Wahai anakandaku,
Ayahanda ingin memulakan surat ini dengan bertanya soalan ini. Apakah anakanda sedar mengapa manusia sering menelan air liur?
Semasa kita mendengar, melihat, makan, bercakap (mengumpat mahupun memuji) dan bersolat, manusia sentiasa menelan air liur?
Apa tujuan manusia menelan air liur? Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari aleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain.
Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya.
Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan ber-asarkan air liur yang ditelannya.
Pernahkah terlintas pada minda anakanda mengapa kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 kali sehari? Tujuannya mungkin adalah untuk kita menelan air liur yang baik yang menenangkan untuk 5 kali sehari. Begitu juga ketika kita senyum, orang yang melihat senyuman kita akan berasa riang kerana air liur yang dihasilkan adalah baik.
Sebaliknya sekiranya kita mengumpat seseorang, mendengar dan melihat benda yang tidak baik, air liur beracun akan dihasilkan sehingga minda kita terkena racun dengan buruk sangka, takut, dengki dan cemburu.
Wahai anakanda,
Anakanda sungguh bertuah kerana dilahirkan di zaman internet. Setelah subuh, anakanda membaca berita melalui internet – samada di Facebook atau mana-mana laman lain. Membeli surat khabar sudah dianggap sebagai satu pembaziran.
Ekoran itu, anakanda tidak terkena racun yang ditaburkan di media tradisional seperti akhbar tradisional dan TV.
Tapi, situasi sungguh berbeza bagi generasi ayahanda. Kami disajikan setiap hari dengan racun melalui surat khabar dan TV media perdana. Terlalu banyak air liur beracun yang telah kami telan untuk berpuluh tahun. Pemikiran kami sudah kaku seolah-olah diracuni. Berita pukul 8pm seolah-olah lebih penting daripada kuliah Maghrib bagi sebahagian besar kita.
Generasi ayahanda terkena racun air liur bahawa BN ialah tempat kami bernaung dan mencari makan. Tanpa BN habislah rezeki kami. Kami diracunkan sehingga sebegitu rupa sehingga terlupa bahawa rezeki datangnya dari Allah. Ada antara kita yang menganggap BN lebih besar daripada segalanya.
Namun itu sangat berbeza di generasi anakanda. Generasi anakanda tidak terkena racun ini. Air liur beracun yang cuba dihasilkan di mulut anakanda melalui akhbar-akhbar dan TV milik kerajaan gagal berlaku kerana anakanda ada internet sebagai sumber mencari kebenaran.
Oleh itu, dakyah kerajaan tidak terkena pada generasi anakanda. Generasi anakanda lebih sedar mengenai situasi negara kerana maklumat di hujung jari. Oleh itu, anakanda perlu menjadi agen perubahan dengan memberikan penawar kepada generasi ayahanda.
Generasi ayahanda perlu disembuhkan. Cara paling berkesan untuk menawarkan racun air liur berdekad yang ditelan kami ialah penerangan daripada anakanda menggunakan fakta dan hujah. Generasi ayahanda perlu dididik mendapatkan sumber maklumat kedua melalui teknologi-teknologi terkini. Diharap anakanda dapat memikul tanggungjawab ini.
Wahai anakanda,
Pulanglah mengundi kali ini. Ajaklah sahabat-sahabat anakanda untuk pulang ke kampung bersama untuk mengundi. Selain mengundi, anakanda boleh meluang masa dengan bonda dan ayahanda. Baliklah awal sehari dua untuk memberikan penawar kepada kedua-dua orang tuamu. Yakni, anakandalah penawar racun air liur terbaik untuk mereka terkena dakyah kerajaan di akhbar-akhbar dan tv perdana.
Sekian itu sahaja anakanda untuk kali ini.
Ayahandamu.
Senyum.
Ini KALI-Lah.

Nukilan:
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
No comments:
Post a Comment