Saya mendengar siaran akhbar oleh Dato' Seri Hishamuddin
sebentar tadi , beliau menafikan yang PM mengatakan MH 370 terhempas di lautan
hindi tetapi hanya menyatakan kedudukan terakhir. Tapi sebagai rakyat Malaysia
saya kurang puas hati kerana rakyat semakin keliru.
Ayat PM menyatakan "It is therefore with deep sadness
and regret that I must inform you that, according
to this new data, Flight MH370 ended IN the southern Indian Ocean"
Beberapa point penting untuk difikir
:
1. Kalau hanya last position tapi tak
pasti terhempas, kenapa perlu DEEP SADNESS? dan kenapa perlu bahasa badan PM
terlalu kelihatan bersedih semasa mengumumkannya.
2. Kenapa perlu PM umum jika sekadar
last position, cukup Menteri umumkan.
3. Kalau hanya last position kenapa
guna perkataan 'IN THE ..' yang seolah bermaksud DI DALAM LAUTAN. Sepatutnya
gunakan 'At the' . Mungkin pakar bahasa Inggeris boleh bantu saya di sini. Cuma
media mat saleh faham 'In The' sebagai 'into the ocean' yang beerti terhempas
dan masuk dalam air. (rujuk berita new york times ini http://www.nytimes.com/2014/ 03/25/world/asia/ malaysia-airlines-flight-370.ht ml?_r=0)
4. Kalau tak bermaksud terhempas,
kenapa habiskan semua aset dan usaha mencari dalam lautan dan bukan di daratan
juga?.
Maka sebaiknya, jika benar tersilap
dan terkeliru maka pimpinan berani mengakui tersilap data dan pengumuman dan
meminta maaf. Itu lebih terpuji dan tinggi hemahnya bukan menafikan dan
membelit.
Saya tahu isu MH 370 memang SUKAR
antaranya kerana :
a. Ia libatkan tentera pelbagai
negara termasuk negara2 yang pernah dan masih tidak baik antara satu sama lain.
b. Ia libatkan kedaulatan beberapa
negara maka tidak mudah untuk masuk dan meneliti di dalam kawasan negara orang
lain dengan aset ketenteraan. Tentulah pemimpin negara lain bimbang keselamatan
negara mereka dan bimbang risikan sambil beralasan mencari.
c. Sukar didedahkan semua maklumat
kerana terlalu banyak data palsu, kurang tepat dan sebahagiannya bersifat
offensive' menyerang' negara lain, cthnya menuduh Amerika atau Vietnam menembak
jatuh. Atau menyebut pesawat disembunyikan di Diego Garcia atau di Israel
kerana itu secara tidak langsung menuduh Amerika menipu secara terbuka. Tanpa
ayat teliti dan cara bijaksana, peperangan boleh meletus dan ketika itu lupakan
sahaja pencarian MH370. Ikatan perdagangan boleh terjejas.
Sekadar satu luahan dan faham
kesukaran isu ini. Namun pimpinan mungkin boleh fikirkan yang terbaik.
Sama-sama kita berdoa agar kemelut ini dapat selesai dengan sebaiknya,
kedaulatan, maruah dan ekonomi negara juga terjaga. Ini isu yang boleh
meranapkan negara Malaysia sebenarnya.
Saya teringat Dato' Hishamudin pernah
menyebut semua aset kita akan dikerah...saya bimbang jika musuh Malaysia
mendengar. SEMUA aset utama ketenteraan?..bagaimana jika Malaysia diserang di
waktu kemelut ini.
p/s: tulisan ini tiada niat politik
kepartian.
Senyum..=)
No comments:
Post a Comment