‘Aidilfitri’... sebutan yang
sepatutnya menjadi buah mulut umat Islam seluruh dunia. Inilah sebutan yang
mungkin boleh mengembalikan kita kepada penghayatan sebenar sambutan hari raya.
Mengapa tidak, selepas berpuasa selama sebulan, mengekang nafsu, mengikis
mazmumah, kini kita seperti dikembalikan kepada fitrah yang suci bersih. Itulah
hakikat taqwa.
Ya... ‘Aidilfitri’ jika diterjemahkan dalam bahasa
kita bermaksud ‘kembali kepada fitrah’ dan jika dikaitkan dengan ibadah puasa
sebagai latihan, maka hasilnya umat Islam kembali kepada fitrahnya sebagaimana
mereka dilahirkan. Sebagaimana bayi dilahirkan tanpa dosa, maka begitulah
mereka yang berpuasa Ramadhan. Pada hari raya mereka kembali kepada bersih
daripada dosa.
Tetapiu berapa ramai yang boleh
mengekalkan kesucian dan kebersihan hati daripada dosa?! Usaha yang dilakukan
sebulan dalam bulan Ramadhan, musnah hanya satu hari pada hari raya. Dosa
sebelum Ramadhan disambung semula pada hari raya pertama. Makan minum sudah
tidak berkira lagi. Malah pergaulan bebas tanpa batas, tabiat buruk memfitnah
dan mengumpat subur semula.
Hari raya ini diraikan sebulan
kerana Syawal adalah sebulan. Walaupun setiap hari tersebut dipenuhi dengan
kunjungan kemesraan, menghubungkan silaturrahim disambut pula dengan ucapan
“Selamat Hari Raya; Maaf Zahir dan Batin”, namun mereka tetap membawa dosa
bersama. Jadi, sambutan hari raya telah mengembalikan mereka kepada dosa.
Fenomena
Rumah Terbuka
Fenomena baru dalam amalan
menyambut hari raya di negara kita telah banyak mengubah cara rakyat Malaysia
berhari raya. Kalau dahulu, rumah terbuka hanya berlaku pada hari raya pertama
iaitu semua rumah umat Islam dibuka kepada semua pengunjung terutama sanak
saudara. Dan yang paling gembira ketita itu tentunya anak-anak kerana setiap
kali mengunjungi rumah terbuka, mereka akan diberi duit raya walaupun sekadar
50 sen.
Suasana itu akhirnya berubah
terutamnya di Bandar apabila rumah terbuka pada hari pertama tidak boleh
diadakan kerana kebanyakan umat Islam di Bandar pulang ke kampong. Bagi
menggantikannya, maka diwujudkan rumah terbuka selepas seminggu kembali ke
Bandar. Cuma pada kali ini, hanya sanak saudara dan sahabat handai dijemput.
Sedangkan jiran tetangga tidak dilibatkan sama.
Walaupun namanya rumah terbuka,
konsepnya sudah berubah daripada konsep asalnya. Kalau dahulu, jiran dan
sahabat handai boleh dating pada hari tersebut, tetapi kini semuanya mesti
dijemput atau diundang terlebih dahulu. Lalu jiran yang tidak mendapat
undangan, tidak berani berkunjung.
Selain itu, pemimpin tempatan
juga turut membuat rumah terbuka untuk member peluang kepada rakyat atau orang
yang berada di bawah lembayung pimpinannya untuk bermesra dengan mereka.
Walaupun semua rakyat boleh dating berkunjung tanpa jemputan khusus, namun dek
kerana kehadiran terlalu ramai, pemimpin tidak dapat beramah mesra dengan semua
pengunjung. Malah kadang-kadang ada yang tidak dapat makanan.
Kalau begitulah keadaanya,
sambutan hari raya yang disambut sebulan itu masih tidak mencapai objektifnya.
Sambutan hari raya yang sepatutnya melahirkan rasa terima kasih dan syukur
kepada Allah kerana dikembalikan kepada fitrah, telah bertukar kepada majlis
dosa dan maksiat. Di mana silapnya sambutan hari raya di Malaysia?!
Layakkah
Berhari Raya?!
Sebenarnya, sambutan hari raya
yang kita sambut kini lebih kepada adat dan budaya yang langsung tiada nilai
ibadah. Bayangkan berapa ramai yang bertakbir, bertasbih dan bertahmid pada
malam hari raya?! Realitinya, lebih ramai yang membuat persiapan akhir
menyambut raya; memasang langsir, mengemas rumah dengan susun atur yang baru
dan sibuk memasak ketupat, lemang dan pelbagai juadah hari raya.
Malangnya pada pagi hari raya
pula terlambat bangun lalu tergesa-gesa mandi dan terlupa niat mandi sunat hari
raya. Kemudian tergesa-gesa pula ke masjid, lalu acara bersalaman dengan ibu
bapa dilakukan tanpa terlebih dahulu bersarapan pagi sebelum ke masjid. Inilah
ibadah yang sering mereka lupa kerana mengutamakan tradisi.
Semasa menunggu solat Aidilfitri
dimulakan, ada jemaah yang tidak sama-sam bertakbir, bertasbih dan bertahmid.
Malah ada yang tidak tahu untuk menyebutnya dengan betul. Ada perkataan yang
tidak boleh disebut dengan baik padahal mereka ada peluang untuk belajar.
Mengapa semua itu berlaku?! Ya,
barangkali inilah cara orang yang menyambut tanpa takwa. Hakikatnya mereka
sama-sama mahu meraikan kejayaan orang yan Berjaya beroleh ketakwaan. Walaupun
mereka sendiri tidak layak berhari raya sebagai orang bertakwa, namun mereka
tetap diberi peluang menikmati hari raya.
Aidilfitri memang selayaknya
untuk orang yang beroleh takwa. Pada malam hari raya, mereka berazam untuk
mengekalkan sifat takwa. Mereka sangat berhati-hati dengan dosa, tidak mahu
terlibat dengan amalan yang boleh menimbulkan fitnah. Mereka amat takut kepada
Allah lalu meninggalkan larangan Allah sepanjang masa.
Bagaimana kita pada hari raya
ini?! Adakah kita memiliki takwa seperti yang dijelaskan di atas?! Percayalah,
kalau kita sudah berpuasa dengan baik, pasti natijah takwa akan menghiasi kita.
Setelah itu, sanggupkah kita merosakkan takwa itu dengan hanya satu hari pada
hari raya?! Yang pasti, orang yan bertakwa tidak mungkin akan melakukan dosa
sepanjang menyambut hari raya.
Hari
Raya Sebenar
Menyedari keadaan di atas,
marilah kita menyambut hari raya kali ini dengan menepati kehendak Islam,
sekali gus dinilai sebagai ibadah. Untuk itu, hiasilah hari raya bermula
malamnya dengan beberapa acara ibadah:
a) Penuhi malam raya dengan
takbir, tasbih dan tahmid sebaik sahaja terbenam matahari akhir Ramadhan. Boleh
lakukan di mana-mana sama ada sewaktu berziarah ataupun bersendirian. Amalan
sunat ini akan tamat sebelum imam mengimamkan solat.
b) Saling menziarahi dan
mengucapkan tahniah atau selamat hari raya, tanda gembira atas kejayaannya
melepasi ujian puasa hingga beroleh takwa. Boleh kita gunakan ucapan lazim;
“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.” Akan tetapi dicadangkan sedikit
tambahan iaitu; “minal ‘aidin wa al-fa’izin, kullu ‘amin wa antum bikhair.”
Maksudnya, semoga kita berada dalam klangan orang yang kembali kepada fitrah
dan Berjaya, setiap tahun hendaknya kamu dalam kebaikan.
c) Boleh mulakan ucapan tersebut
kepada yang lebih tua; isteri terhadap suami’ anak kepada ibu bapa, pekerja kepada
majikan, rakyat kepada pemimpin dan akhirnya sesame sahabat handai juga kawan
taulan.
d) Mandi sunat hari raya,
walaupun wanita dalam haid.
Menghadiri tempat solat lebih
awal untuk membolehkan mereka bertakbir dan mendengar khutbah raya, termasuk juga
bagi wanita yang dalam keadaan haid.
e) Lakukan solat hari rayabagi
yang boleh melakukan solat.
f) Memberi sumbangan raya keoada
anak-anak terutama anak yatim.
g) Menunaikan zakat fitrah
sebelum imam memulakan solat sunat hari raya.
Jika semua inidapat dilakukan
oleh umat Islam, maka sepanjang hari mereka telah melakukan ibadah dan
kebajikan. Namun jangan dilupa, ibadah fardhu tidak boleh diabaikan sama
sekali. Inilah kesempurnaan ibadah dan kebajikan yang melengkapkan ketakwaan
umat Islam.
Manakala pada hari kedua Syawal,
tiada lagi sambutan hari raya secara berlebihan. Sebaliknya terus melakukan
ibadah puasa Syawal selama 6 hari. Bahkan puasa ini amat dituntut oleh
Rasulullah;
“Sesiapa yang telah
berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari pada Syawal (puasa), maka ia
seperti (pahala) puasa al-dahr (setahun).”
(HR al-Bukhari, no
6502)
Justeru mulakan dengan puasa
sunat selepas sempurna Ramadhan. Bagi mereka yang perlu qada puasa Ramadhan, eloklah dahulukan qada daripada yang sunat ini. Demikianlah bagi melengkapkan puasa
setahun seperti yang ditawarkan dalam hadith di atas.
Umat
Berjaya
Umat Islam yang Berjaya menempuh
Ramadhan dengan sempurna dan diikuti dengan amalan sunat di atas, pasti akan
memiliki akhlak mulia. Mereka ini bukan sahaja berakhlak sesama manusia,
berbudi bahasa, bertoleransi dan saling bertolong bantu sesame manusia, tetapi
lebih utama mereka berakhlak mulia dengan Sang Maha Pencipta.
Inilah konsep takwa yang
diinginkandaripada ‘madrasah’ Ramadhan. Mereka mungkin terlibat dengan amalan
dosa sama ada dengan manusiadan lebih-lebih lagi dengan Allah. Bayangkan jikalau
manusia sperti ini dapat dilahirkan daripada madrasah Ramadhah, pasti banyak
kemajuan dapat dihasilkan di dunia ini.
Manusia tersebut sudah tentu umat
Islam yang berjiwa kuat dan murni dalam mempertahankan kebenaran Allah. Ketika itu,
umat Islam sudah ada kekuatan yang sukar ditandingi. Malah orang bukan Islam
boleh meletakkan kepercayaan kepada umat Islam sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, umat Islam
yang digambarkan di atas terlalu sedikit berbanding dengan golongan yang masih hanyut
dalam kehidupan yang sia-sia. Mereka tidak mendapat manfaat daripada puasa yang
dilakukan selama sebulan. Golongan inilah yang perlu disedarkan agar mereka
semua boleh menjadi orang Mukmin yang bertakwa suatu hari nanti. ^_^y