Anak Muda, ke Mana Halatujumu?!
Anak muda, entah ke mana halatuju mu...
Seronoknya apabila kita kaya, mak bapa orang berada. Ayah kerja bisnes
atau bekas jurutera dan mak pula pensyarah di universiti atau
professional. Kita pun alhamdulillah, Islamik-la sikit-sikit, 'join'
usrah atau orang sebut 'bulatan gembira...Handphone ditangan jenis Sony
atau Ip phone 5 dan Samsung. Tiap-tiap bulan mengaji dapat duit elaun,
tak cukup mak ayah 'top-up' dengan cara bank-in dalam akaun. Rajin
'join' kelas-kelas agama atau program-program Islamik...
Hobi kita baca buku-buku agama yang ada unsur2 cerita, novel Islamik
usah dikata, update fb setiap masa, blog pun ditulis kalau ada masa.
Itulah kita anak-anak generasi muda, tidak pernah kenal apa itu kukur
kelapa dan tidak pernah merasa pengalaman mengutip botol-botol dan besi
untuk dijual kepada 'Kling botol' agar dapatlah 20-30 sen guna membeli
gula-gula.
Apabila tiba musim pilihanraya kita pun berkempen
ikut suka. Bersemangat mahu Islam dan agama konon kita inginkan calon
muslim berwibawa...
Ada pula yang berkata, taat kerajaan itu sunnah dan wajib ke atas kita.
Mudah benar anak-anak muda, percaya dan terima apa yang dikata oleh
orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai tokoh dan idola.
Kata pepatah bagai menarik rambut dalam tepung tak diketahui oleh mereka
gara-gara beza akan tepung ubi dan tepung gandum pun tak dikenal
mereka.
Demikianlah anak muda, mulutnya bising tapi dadanya
kosong. Ilmunya kurang tetapi wajahnya garang. Jika ada yang berilmu pun
dirinya sombong kerana cepat diangkat bagai kaduk naik junjung ~
Muda-muda sudah digelar syeikh...hanya kerana dia mengaji dengan para masyaikh, lalu yang menyelisihinya diperlekeh.
Anak gadis pula semakin jauh dari fitrah agama, menjadi solehah dengan
pakaian semata-mata. Letak purdah dan jubah dianggap solehah, update
status agama di 'FB' sambil berangan nak berlaki. Masak tak reti,
menguruskan rumahtangga tak pernah sama sekali semuanya mengharapkan
orang gaji.
Bingung dengan generasi muda apakah hala tuju
mereka ? Mampukah mereka menguruskan keluarga dan membina generasi
sendiri atau kehancuran bakal menimpa untuk menyedarkan mereka dari
mimpi.
Semoga Allah memelihara generasi muda kerana tiada yang dapat menyelamatkan mereka kecuali Dia...
No comments:
Post a Comment