Friday, May 03, 2013

Anwar, Israel dan PRU-13..~






Dihebahkan 'Anwar supports all efforts to protect the security of Israel..." (terjemahan 'Anwar menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan Israel)...

Saya akan ulas kenyataan ini. (Mohon dibaca dan diteliti sehingga akhir - ada 10 noktah untuk memahami kedudukan isu ini)

1. Kenyataan ini tidak lengkap kerana ia diambil separuh. Separuh lagi tidak dinyatakan. Ayat yang separuh lagi itu ialah 'on contingent (conditions) that Israel respect the aspirations of the Palestinians for statehood (terjemahan 'dengan syarat Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin untuk mendirikan sebuah negara).

2. Kenyataan ini adalah merujuk kepada usaha untuk menegakkan negara Palestin dalam kerangka Penyelesaian Dua Negara (Two State Solution)

3. Pada hujung tahun lepas Palestin diiktiraf oleh PBB sebagai sebuah negara bukan anggota berstatus pemerhati. Selepas hampir 67 tahun, maka Palestin kini tidak lagi dianggap sebagai entiti (bukan negara) dan tidak lagi diwakili oleh kerusi PLO di PBB tetapi sebaliknya sebagai sebuah negara walaupun bukan anggota (non member) tetapi berstatus pemerhati (observer). Ini menjadi kenyataan kerana lebih dari 100 negara menyokong pengiktirafan negara Palestin. Malaysia adalah di antara negara yang menyokong resolusi ini.

4. Baiklah atas dasar apakah resolusi ini diluluskan oleh PBB. Tidak salah lagi ianya diluluskan dalam konteks Penyelesaian Dua Negara (Two State Solution). Bererti Malaysia juga mengiktiraf negara Palestin yang wujud disamping jirannya Israel. Resolusi ini bermakna sesiapa juga yang bersetuju untuk mengiktiraf Palestin juga bersetuju mengiktiraf negara Israel bersebelahan dengan Palestin.

5. Saya telah ulas banyak kali dalam ruangan yang lain bahawa Two State Solution adalah berdasarkan kepada The Rhodes Armistice 1949 yang mana wujudnya garisan hijau (the green line) yang menjadi sempadan di antara Israel yang berdiri pada tahun 1948 (di atas 78% tanah Palestin) dan Tebing Barat & Gaza (di atas 22% tanah Palestin yang berbaki). Pematuhan kepada pembahagian ini ditegaskan pula oleh Resolusi 242 dan 338 apabila Israel menceroboh Tebing Barat dan baitul Maqdis timur pada tahun 1967).

6. Ini bermakna kenyataan Anwar dan pengiktirafan PBB ke atas 22% negara Palestin adalah selari dengan visi Penyelesaian Dua Negara yang juga diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Sesiapa juga yang menyokong pengiktirafan Palestin di PBB bererti mengiktiraf Israel kerana ia adalah syarat kepada pengiktirafan Palestin.

7. Apa pendirian HAMAS. HAMAS tidak akan mengiktiraf Israel. Tetapi HAMAS bersedia untuk mengadakan gencatan senjata dengan Israel berdasarkan kepada the Green line dan resolusi 242 (1967) dan 338 (1973). Jika Israel bersetuju dengan gencatan senjata maka Israel akan berundur dan memerdekakan Tebing Barat dan Baitul Maqdis, juga Gaza yang diduduki pada tahun 1967. HAMAS akan menghormati gencatan senjata dan akan menjamin keselamatan Israel selagi mana Israel tidak menyerang Tebing Barat dan Gaza untuk tempoh yang tertentu sehingga berakhir perjanjian gencatan senjata tersebut - yang mana bolih dilanjutkan dan diperbaharui jika kedua-dua pihak bersetuju.

8. Jadi di mana masalah kenyataan DSAI? Kedua-dua DSAI dan kerajaan Malaysia mempunyai pendirian yang sama. Bahkan Kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi menyokong semua usaha dan inisiatif ke arah penubuhan negara Palestin berdasarkan syarat PBB iaitu Palestin di atas 22% sahaja dari negara Palestin yang asal. Secara default bererti bersetuju dan mengiktiraf Israel di atas 78% dari wilayah Palestin yang asal. Inilah pendirian kerajaan Malaysia ketika wujud inisiatif Pelan Damai (Road Map - 2005) dan ketetapan Konferens Annapolis (2007) yang mana semuanya didasarkan di atas penyelesaian Dua negara. Bahkan Arab Saudi turut hadir dalam konferens Annapolis sekaligus buat pertama kalinya Saudi mengiktiraf kewujudan negara haram Israel

9. Adakah DSAI mengatakan dia mengiktiraf Israel? Dia tidak menyatakan sedemikian. Bahkan itu jugalah jaminan Syeikh Ahmad Yassin as-Syahid dan seluruh kepimpinan HAMAS, Israel akan terpelihara dari sebarang serangan dengan syarat Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. Apakah aspirasi rakyat Palestin iaitu 1. Membenarkan pelarian Palestin pulang ke tanah air mereka, 2. Berundur ke sempadan 1967 dan wujud gencatan senjata tanpa perlu mengiktiraf satu sama lain.

10. Ini bermakna HAMAS juga bersetuju dengan kewujudan negara Palestin bersebelahan dengan entiti haram Israel berdasarkan Two State Solution. DENGAN SYARAT IA ADALAH PENYELESAIAN SEMENTARA. Ia bukan final status (Penyelesaian akhir). Penyelesaian akhir ialah setiap inci dari bumi palestin dikembalikan kepada rakyatnya. Sehingga keadaan yang condusive ke arah ini terbentuk maka HAMAS bersedia menerima hakikat kewujudan negara haram Israel sebagai penyelesaian sementara.

Jadi saya harap rakyat Malaysia tidak keliru dengan isu ini. Ia hanya dimainkan untuk memberi gambaran yang buruk ke atas PR di saat saat genting menjelang 5 Mei 2013.



Sumber:
  
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor,
Pengerusi,
Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif.



Nota Kaki:

Katakanlah segala tuduhan terhadap DSAI tu betul,walaupun die mendapat sokongan Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Bagi Intuisiku, perjuangan sekarang ,bukan perjuangan untuk individu bernama Anwar.dan memang pandangan Imam Ahmad bin Hanbal, berkenaan bagaimana untuk pilih pemimpin.antara qawiy vs amin. Kalau kejahatan yang seseorang  itu memberi kesan pada dirinya sahaja (antara dia dan Allah),  plus dah tiada orang lain yang lebih layak,
maka boleh angkat dia . Akan tetapi jikalau maksiat tu memberi kesan pada orang awam seperti rasuah, curi duit rakyat,makan harta negara, maka kita tak boleh angkat dia sebagai pemimpin.

Kalau betullah Anwar buat sekian-sekian (macan-macam dah tuduhan kepada beliau) lepas beliau jd PM (tu pun klu PR menang), apa susah, semua MP PAS lompat masuk BN.

Kejadian di Perak dulu dah buktikan segala-galanya. Sekarang ini, jatuhkan kezaliman yang JELAS lagi NYATA di depan mata. Takkanlah disebabkan tuduhan yang belum dibuktikan + uncertainty (duduk fikir bukan-bukan), kita sanggup biarkan kezaliman berlaku secara berterusan.

p/s: sume benda ade risiko...tp buatlah timbang tara, mana yang lagi besar mudaratnya kepada kita, agama bangsa dan negara..INI KALILAH..^_^y

No comments: