Wednesday, May 15, 2013

15 Mei - Mengingati Ulang Tahun Ke-65 Peristiwa Nakbah





Hari ini sudah tahun ke-65 semenjak Nakbah Palestina berlaku.

Saban tahun ramai yang merintih di dinding Facebook, menjadi tukang share dan like, sebarang post berkenaan Palestina, serta perjuangan ummat di merata tempat.

Namun pernahkah kita bertanya apa yang sedang diri kita buat?
Apa yang boleh kita bantu, lebih dari sekadar share dan like post-post sedemikian di Facebook?

Intuisiku berpendapat ialah,
mula bergerak.
Bagaimana?!

1 - Mula berusaha memperbaiki diri menjadi hamba Allah SWT yang baik. Ini nyata satu sumbangan yang besar sebenarnya. Kerana Islam tidak akan tertegak selain bersama manusia-manusia yang mampu memikul dan menyebarkannya.

2 - Sambil memperbaiki diri, kita ajak orang lain untuk menjadi hamba Allah SWT yang baik. Bermula dengan mereka yang mudah diajak, yang dekat dengan kita. Kenalan rapat ke, keluarga ke, contohnya. Ajak mereka bersama menjadi muslim yang baik. Ini merupakan sumbangan yang amat berharga untuk perjuangan Islam, kerana kita sedang menjadikan angka ummat itu berkualiti, bukan angka-angka kosong yang tidak boleh diharapkan Islam.

3 - Mendalami potensi diri, dan sumbangkannya untuk Islam. Contoh kalau kita ada talent bercakap, boleh buat vlog Islamik. Bincangkan isu-isu terkini dari perspektif Islam.

Contoh kalau kita ada talent menulis, maka kita perbanyakkan karya-karya Islamik yang boleh mendidik diri kita dan masyarakat, baik buku motivasi, novel Islamik atau kumpulan cerpen tarbawi.

Contoh kalau kita ada talent buat lagu, dan ada kawan pandai menyanyi (atau kita sendiri pandai menyanyi), maka kita buat lagu-lagu yang bermotivasi, meningkatkan semangat juang, then suruh kawan kita (atau kita sendiri) menyanyikannya. Uploadkan di Facebook atau YouTube.


Contoh lain kalau kita pandai melukis. Maka lukislah komik-komik yang bermesej, yang mengenalkan keindahan Islam, yang meningkatkan semangat untuk terus berjuang, dan yang mendidik ummat ini untuk menjadi ummat yang Allah redha.

Kalau ada apa sahaja talent, kita ni budak pandai ke, buatlah tuisyen untuk pandaikan kengkawan yang lain. Ada talent main apa-apa sukan ke, pastikan kita jadi duta Islam di medan permainan kita itu (tutup aurat, berakhlak baik, fair play).  Ada potensi bisnes, kita bisnes untuk untungkan ummat Islam agar dengan kekayaan kita, Islam menjadi kaya juga(jangan kaya sorang-sorang, duit tak boleh bawa masuk kubur pun!)

Macam-macam lagi. Apa potensi anda? Sumbangkan!

4 - Bagi yang suka bermasyarakat (ada orang suka duduk pejabat sahaja), maka tubuhkanlah kumpulan-kumpulan yang boleh buat amal kebajikan. Yang boleh pergi ke rumah-rumah anak yatim, yang boleh merapati masyarakat gelandangan, yang boleh menyantuni masyarakat yang tersekat di kesesakan jalan raya, dan macam-macam lagi.

Pastikan Islam sampai kepada mereka. Pastikan mereka dapat merasai kemanisan sentuhan dakwah, dan indahnya proses peningkatan diri melalui sistem tarbiyah Islamiyyah.

Jangan malas, sebab muballigh kristian tidak malas. Kalau kita malas, jangan sibuk salahkan agenda kristianisasi.
Kalau passion kita di sini, mengapa kita bazirkan pada kumpulan-kumpulan tidak membawa kita pergi jauh untuk memperbaiki ummah?

Jangan lah rasa cukup dengan like dan share sahaja benda-benda baik di Facebook. Bukanlah like dan share itu tak bagus. Bagus tu dah bagus dah. Nama pun 'benda baik'. Tetapi ya, pastikanlah kita bukan sekadar like dan share.

Bergeraklah.

Di internet ada perjuangannya, tetapi jangan lupa bahawa di alam realiti juga ada tanggungjawab kita.

Kita semua adalah khalifah untuk mentadbir bumi ini.

"Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya Aku ingin menciptakan untuk bumi itu khalifah..."
(Al-Baqarah:  30)




Ayuh.
Bergerak!
Kurangkan mengeluh dan bicara,
banyakkan bekerja.. ^_^v

No comments: