Hari ini sudah
tahun ke-65 semenjak Nakbah Palestina berlaku.
Saban tahun
ramai yang merintih di dinding Facebook,
menjadi tukang share dan like, sebarang post berkenaan Palestina, serta perjuangan ummat di merata
tempat.
Namun pernahkah kita bertanya apa yang sedang diri kita buat?
Apa yang boleh kita bantu, lebih dari sekadar share dan like post-post sedemikian di Facebook?
Intuisiku berpendapat ialah,
mula bergerak.
Bagaimana?!
1 - Mula berusaha memperbaiki diri menjadi hamba Allah SWT yang
baik. Ini nyata satu sumbangan yang besar sebenarnya. Kerana Islam tidak akan
tertegak selain bersama manusia-manusia yang mampu memikul dan menyebarkannya.
2 - Sambil memperbaiki diri, kita ajak orang lain untuk menjadi
hamba Allah SWT yang baik. Bermula dengan mereka yang mudah diajak, yang dekat
dengan kita. Kenalan rapat ke, keluarga ke, contohnya. Ajak mereka bersama
menjadi muslim yang baik. Ini merupakan sumbangan yang amat berharga untuk
perjuangan Islam, kerana kita sedang menjadikan angka ummat itu berkualiti,
bukan angka-angka kosong yang tidak boleh diharapkan Islam.
3 - Mendalami potensi diri, dan sumbangkannya untuk Islam. Contoh
kalau kita ada talent bercakap, boleh buat vlog Islamik. Bincangkan isu-isu
terkini dari perspektif Islam.
Contoh kalau kita ada talent menulis, maka kita perbanyakkan
karya-karya Islamik yang boleh mendidik diri kita dan masyarakat, baik buku
motivasi, novel Islamik atau kumpulan cerpen tarbawi.
Contoh kalau kita ada talent
buat lagu, dan ada kawan pandai menyanyi (atau kita sendiri pandai menyanyi),
maka kita buat lagu-lagu yang bermotivasi, meningkatkan semangat juang, then suruh kawan kita (atau kita
sendiri) menyanyikannya. Uploadkan di
Facebook atau YouTube.
Contoh lain kalau kita pandai melukis. Maka
lukislah komik-komik yang bermesej, yang mengenalkan keindahan Islam, yang
meningkatkan semangat untuk terus berjuang, dan yang mendidik ummat ini untuk
menjadi ummat yang Allah redha.
Kalau ada apa sahaja talent, kita ni budak pandai ke, buatlah
tuisyen untuk pandaikan kengkawan yang lain. Ada talent main apa-apa sukan ke,
pastikan kita jadi duta Islam di medan permainan kita itu (tutup aurat,
berakhlak baik, fair play). Ada potensi
bisnes, kita bisnes untuk untungkan ummat Islam agar dengan kekayaan kita,
Islam menjadi kaya juga(jangan kaya sorang-sorang, duit tak boleh bawa masuk
kubur pun!)
Macam-macam lagi. Apa potensi anda? Sumbangkan!
4 - Bagi yang suka bermasyarakat (ada orang suka duduk pejabat
sahaja), maka tubuhkanlah kumpulan-kumpulan yang boleh buat amal kebajikan.
Yang boleh pergi ke rumah-rumah anak yatim, yang boleh merapati masyarakat
gelandangan, yang boleh menyantuni masyarakat yang tersekat di kesesakan jalan
raya, dan macam-macam lagi.
Pastikan Islam sampai kepada mereka. Pastikan mereka dapat merasai
kemanisan sentuhan dakwah, dan indahnya proses peningkatan diri melalui sistem
tarbiyah Islamiyyah.
Jangan malas, sebab muballigh kristian tidak malas. Kalau kita
malas, jangan sibuk salahkan agenda kristianisasi.
Kalau passion kita di
sini, mengapa kita bazirkan pada kumpulan-kumpulan tidak membawa kita pergi
jauh untuk memperbaiki ummah?
Jangan lah rasa cukup dengan like
dan share sahaja benda-benda baik di
Facebook. Bukanlah like dan share itu tak bagus. Bagus tu dah bagus
dah. Nama pun 'benda baik'. Tetapi ya, pastikanlah kita bukan sekadar like dan share.
Bergeraklah.
Di internet ada perjuangannya, tetapi jangan lupa bahawa di alam realiti juga ada
tanggungjawab kita.
Kita semua adalah khalifah untuk mentadbir bumi ini.
"Dan
ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya Aku
ingin menciptakan untuk bumi itu khalifah..."
(Al-Baqarah: 30)
Ayuh.
Bergerak!
Kurangkan mengeluh dan bicara,
banyakkan bekerja.. ^_^v