Apa yang berlaku dalam Politik Dunia
Umat ISLAM ini, saya lebih suka untuk menamakan pertembungan yang ada pada hari
ini sebagai pertembungan:
Post-Islamisme Vs Harakah Islamiyah
POST-ISLAMISME yang dimaksudkan
ialah golongan yang memakai ‘metode’ yang disarankan oleh ilmuaan barat seperti
Oliver Roy dan ilmuan IRAN yang terbuang Asef Bayat. Walaupun mereka mungkin
menafikan bahawa mereka meniru ‘metode’ yang dinamakan oleh Oliver Roy ini,
Namun, secara amalinya, mereka melaksanakan tanpa sedar.
Mereka juga telah diklasifikasikan
dalam RAND, ISLAMIC Civil Democratic Report yang telah dikeluarkan pasca 9/11.
Perkembangan dan kesabaran Ulama’
ISLAM yang tegas dengan Prinsip dan Dasar perjuangan ISLAM, sebenarnya telah
meletihkan Barat dalam pertembungan ini. Mereka tidak mampu menumpaskan gerakan
ISLAM yang berpegang teguh kepada ISLAM. Oleh itu, mereka pula mencari kaedah
yang lebih lembut yang akhirnya dapat memujuk majoriti Pejuang ISLAM kendur
terhadap serangan pemikiran Mereka.
Dalam sudut yang lain, ada di
kalangan pejuang ISLAM yang muda telah merasakan penat dan terasa kemenangan
agak jauh, sedangkan Barat baru hanya menikmati kejayaan DUNIA tidak sampai
dalam satu abad. Kemakmuran Dunia yang dinikmati sekarang baru bermula sejak 1970-an
selepas Perang yang panjang dengan Dunia ISLAM dan timur. Pertembungan pasca
9/11 agak berubah apabila Dunia memasuki abad ke 21. Oleh kerana pertembungan
hebat Gerakan ISLAM dan penjajahan baru Barat melalui Ilmu dan budaya. Barat
mula menyedari keperluan untuk melambatkan kebangkita ISLAM dengan membiarkan
Pejuang ISLAM kekal dalam dilema prinsip dan strategi. Maka dibuka meda
Demokrasi Liberal kepada Dunia ISLAM supaya Pejuang ISLAM melonggarkan prinsip
dan Strategi tanpa Sedar.
Perubahan politik di Turki dan
Tunisia dijadikan Modal dan contoh untuk pelaksanaan Liberalisasi Politik ISLAM
melalui Demokrasi. Kejayaan sedikit ini dijadikan rujukan untuk menggantikan
pandangan ISLAM terhadap nasihat Quran dan Sunnah. Akhirnya, pejuang ISLAM
lebih memandang kejayaan Dunia daripada melihat keridhaan ALLAH dalam
perjuangan.
Inilah yang berlaku pada PArti Al-Istiqlal
di Morocco, Parti AKP di Turki, An-Nahdoh di Tunisia, PKS di Indonesia.
Malah dalam isu yang berlaku di
Yemen melibatkan parti ISLAH pimpinan Dr Majid Az-Zindani, berlaku juga
pertembungan islamis ‘Democrate’ dengan ‘harakiyyun’ dalam melihat peluang
dalam Demokrasi.
Kritikan dan kata kata Pedas
terhadap keputusan Ikhwan Muslimin di Mesir juga menjadi tanda tanya terhadap
perkembangan sahabat sahabat di Mesir. Kita melihat bagaimana terdapat
perpecahan dalam membuat keputusan ketika Pilihanraya Presiden dua tahun yang
lalu. Kelibat Abdul Mun'im futuh dalam Perebutan kerusi Presiden menandakan
bahawa Ikhwan Muslimin juga tidak terlepas dari mengalami pertembungan dalaman
antara democrat dan harakiyyun.
Di Malaysia juga, dalam parti PAS
sendiri, transformasi ini sedang berjalan. Sekiranya kita tidak menyedari hal
ini dan gagal menghalang. Maka, tidak hairanlah sekiranya PAS juga akan
meninggalkan Dasar di atas kertas semata mata. Post-ISLAMISME yang berlindung
di sebalik prinsip Demokrasi ini, cuba memaksa PAS untuk mengendurkan Prinsip
dan Dasar agar mereka boleh mendapat untung dan Menang dalam waktu yang
Singkat. Pertimbangan perjuangan tidak lagi dilihat pada taabudi perjuangan
ISLAM.
Perkembangan Isu MB Selangor, membuktikan
bahawa golongan POST-ISLAMISME gagal mendatangkan Hujah untuk menidakkan Hujah
yang didatangkan oleh Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama dalam mempertahankan
keputusan Asal mengekalkan MB sekiranya tiada maslahah yang besar. Malah,
mereka dengan berani menggunakan hujah yang amat Lemah dalam perbahasan
Muktamar PAS kali ke 60 baru baru ini. Kita melihat ucapan bahas wakil
Muslimat, yang meminta untuk ditimbangkan Wanita sebagai MB, telah menggunakan
hujah zaman dan waqii , sedangkan zaman dan Waqii perlu juga dinilai dengan
fiqhul Nusus yang terdapat dalam fekah ISLAM.
Dalam majlis yang sama, Perwakilan
dari sebuah negeri selatan, Berulang kali mengolah pertukaran Nabi dan Zaman
sebagai satu fitrah alam. Namun, pengolahan hujah tersebut di awang awangan,
menggambarkan bahawa ada niat di sebaliknya supaya TG Presiden PAS, menyedari
mesej sebenar disampaikan ialah supaya TG Presiden meletak jawatan kerana zaman
beliau tidak lagi sesuai.
Maka, saya menyeru kepada semua yang
cintakan PAS dan ISLAM. Kembalilah untuk mengkaji dan muhasabah perjuangan
kita. Apakah kita berjuang untuk kemenangan yang singkat dengan mengorbankan
prinsip?
Atau kita sanggup berhadapan dengan
ALLAH untuk dipersoalkan atas kemenangan yang dicapai tanpa perjuangan yang
betul atas Manhaj yang Menjadi Sunnah para pejuang-NYA.
Nukilan,
Ahmad Hakimi Othman,
NKP Kuala Selangor.
No comments:
Post a Comment