Anak-anak muda yang membenci politik tetapi
‘gemuk’ menikmati hasil perjuangan orang lain.
Wujud kebanyakan anak-anak muda hari ini yang membenci politik. Tidak kurang yang mengatakan politik itu kotor dan najis tetapi mereka-mereka inilah yang paling GEMUK 'menikmati' hasil usaha tokoh-tokoh politik masa lampau yang sanggup terjun dalam lubang najis dan kotoran itu demi kepentingan umat Islam.
Anak-anak muda hari ini dapat belajar di sekolah agama dengan bantuan, mendapat biasiswa ke luar negara, dapat bantuan MARA untuk belajar Medic dan pelbagai bidang baik di dalam negara atau diluar atas usaha tokoh-tokoh politik terdahulu yang memperjuangkan hak-hak umat Islam dan pendidikan bumiputra.
Namun kerana jahil sejarah dan tidak pernah merasa susah. Mereka dengan mudah 'mencela, mengkotorkan semua orang yang masuk politik' sedang mereka dengan gaya hidup yang selesa, belajar dengan pelbagai kemudahan, hujung bulan dapat elaun biasiswa, makan seafood, main internet, tengok youtube, suka-suki bergelak-ketawa belajar tanpa perlu bersusah payah langsung tidak menyedari betapa mereka sebenarnya hidup atas jasa dan jerit-payah orang-orang dahulu.
Sedang Nabi (SAW) pernah bersabda :

لقد رأيت رجلا يتقلب في الجنة في شجرة قطعها من ظهر الطريق كانت تؤذي المسلمين
“Aku
melihat seorang lelaki berguling di dalam syurga kerana pernah memotong dahan
pokok ditengah jalan yang menganggu kaum muslimin.”
[HR
Muslim]
Jika memotong dahan pokok sudah berpahala masakan
usaha membela hak-hak umat Islam, menyempurnakan kewajipan mereka,
memperjuangkan nasib rakyat jelata dan mengusahakan kebajikan kepada manusia
itu sia-sia hanya kerana tiada sistem Islam dan terlibat dengan demokrasi
sedang mereka masih belum mampu untuk mencapainya ?!
Rasulullah (SAW) bersabda :
Rasulullah (SAW) bersabda :
بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم
“Seseorang
itu sudah cukup berdosa dengan memandang rendah saudara Muslimnya yang lain.”
[HR
Muslim]
Allah amat membenci orang-orang yang berpakaian bersih, berjalan dengan sombong dan bongkak merasa diri dan perjuangan mereka suci sedangkan merekalah yang paling kotor dikalangan manusia !
Rasulullah (SAW) bersabda lagi:
إذا قال الرجل هلك الناس فهو أهلكهم
Apabila
ada seseorang berkata manusia lain telah rosak maka dialah sebenarnya yang
paling rosak antara mereka.'
[HR
Muslim]
Teringat kata seorang sahabat, yang baru saja menamatkan pengajian di oversea.
"Kekadang aku sendiri malu dengan diri, aku sangat takut, aku sangat bimbang.. Aku diberikan peluang memperolehi biasiswa sepenuhnya, namun aku risau aku tak mampu berbakti sebaik-baiknya terhadap agama dan masyarakat.. Aku bimbang apabila masuk ke alam kerjaya, aku alpa hingga terlalu ber'demand' tinggi dan suka memberi rungutan dimana beban kerja dan pendapatan tidak memadai, semata-mata untuk hidup senang dan mewah, sedangkan sebelum itu aku telah menikmati nikmat yang bukan semua orang dapat yakni biasiswa.."
No comments:
Post a Comment