya adalah begitu subjektif kepada seseorang. Calon? Terserah pada anda.

Berkenaan soal bertunang, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa kita perlu merahsiakan pertunangan dan menghebahkan perkahwinan melalui Walimatul Urus.

Disebabkan demikian, tidak perlulah si bakal isteri mahukan yang mahal-mahal daripada si bakal suami. Disebalik kesusahan menyediakan hantaran untuk perkahwinan, kini dibebani pula dengan hantaran pertunangan yang sudah mengalahkan puteri raja.

Seorang lagi rakan Intuisiku pernah berkata : “Apa guna bertunang mahal-mahal, kalau tak boleh pegang-pegang lagi!”. Sebab itulah sebenarnya kita tidak perlu bersusah payah membuat majlis pertunangan yang hebat, bukan boleh buat apa-apa lagi pun.

Apa yang perlu dibuat ialah menjaga batasan, membuat persediaan yang terbaik dan menjaga kesetiaan agar tidak terkandas di tengah jalan disebabkan ‘peranan’ orang ketiga.

Selamat Pengantin Baru kepada rakan-rakan semua yang telah menamatkan zaman bujang. Semoga Allah merahmati rumahtangga kalian sehingga ke syurga hendaknya. Insya-Allah.


Yang belum ni bila pulak?

Hehe..

Dah Bagi Masa Bertunang, Masa Kahwin Nak Bagi Apa?!


Senyum..=)

Monday, April 07, 2014

Apa, Kanak-Kanak Bawah Umur 12 Tahun Dilarang Sama Sekali Guna Gajet ?!



Akedemi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan 6-18 tahun hanya dua jam sehari ((AAP, 2001/13; CPS, 2010).

Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan remaja dibenarkan menggunakan gajet oleh ibu bapa mereka pada jangkamasa 4-5 kali ganda dari yang disyorkan, dengan kesan yang serius dan mengancam nyawa ((Kaiser Foundation, 2010; Active Healthy Kids Canada, 2012).

Persoalannya, mengapakah kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet?! Ini adalah kerana:-

1. Kepantasan Perkembangan Otak

Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun (Christakis, 2011). Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya mengamuk atau ‘tantrum’ (Small, 2008; Pagini, 2010).


2. Perkembangan Fizikal Terbantut

Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP EDI Maps, 2013). Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey, 2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Rowan, 2010).

3. Obesiti Epidemik

Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay, 2005). Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes (Feng, 2011). Seorang dari empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes (Tremblay, 2011). 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention, 2010). Disebabkan obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice & BBC News, 2002)

4. Kurang Tidur

60% ibu bapa tidak mengawal selia penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur (Kaiser Foundation, 2010). 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik (Boston College, 2012).


5. Penyakit Mental

Penggunaan teknologi secara keterlaluan diimpikasikan sebagai penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar, psikosis dan kelakuan kanak-kanak bermasalah (Bristol University, 2010; Mentzoni, 2011; Shin, 2011; Liberatore, 2011; Robinson, 2008). Satu dari enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis mengalami masalah mental, dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik (Waddell, 2007).


6. Keagresifan

Kandungan media yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson,, 2007). Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan fizikal dan seksual dalam media masa kini. “Grand Theft Auto V” mendedahkan kanak-kanak kepada perlakuan seks, pembunuhan, rogol, penyeksaan dan pencacatan secara jelas, begitu juga kebanyakan filem dan rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan keganasan dalam media sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual kepada keagresifan kanak-kanak (Huesmann, 2007). Terdapat peningkatan laporan media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas kerana keagresifan yang sukar dikawal.

7. Demensia Digital

Kandungan media yang terlalu pesat boleh menyumbang kepada defisit perhatian, serta kurang kepekaan dan memori kerana otak memangkas trek neuron kepada korteks hadapan (Christakis, 2004; Small, 2008). Kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian tidak dapat belajar.

8. Ketagihan

Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan, 2010). Satu dari 11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi (Gentile, 2009).


9. Pengeluaran Radiasi

Pada Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO, 2011). James McNamee dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan “kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak (Globe and Mail, 2011). Pada Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar), bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi, sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak (AAP, 2013).


10. Tidak dapat dikekalkan

Cara kanak-kanak dibesarkan dan diberi pembelajaran menggunakan teknologi adalah tidak boleh lagi dikekalkan (Rowan, 2010). Kanak-kanak ialah masa depan kita, tetapi tidak ada masa depan untuk kanak-kanak yang menggunakan teknologi secara berlebihan. Satu pendekatan berpasukan perlu dan penting untuk mengurangkan penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak.




Sumber: