Mari kita berfikir sejenak tentang dua makluk ciptaan Allah swt ini
mudah mudahan kita mendapat manfaat. Semua orang barangkali pernah
melihat Lebah dan Lalat, Lebah mungkin susah sikit didapati di bandar
bandar besar tetapi tidak susah untuk menjumpai Lalat, ia ada dimana-mana.
Perbezaan dua makluk ini amat ketara iaitu Lalat membawa penyakit sementara Lebah pula membawa penawar iaitu melalui madunya:
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah; "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung ganang dan pokok pokok kayu dan juga di bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari semua jenis bunga bungaan dan buah buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang orang yang mau berfikir."
(An Nahl: 68 - 69)
Lebah ini dapatlah umpamakan orang baik kerana membawa penawar dan lalat
itu orang jahat kerana membawa penyakit. Jika dilihat disini layaknya
seperti kurang orang orang baik yang mendiami bandar bandar. Mudah
mudahan anda semua tergolong dari orang yang baik baik semua ...aameen.
Ada juga persamaan lebah dan lalat seperti keduanya boleh terbang. Tetapi dalam persamaan itu terdapat perbezaan yang sangat besar kerana terbangnya lebah kerana mencari bunga bunga yang cantik tetapi terbangnya lalat kerana mencari sisa sisa makanan atau kotoran yang menjijikan.
Tidakah matanya juga sama?
Ya, matanya sama..tetapi dalam kesamaan itu terdapat perbezaan yang jauh lebih besar jika kita mau berfikir mengenainya. Mata lalat walaupun dia terbang melalui kebun kebun bunga yang cantik bersih, namun matanya sentiasa memerhatikan dan mencari najis najis yang mungkin terdapat disana.
Sedangkan mata lebah walaupun dia terbang melalui longgokan najis najis dan sampah sarap, namun matanya tetap saja memerhati dan mencari bunga bunga dan madu madu yang mungkin terdapat disitu...
Nah sekarang mari kita perhatikan dan berfikir, adakah persamaan mata kita dengan mata lebah yakni suka melihat yang baik, atau dengan mata lalat yang suka melihat yang keji keji. Kita semua sudah maklum tentang segala pandangan yang diharamkan syarak memandangnya, mengapa kita masih saja melihat perkara perkara yang menambahkan titik hitam didalam hati kita? Walaupun ianya dosa kecil, tapi jika terus terusan dibuat, tentu ia akan memudaratkan timbangan amal kebajikan kita nanti.
Sebaliknya jika kita sentiasa menjaga pandangan dan memeliharanya, InsyaAllah jiwa kita akan lebih tenang dan kita akan menikmati hasilnya nanti seperti lebah yang menghasilkan madu yang menjadi penawar kepada manusia.
Moga Ia Membawa Manfaat Kepada Yang Membacanya..
Wallahu a’lam..
No comments:
Post a Comment