Kadang-kadang
kita terlalu inginkan sesuatu itu terjadi seperti apa yang kita mahu, impikan
dan rancangkan, sehingga kita terlalu memikirkan implikasi di sebalik kegagalan
apa yang dirancangkan itu, contohnya:
1. Kita nak sangat Pakatan Rakyat menang PRU 13, sehinggakan bila tewas, kita mula highlight jenayah dan kesalahan yang dilakukan parti/pihak lawan sehingga mata kita "buta" daripada ‘kesalahan’ dan ‘jenayah’ sendiri.
2. Kita
terlalu kecewa dengan turunnya TGNA sebagai MB Kelantan, sehinggakan tanpa
disedari, kelihatannya seperti kita telah memandang rendah dan melupakan
kredibiliti MB Kelantan yang baru, Dato' Ahmad Yakub.
3. Kita
terlampau mengharapkan Dato' Husam Musa memenangi kerusi Putrajaya, sehinggakan
bilamana beliau kalah di Putrajaya dan tak dilantik menjadi Exco kerajaan
negeri Kelantan, kita mula menganggap ianya tidak adil dan ada komplot
disebaliknya
dan banyak
lagi contoh lain...
Ketahuilah,
tidaklah orang yang hanya berada di luar situasi seperti kita ini lebih tahu
apa yang berlaku sebenarnya di dalam, maka janganlah terlalu berspekulasi
sehingga memburukkan individu tertentu, lalu menjadi fitnah dan dosa percuma.
Ingatlah,
Allah tak bodoh dan buta dan sombong macam kita semua, maka haruslah meyakini
bahawa setiap sesuatu yang berlaku (baik dan buruk), pasti ada hikmah daripada
Allah untuk kita ambil sebagai pengajaran.
Firman Allah SWT:
“Mereka itu melakukan muslihat dan tipudaya kepada Allah
dan Allah membalas muslihat mereka dan Allahlah sebaik-baik pembuat
muslihat dan tipudaya (bagi membalas tipudaya mereka)”
( Ali Imran : 54)
Jangan
pula kita terlalu yakin dengan pandangan kita ialah pandangan paling tepat dan
betul, makanya tanpa disedari kita telah menafikan bahawa Allah ialah
sebaik-baik perancang.
Janganlah
berbicara dan menyebarkan sesuatu yang kamu tidak pasti!
Berlapang
dadalah, muhasabahlah!
No comments:
Post a Comment